Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

After the Fall and The Stumbles Since

It was the morning of the 24th of February 2020. I was in my office, a little earlier than usual, to meet up with my then deputy, Dato Shahruddin. I was anxious to know about the PPBM meeting, the event at the Istana Negara and the gathering at Sheraton Hotel, all held the day before, Sunday the 23rd. Everyone knew that these events could well mark the beginning of the end for PH, as we knew it then, but no one knew, at the time, how exactly it would occur. Treachery was oviously in the air, but what it would lead to was anyone's guess. When he arrived, we sat and discusssed and I heard from him what had happened. It did not differ much from what was later related by DS Mukhriz. Dato Shahruddin related how Tun was adamanant, refusing to leave PH, as according to Tun, there was no reason to leave. However, the opposite side were equally adamant, if not more, and they were more in numbers. As we spoke I received news that the leaders of PH had all gathered at Tun's office, o...

Video Tazkirah Ramadhan: Hadis Rasulullah "Tidak Sempurna Iman Bagi Yang Tiada Sifat Amanah"

Takzirah ringkas Hadis Rasulullah tentang Iman dan sifat Amanah. Semoga bermanfaat untuk kita semua. KHALID SAMAD

Video: Kasihi Semua Supaya Dikasihi Allah

Menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, maka insyaAllah akan dibuat beberapa posting untuk kita saling ingat mengingati... -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Longgar PKP Ikut Status Zon

Video ihsan JOM Channel -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Mengaku dan Ambil Tanggungjawab

Klip video berdurasi 3 minit bertajuk "Own up and take responsibility" atau mengaku dan ambil tanggungjawab telah disampaikan kepada saya baru-baru ini dan cuba teka apa? Ia tidak bertuan! Tidak tahu siapa yang berada di belakangnya tetapi ia membincangkan tentang mengambil tanggungjawab. Saya ingin meminta mereka yang bertanggungjawab atas video jahat ini agar mengaku dan mengambil tanggungjawab kerana telah memfitnah saya dan saya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Rakan-rakan peguam saya yang sedang bertenang semasa MCO ini dan mereka amat berminat untuk mendapatkan kes setelah MCO tamat. Oleh itu, lakukanlah seperti yang dianjurkan, mengaku dan ambil tanggungjawab ke atas video ini. Video tersebut mendakwa bahawa saya, sebagai Menteri Wilayah ketika itu, adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengizinkan 16,000 orang Tabligh berkumpul di Masjid Seri Petaling. Pada akhir video, tuduhan yang sama diulang dengan menyatakan bahawa "cap jari sa...

Video: DAP Anti Melayu dan Islam?

Memperalatkan agenda Melayu untuk kayakan diri. Bukan membantu Melayu, membantu diri untuk jadi kaya raya. Ini perjuangan UMNO. -Pejabat YB Khalid Samad-

Kerajaan Pintu Belakang: Tuduhan PH Tak Berasas?

Saya telah berhujah melalui WhatsApp dengan seorang ahli keluarga dan penyokong tegar TSMY berhubung kerajaan pintu belakang. Saya ingin berkongsi perbahasan ini dengan semua dan oleh kerana isu ini ada kena-mengena dengan hujah seorang Mufti, saya jawab hujah mufti itu di sini juga. Pada 26 Mac, jam 1.30 pagi sambil saya tidur seperti kebanyakan orang lain, telefon saya telah menerima mesej WhatsApp dari seorang yang saya kenal sebagai ahli keluarga dan penyokong tegar TSMY. Beliau pernah mengaku terlibat dalam politik untuk melihat TSMY menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mesejnya berbunyi: “ What back door government?! Saya mula terlibat dalam politik pada 1956 sebagai Presiden Persatuan tertentu dan saya bercampur bebas dengan Lee Kuan Yew dan David Marshall dan Hamid Jumat dari Singapura. Kenapa nak salahkan TSMY mengenai apa yang menimpa kamu? Kamu harus sedar 'Politics is the art of the possible' . Hanya politik Melayu sahaja yang bercakap mengenai kerajaan pintu bel...

Video: Najib dan Hadi BFF?

Setelah kita menang, hubungan PAS dengan DSN dengan UMNO semakin kukuh sehingga akhirnya melakukan tindakan mengkhinati mandat rakyat bersama dengan golongan TSM dan AA. Inilah keadaannya sekarang. Tetapi yang penting parti AMANAH ditubuhkan kerana PAS hendak bermesra dgn UMNO. Apa yang berlaku sekarang adalah bukti yang jelas dan nyata itulah kehendak golongan pimpinan Parti Islam Semalaysia sejak 2015 dan itulah sebabnya kita keluar dan tubuh parti AMANAH Negara. Video ihsan JOM Channel -Pejabat YB Khalid Samad-

Tun dan PH: Sahabat atau Musuh?

