Skip to main content

Dakwaan Kosong Hj Hadi: Antara Kebenaran dan Khayalan

Pada 14hb April Hj. Hadi membuat satu 'pendedahan' mengenai sebab sebenar AMANAH ditolak. Kononnya ianya adalah kerana pimpinan AMANAH semasa menjawat jawatan dalam PAS ingin meminda perlembagaan PAS sehingga dikurangkan kuasa Majlis Syura Ulama. Tuduhan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata yang dibuat dengan penuh kesedaran bahawa ianya satu pembohongan! Saya tidak tahu mengapa Hj Hadi kebelakangan ini kerap berbohong.

Sekiranya ianya dianggap bukan satu pembohongan oleh beliau dan beliau benar yakin akan kebenarannya maka ahli-ahli PAS haruslah berwaspada. Kerana ini bermakna bahawa beliau sudah mula mengalami satu keadaan yang tidak dapat membezakan di antara kebenaran dari khayalan. Situasi 'delusional' ini menyebabkan beliau sentiasa dalam keadaan cemas dan menganggap dirinya dan Islam dimusuhi oleh semua, kecuali oleh PAS dan UMNO.

Tuduhan ini sebenarnya bukanlah baharu maka yang dikatakan sebagai 'pendedahan' selepas 3 tahun ini adalah dakwaan kosong. Hj. Hadi pernah menuduh perkara yg sama pada 2015 dan telahpun saya jawab tuduhan tersebut pada masa itu di dalam tulisan saya "Pindaan Perlembagaan PAS Yang Ingin Diusahakan Sebelum Ini".

Sesungguhnya saya hanya mampu mendoakan semoga Allah pulihkan kembali kesihatan Hj. Hadi supaya tidak lagi berbohong atau terkeliru dengan apa realiti dan apa khayalan.

Wallahu 'alam.

WaLlahu 'Alam
KHALID ABD SAMAD

Comments

Assalamualaikum YB. Saya sebelum ni penyokong pas. Tapi sejak tengok YB berucap dalam parlimen, saya tertarik dengan amanah. Sebab YB sangat cool 😎😎 Terbaik lah YB sound tajuddin haritu. Padan muka dia haha. Anyways tu side note je.

Saya nak tanya kesahihan cerita ni. Semasa saya tamrin dulu, ada pimpinan pas cerita, pimpinan amanah ni pernah rekrut ahli ahli untuk belajar strategi2 kotor untuk meraih kejayaan. Contohnya : boleh mencuri, bukak aurat, bercampur laki perempuan, asalkan kita dapat apa yang dihajatkan. Atas tujuan politik.

Antara pimpinan yang dituduh itu ialah, dato husam musa. Masa tu amanah tak tertubuh lagi rasanya. Ada nama lain. Pasma I think. Saya pernah cuba tanya ahli pas yang senior, berkenaan hal ini. Semuanya mengiyakan. Tapi bila saya mintak bukti, tiada. Atas alasan ianya aib.

Jadi saya nak minta pandangan YB, sebab bagi saya rusuhan itu sangat besar. Dan pimpinan yang sampaikan cerita ini, bukan pimpinan kecil. Dia bertanding untuk PRU baru2 ini. Orang yang disegani.

Terima kasih.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan