Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Perubahan Menuntut Pengorbanan KHALID ABD SAMAD 10 Zulhijjah 1438H

Apabila Yang Keliru Berbicara

Perbahasan berhubung pindaan RUU 164 telah selesai beberapa hari lepas. Yang terlibat membahasnya di dewan rakyat memahami sebab mengapa pindaan itu dikemukakan. Malangnya sehari dua selepas selesai perbahasan, timbul pula berbagai tafsiran dan dakwaan dari yang tidak terlibat. Kononnya kepentingan Islam terjejas dengan pindaan yang telah diluluskan. AMANAH pula dikutuk kerana tidak menolak pindaan tersebut. Jika ditolak maka yang sediada akan kekal. Baik sangatkah yang sediada? Syariie sangatkah yang sediada sehingga pindaan yang dibawa wajib ditolak? Hakikatnya yang sediada banyak sangat kelompangannya dan walaupun pindaan yang dibawa tidak sempurna, namun ianya dianggap mampu menghasilkan keadaan yang lebih adil dari yang sediada.

Kerjasama Dengan Tun M: Kenapa Ianya Perlu

Ada yang masih mempertikaikan, sehingga hari ini, keperluan untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Mereka terus menimbulkan isu pertentangan yang dahulu antara pembangkang dan Tun semasa beliau masih Perdana Menteri. Maka di atas sebab segala yang telah berlaku maka ada yang menganggap kerjasama dengan Tun M sebagai suatu pengkhianatan terhadap perjuangan yang dibawa sekian lama. Sedangkan kemenangan perlu sekiranya agenda perjuangan ini akan dapat terlaksana.