Rentetan daripada artikel saya sebelum ini mengenai pertemuan saya dengan Dr Mahathir Mohamad , saya telah dibanjiri dengan pelbagai soalan dan komen daripada banyak pihak dan daripada spektrum politik yang berbeza. Ada yang memuji artikel tersebut dan berterima kasih kerana berkongsi pandangan serta pengalaman saya dengan mereka. Sementara itu, ada juga yang menyuarakan rasa tidak percaya bahawa saya masih sanggup bersusah payah untuk berjumpa dengan “lelaki tua tersebut”, kerana pada mereka, sejak dari awal lagi Tun juga terlibat dengan pengkhianatan yang berlaku. Dan tentunya ada juga sebahagian daripada mereka yang sukar membuat keputusan, samada Tun ini adalah kawan atau musuh. Sebagai penambah rasa, ada pula yang berkata, "Semua ini membuang masa sahaja. Perkara ini tidak relevan, kerana Tun sekarang tidak lagi relevan!" Bagi mereka yang merasakan bahawa Tun daripada awal lagi terlibat dengan pengkhianatan yang berlaku, mereka akan berkata, "Mengapa Tun letak...

Video: Politik Islam Harus Berdiri Atas Prinsip dan Bukannya Perkauman

Video berikut menjelaskan bahawa sebagai parti politik Islam yang bebas perkauman, kita mesti bertindak adil terhadap semua, walau terhadap kaum yang kita tidak senangi sekalipun. Tindakan kita mesti dipandu oleh prinsip Islam dan bukan perkauman serta perasaan semata-mata. Barulah kita berhak menyatakan bahawa kita berjuang atas dasar Islam. Parti Islam yang sedemikian rupa adalah apa yang ingin dibentuk dan dihasilkan Almarhum Yusof Rawa, Fadhil Noor dan Tok Guru Nik Aziz. Kita dengar bersama penegasan Almarhum TGNA berhubung isu perjuangan yang berasaskan bangsa. Namun jauh berbeza dengan apa yang ada sekarang kan? Ianya adalah kerana bagi Almarhum TGNA, perjuangan berasakan kaum inilah yang menghalang ummat Islam di Malaysia untuk bersama dengan perjuangan Islam. Ianya juga menjadi penghalang kepada bukan Islam, yang ramainya bukan Melayu, dari tertarik dengan Islam di Malaysia. Mari kita ikuti kembali persanan Almarhum berhubung perkara tersebut. WaLlahu 'Alam KHALID...

Sejarah PAS Sebagai Parti Anti-Perkauman

Sambil kita berehat di rumah semasa PKP ini, baik juga diambil kesempatan mengingat kembali sejarah PAS. Banyak yang telah berubah semenjak pemergian pimpinan PAS yang membawa konsep kepimpinan ulama pada asalnya. Video 1 ini menyingkap kembali masa mulanya usaha reformasi dalaman PAS oleh golongan yang mengasaskan konsep kepimpinan ulama. Video 2 pula adalah berhubung perubahan pemikiran dalaman PAS yang telah diusahakan serta semangat yang mendasari perjuangan hingga dilaungkan cogan kata PAS for all seketika dahulu. Sudah pasti cogan kata itu sudah berbunyi janggal masa ini. Nota: Dalam video 2 saya tersilap saraf (tanda) bagi perkataan kaum. Saya tersebut " kaumuka " sedangkan ianya sepatutnya " kaumaka ". WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Surat Hadi Awang Kepada Pemimpin Arab

Kenyataan Media Parti Amanah Negara berkenaan surat berbahasa Arab yang tular di media sosial bertarikh 22 Mac 2020 yang menggunakan kepala surat (letterhead) Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan ditandatangani oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang. 1. PARTI Amanah Negara (Amanah) ingin merujuk kepada sepucuk surat berbahasa Arab yang tular di media sosial beberapa hari ini. Surat bertarikh 22 Mac 2020 yang menggunakan kepala surat (letterhead) Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan ditandatangani oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang. Difahamkan, surat ini ditujukan kepada para pemimpinin gerakan Islam di seluruh dunia khususnya di negara-negara Arab. 2. Amanah menyatakan kekesalan dan terkilan dengan kandungan surat tersebut yang penuh dengan dakwaan dan tohmahan tidak berasas, palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah. 3. Jelas di dalam surat tersebut Abdul Hadi cuba memberikan gambaran yang salah tentang kedudukan dan suasana politik di Malaysia. Difahamkan baha...

Pembatalan Perlantikan Ahli MPP Wilayah Persekutuan

Saya melihat tindakan Menteri Wilayah Persekutuan membatalkan perlantikan Ahli MPP WP, menutup akaun-akaun bank berkaitan dan sebagainya sebagai tindakan berbau politik yang bertujuan mensabotaj atau melemahkan kedudukan Ahli Parlimen WP. Sekiranya bacaan saya benar, amat malanglah nasib warga Wilayah Persekutuan kerana mendapat Menteri yang masih ingin bermain politik dalam suasana WP dan Negara sedang sibuk menangani ancaman Covid-19. Namun, saya diingatkan, mungkin juga tindakan ini adalah atas kejahilan Menteri WP mengenai sejarah dan tujuan pembentukan kembali MPP dan perlantikan anggotanya. Maka di atas anggapan dan 'khusnus-dzan' begitu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan kepada beliau supaya beliau memahami betapa kurang tepatnya tindakan tersebut. Kecuali, sememangnya niatnya adalah untuk berpolitik atau telah disalah nasihatkan oleh mereka yang ingin bermain politik! Apabila mengambilalih Kementerian WP pada 2018, adalah didapati struktur MPP...