Skip to main content

Tercemarnya Proses Pengundian Parlimen Dan Peranan Undi Berkecuali

Pada malam 19 November 2017 selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – KPDNKK, selesai menjawap soalan perbahasan isu Kementerian tersebut, Pakatan Harapan meminta undian di jalankan untuk meluluskan peruntukan.

KPDNKK adalah Kementerian bertanggung jawap mengawal isu kenaikan harga minyak dan kebanyakan barangan keperluan rakyat yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Oleh itu amatlah penting Ahli Parlimen yang dipilih hadir untuk menyuarakan bantahan dan mengundi bagi kepentingan rakyat yang tertindas kerana kos sara hidup yang mebebankan mereka. Itu lah harapan rakyat jelata.

Untuk catatan rekod, undian di Parlimen telah melihat 52 (dari 132 MP- Kerajaan) dari BN telah menyokong, sementara 51 (dari 84 bukan kerajaan) bukan BN menolak dan 2 berkecuali.

Ini bermakna yang hadhir dan mengundi bagi Kerajaan BN adalah 39 % , sementara dari “pembangkang” adalah 63 %. Itu adalah komitmen yang di tunjukan oleh ahli Parlimen semasa bahas KPDNKK.

Dengan kekalahan hanya 1 undi ianya menunjukkan 2 undi “berkecuali” dari Pas adalah undi penentu. Hanya lapan (8) daripada empat belas (14) ahli Parlimen Pas hadir. Enam (6) daripada ahli Parlimen Pas yang hadir mengundi untuk menolak dan dua (2) berkecuali, sementara enam (6) tidak hadhir.

Enam (6) yang hadir mengundi untuk menolak adalah YB Datuk Mahfuz Omar, YB Datuk Dr Nik Mazian N. Mohd, YB Ahmad Baihaki, YB Izani Husin, YB Marzuk Ashaari dan YB Wan Hassan W. Ramli. Yang di laporkan berkecuali adalah YB Ust. Idris Ahmad dan YB Siti Zailah. Enam (6) Ahli ahli Pas yang kanan lain tidak hadir di Dewan untuk bahas dan mengundi malam itu.

Apa yang menarik perhatian semasa sedang proses mengundi berjalan dan kelihatan BN mungkin akan kalah undian, seorang Menteri Kerajaan telah berteriak dengan kuat “lakukan sesuatu Bukit Gantang” , merujuk kepada YB Ustaz Idris Ahmad. Adakah saranan tersebut mempengaruhi undi YB Ust Idris untuk menyelamatkan Umno-BN ?

Apa yang amat mengecewakan juga adalah tindakan Speaker Dewan yang membenarkan masa yang terlalu lama untuk membolehkan sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima orang ahli BN kembali ke Dewan untuk mengundi setelah loceng Dewan yang berbunyi telah lama berhenti.

Mengikut amalan Parlimen England setelah loceng Dewan di hentikan, pintu Dewan di kunci dan hanya yang berada dalan Dewan di benarkan mengundi. Satu terowong khas dari pejabat ahli-ahli Parlimen di England dibina untuk tujuan masa yang terhad yang di tetapkan untuk masuk untuk mengundi. Mengapa Speaker membenarkan ini berlaku untuk memastikan kemenangan Umno-BN ?

Semasa pengundian sedang berjalan dan pengiraan undi di jalankan, beberapa Menteri Kerajaan kelihatan mengganggu proses tersebut dengan mencampuri urusan Pegawai Dewan yang sedang menjalankan tugas mereka.

Peranan KPDNKK dalam memastikan harga minyak petrol dan kos harga barang keperluan tidak mebebankan rakyat amatlah penting. Kesemua dari Pakatan Harapan yang hadir menolak kerana kos sara hidup yang tinggi.

Undian telah berpihak kepada BN dengan kelebihan hanya satu undi kerana dua(2) wakil Pas berkecuali. Enam (6) lagi ahli kanan Pas tidak hadir di Dewan.

Kalau dahulu Pas berkecuali undi di peringkat perbahasan Dasar Bajet kerana mereka berpendapat ada perkara yang baik juga didalam bajet.

Tapi kali ini khusus di bawah KPDNKK, apakah kebaikan dalam harga petrol yang tinggi yang menyebabkan kos sara hidup makin meningkat untuk rakyat ?

Kalau enam wakil rakyat Pas biasa yang sensitif serta prihatin derita rakyat boleh menolak, kenapa lapan (8) lagi ahli Parlimen Pas berkecuali dan ada yang tidak hadir pun di Parlimen. Yang tidak menghadirkan diri di Dewan adalah ahli terkanan parti Pas terdiri dari Presiden, Setia Usaha Agong, Ketua Penerangan dan ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Ahli-ahli biasa Pas banyak bertanya apakah peranan dan pendirian Pas di Parlimen. Adakah untuk menyelamatkan Umno – BN apabila mengundi di Parlimen, dan mungkin juga di PRU 14 nanti?

Adakah ini yang di maksudkan olih pimpinan Pas mereka ingin menjadi “King Maker” walaupun “King” – Raja tersebut tidak membela rakyat dan berlaku zalim ? Adakah ini contoh serta bukti sikap dan arah tuju Pas menuju PRU 14 ?

Adakah proses demokrasi yang sihat di Parlimen masih wujud di Malaysia? Kalau proses pengundian di dalam Dewan yang mulia Parlimen sendiri di cemar, bagaimana pula nanti proses Pilihanraya umum PRU-14 di seluruh negara akan di kendalikan ? Dengan ketulusan dan berintegriti ?

Artikel ihsan Malaysia Dateline
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-