Pada malam 19 November 2017 selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – KPDNKK, selesai menjawap soalan perbahasan isu Kementerian tersebut, Pakatan Harapan meminta undian di jalankan untuk meluluskan peruntukan. KPDNKK adalah Kementerian bertanggung jawap mengawal isu kenaikan harga minyak dan kebanyakan barangan keperluan rakyat yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup. Oleh itu amatlah penting Ahli Parlimen yang dipilih hadir untuk menyuarakan bantahan dan mengundi bagi kepentingan rakyat yang tertindas kerana kos sara hidup yang mebebankan mereka. Itu lah harapan rakyat jelata. Untuk catatan rekod, undian di Parlimen telah melihat 52 (dari 132 MP- Kerajaan) dari BN telah menyokong, sementara 51 (dari 84 bukan kerajaan) bukan BN menolak dan 2 berkecuali. Ini bermakna yang hadhir dan mengundi bagi Kerajaan BN adalah 39 % , sementara dari “pembangkang” adalah 63 %. Itu adalah komitmen yang di tunjukan oleh ahli Parlimen semasa bahas KPDNKK. Dengan k...