Saya melihat tindakan Menteri Wilayah Persekutuan membatalkan perlantikan Ahli MPP WP, menutup akaun-akaun bank berkaitan dan sebagainya sebagai tindakan berbau politik yang bertujuan mensabotaj atau melemahkan kedudukan Ahli Parlimen WP. Sekiranya bacaan saya benar, amat malanglah nasib warga Wilayah Persekutuan kerana mendapat Menteri yang masih ingin bermain politik dalam suasana WP dan Negara sedang sibuk menangani ancaman Covid-19.
Namun, saya diingatkan, mungkin juga tindakan ini adalah atas kejahilan Menteri WP mengenai sejarah dan tujuan pembentukan kembali MPP dan perlantikan anggotanya. Maka di atas anggapan dan 'khusnus-dzan' begitu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan kepada beliau supaya beliau memahami betapa kurang tepatnya tindakan tersebut. Kecuali, sememangnya niatnya adalah untuk berpolitik atau telah disalah nasihatkan oleh mereka yang ingin bermain politik!
Apabila mengambilalih Kementerian WP pada 2018, adalah didapati struktur MPP dalam keadaan terabai dan terbiar. Menteri WP sebelumnya tidak melihat adanya keperluan untuk mewujudkan MPP kecuali di kawasan beliau sendiri dan kawasan-kawasan Parlimen yang dipegang wakil rakyat BN. Di kawasan-kawasan lain, ianya sangat terabai.
Oleh itu Kementerian WP mengambil inisiatif menyususn kembali struktur MPP mengikut jumlah pengundi di sesuatu kawasan. Di setiap kawasan Parlimen dilantik seorang Pengerusi Zon, di mana Zon adalah bersamaan kawasan Parlimen dan setiap Zon dipecahkan kepada beberapa sub-Zon. Jumlah sub-Zon bergantung kepada jumlah pengundi di dalam kawasan atau Zon tersebut dengan adanya had minima dan maksima ditetapkan bagi satu Zon. Keanggotaan MPP ini, samada Pengerusi Zon atau sub-Zon serta ahli jawatan kuasanya diserahkan kepada Ahli Parlimen untuk menetapkan bersama dengan pihak Kementerian WP dan PBT, ia itu samada DBKL atau PPj atau PL.
Kedudukan Ahli Parlimen, yang merupakan wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam kawasan berkenaan mesti diiktiraf dan dihormati. Pada dasarnya MPP ini dibentuk untuk membantu wakil yang dipilih rakyat, ia itu Ahli Parlimen, menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan. MPP adalah bagaikan jentera Ahli Parlimen untuk menghubungkannya dengan pihak akar umbi kawasannya, mendengar masalah mereka dan mendatangkan penyelesaian kepada masalah tersebut. Maka MPP ini dibantu Kementerian WP melalui bajetnya dan dibekalkan Van Peduli (Cakna) Rakyat, pejabat, peruntukan dan sebagainya.
Di Wilayah Persekutuan, seperti sedia maklum, tiada Dewan Undangan Negeri atau DUN. Maka, tiada Ahli DUN atau ADUN. Di Negeri-Negeri lain, wujud DUN dan ADUN dan sambil Ahli Majlis dilantik ADUN, PBT diletak di bawah DUN. Prestasi Ahli Majlis dipantau ADUN dan prestasi PBT dipantau DUN. Maka begitu juga seharusnya, di WP, di mana Ahli Majlis dilantik Ahli Parlimen dan prestasinya dipantau Ahli Parlimen.
Memahami lantar belakang ini, maka amat sangat pelik apabila Menteri WP yang hanya beberapa hari memegang jawatan, membuat keputusan, tanpa merujuk kepada Ahli Parlimen, bahawa anggota MPP tidak berfungsi dengan baik dan perlu dirombak. Adakah Menteri WP ingin melantik 'orang-orangnya' sebagai ahli MPP, sedangkan MPP ini adalah jentera pembantu Ahli Parlimen? Kalau itu amatlah malang penduduk Wilayah mendapat Menteri WP yang bermain politik pada saat negara sedang bergelumang dengan Covid-19!
Saya tidak hairan sekiranya satu lagi reformasi sistem yang telah dilakukan yang membawa Ahli Parlimen duduk bersama Kementerian WP dan PBT melalui 'Mesyuarat Majlis Menteri' akan turut dimansuhkan oleh Menteri Wilayah baharu ini. Mesyuarat Majlis Menteri ini sudah dimulakan di peringkat DBKL dan dinamakan 'Mesyuarat Majlis Menteri DBKL'. Ada rancangan untuk diadakan di Putrajaya dan Labuan juga belum lagi sempat dilakukan. Telah dimulakan dahulu dengan yang mempunyai 11 Ahli Parlimen ia itu di Kuala Lumpur. Ada juga kajian untuk mengadakan mesyuarat ini bukan dengan Ahli Parlimen tetapi Pengerusi Zon bersama Ahli Lembaga Penasihat sebagai usaha mencontohi apa yang berlaku di Negeri Selangor. Namun malangnya semua ini berkemungkinan akan turut dihentikan.
Barangkali sebagai seorang yang mengutamakan tindakan bermatlamatkan keuntungan politik, menambahkan keberkesanan Ahli Parlimen, khususnya pembangkang, bukan keutamaannya. Dengan mensabotaj hubungan antara Ahli Parlimen dan rakyatnya melalui pembubaran anggota MPP, beliau mungkin akan mensabotaj pula hubungan Ahli Parlimen dengan PBT dengan pemansuhan Mesyuarat Majlis Menteri DBKL. Tanpa dua hubungan kuat ini, mungkin apa yang diharapkan adalah Ahli Parlimen menjadi kurang berkesan dan akhirnya akan ditolak rakyat.
InsyaAllah, bukan Ahli Parlimen yang akan ditolak tetapi sebaliknya para menteri pintu belakang dan tebuk atap yang hanya ingin bermain politik.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments