Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Tolonglah YB Menteri

Tolonglah YBM. Rakyat ada yang tiada bekalan makanan dan tiada simpanan. Masih ramai lagi rakyat susah dan yang bergaji hari, tiada kerja maka tiada duit. Mungkin ramai yang sukar faham masalah mereka yang betul-betul susah seperti ini, tetapi begitulah hakikatnya. Harap jangan beri arahan tanpa memikirkan kesan dan natijahnya kepada rakyat. Pejabat JKM pun tutup kerana PKP ini. Harap semak terlebih dahulu kesiapsiagaan JKM dan agensi lain sebelum minta NGO berhenti beroperasi. Bawak bincang terlebih dahulu. Berikan SOP yang jelas untuk mereka ini bergerak membantu dalam keadaan genting seperti sekarang. Ini bukan lagi isu siapa betul atau siapa salah, siapa yang jadi wira bantu rakyat dan sebagainya. Ini isu bantuan kemanusiaan kepada rakyat jelata yang amat memerlukan bantuan pada ketika ini. Kuasa sudah ditangan, lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Gelombang Covid-19

Sedang rakyat Malaysia menghadapi wabak dasyat Covid-19 yang melanda dunia, terdapat segelintir yang masih lagi menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu ini. Golongan yang tidak bermaruah ini telah cuba menyalahkan kerajaan PH atas keadaan ancaman Covid-19 yang sedang melanda. Mereka mendakwa kononnya kerajaan PH gagal menghalang kemasukan pelancong dari Negara China merupakan punca utama keadaan menjadi semakin buruk dan tidak terkawal. Masih ada lagi menanam kebencian rasis disaat krisis seperti ini? Namun saya yakin bahawa mereka tahu bahawa mereka sedang membohongi rakyat Malaysia dan keadaan sebenarnya diketahui umum. Bagi menjelaskan perkara ini, marilah kita dengar kembali penjelasan yang dibuat oleh DG Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah dalam video yang disertakan. Beliau berkata: “Kalau kita lihat kepada Covid-19 ni, pada gelombang pertama melibatkan warga negara China, samada langsung ataupun tidak langsung, dan kita ada tempoh 11 hari yang kita tak...

My Meeting with Dr M

Telah lama saya tidak berkesempatan menulis. Dengan apa yang sedang berlaku dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa, maka inilah masanya untuk saya hidupkan semula Blog saya yang sudah lama tidak dikemaskini. Saya mulakan dulu dengan tulisan mengenai pertemuaan saya dengan Tun M beberapa minggu yang lalu. Tulisan ini, dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris telah pun disiarkan oleh Malaysiakini - My Meeting with Dr M beberapa hari yang lepas.