Ramai yang membicarakan persoalan hubungan PAS dan Kerajaan Negeri Selangor setelah PAS memutuskan hubungan dengan Keadilan. Sebelum ini hubungan dengan DAP telah diputuskan dan tiada pula hubungan dengan PPBM ataupun AMANAH. Dengan itu ramai tertanya-tanya, apa rasionalnya PAS dikekalkan sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor?
Ada juga yang meminta supaya PAS dipecat dan dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Ianya kerajaan PH dan PAS tiada apa-apa hubungan dengan PH. Atas sebab itu, ramai juga yang membidas MB Selangor atas ketidak-sanggupan beliau untuk memecat PAS.
Bagi saya, sepatutnya yang dibidas adalah PAS kerana tidak sanggup meletakkan jawatan selepas memutuskan hubungan dengan setiap parti dalam PH. Dalam soal memecat PAS atau sebaliknya, itu persoalan strategi yang MB perlu fikirkan dari sudut untung rugi politik PH. Tiada salahnya MB mengekalkan PAS kerana bukan Keadilan yang mencaci dan menggelar PAS sebagai pengkhianat serta memutuskan hubungan dengan PAS. Tetapi PAS yang melakukan itu semua dan PAS yang sepatutnya meletakkan jawatan.
Sebenar PAS sememangnya ingin exco mereka dipecat. Maka dengan itu PAS akan dilihat sebagai mangsa. PAS dan UMNO boleh selepas itu menuduh kerajaan Selangor dikuasai DAP dan tindakan memecat mereka adalah kononnya desakan DAP. MB dan PH boleh dituduh tunduk pada DAP. Maka itulah sebabnya PAS tidak letak jawatan. PAS sanggup memfitnah DAP dan PH demi kepentingan politik sepertimana telah mereka lakukan sebelum ini. Oleh itu, strategi mereka adalah supaya mereka dipecat. Kenapa kita perlu ikut kehendak mereka? Biar mereka dilihat tidak bermaruah oleh semua, mencaci rakan sehingga mencerai namun masih ingin bersama.
PAS SEBAGAI SAINGAN SEMASA PRU KE 14
Saya rasa semua sudah jelas, sudah tiada apa-apa hubungan antara PAS dan PH. PRU ke 14 ini akan menyaksikan PAS bertanding menentang bukan sahaja parti BN tetapi juga parti yang mewakili PH. Persoalan tiga penjuru itu tidak lagi dapat dinafikan. Namun demikian itu adalah setelah Parlimen dan DUN dibubarkan. Oleh itu, dalam pada PAS terus berada bersama kerajaan PH di Selangor, persediaan untuk berhadapan dengan PAS semasa PRU ke 14 tetap perlu dilakukan.
Apabila keputusan dibuat untuk tidak memecat PAS, perlu diawasi supaya kedudukan mereka sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor tidak dimanfaatkan untuk melemahkan PH dengan mengukuhkan PAS. Perlu dikawal keadaan supaya sambil mereka dikekalkan dalam kedudukan mereka, matlamat PH dicapai dan bukan matlamat PAS. Biar PH semakin mantap dan kuat sambil PAS diperlihatkan tidak berprinsip dan bermaruah kerana terus bersama kerajaan Selangor.
Ada yang bertanya, kalau begitu apa perlu PAS dikekalkan bersama? Tidakkah lebih mudah sekiranya mereka dipecat?
Saya membaca tindakan mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor sebagai satu taktik yang bertujuan ‘memanfaatkan PAS demi kepentingan PH’. Sepertimana UMNO/BN memanfaatkan PAS untuk kukuhkan BN dan pecahkan PR sebelum ini. Di sini kita boleh belajar dari tindakan UMNO. Ianya bagaikan pepatah Melayu, “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak”.
Sebagai contoh kita boleh lihat tindakan UMNO dalam RUU 355. Mereka membenarkan PAS sekadar mensyarahkannya. Ia memuaskan hati dan kehendak PAS sambil mencapai matlamat merenggangkan lagi hubungan PAS dengan PH. Sambil itu, oleh kerana sekadar disyarah, ianya tidak menyebabkan UMNO berpecah dengan rakan-rakan BN. ‘Rambut tidak putus’, iaitu berjaya ditarik PAS semakin jauh dari PH dan mereka bertambah renggang. ‘Tepung tidak berselerak’ bererti BN tidak berpecah.
Tipu helah UMNO sememangnya hebat. Apa taknya, mereka dibantu penasihat antarabangsa.
Sekiranya kita bersetuju itulah apa yang perlu dilakukan maka kita mesti juga memahami apa yang ingin dicapai dan apa yang ingin dielak. Yang ingin dicapai diumpamakan sebagai ‘rambut tidak putus’. Yang ingin dielak diumpamakan dengan ‘tepung berselerak’.
‘RAMBUT TIDAK PUTUS’ DAN ‘TEPUNG TIDAK BERSELERAK’
Yang ingin dicapai adalah kerajaan Selangor tidak goyang atau tergugat. Tindakan mengekalkan PAS turut mengekalkan kedudukan lebih dua pertiga majoriti di DUN Selangor. Ini membenarkan kerajaan terus berjalan dengan baik dan lancar, sehingga ke pembubaran DUN. Ia menyebabkan PH berpeluang menamatkan tempohnya ‘on a high note’ atau dengan cemerlangnya. Ini akan membantu PH untuk menghadapi PRU dengan rakyat merasa bahagia dan berpuas-hati dengan PH.
Sekiranya tempoh penghujung pemerintahan dilihat bergelora dan bergolak, serta program-program tidak dapat dijalankan dengan lancar, maka apabila tibanya masa mengundi, rakyat mungkin berada dalam perasaan bosan dan tidak berpuas-hati. Walaupun ianya boleh disalahkan kepada PAS, sebhagian rakyat akan percaya dengan alasan itu, tetapi sebahagian lain akan menolaknya.
Pada masa yang ingin dielak pula adalah PAS bertambah kukuh sambil PH bertelagah. PAS perlu dihalang dari menyalahgunakan kedudukan mereka dalam kerajaan demi kepentingan PAS. Ini perlu diawasi dengan sebaik-baiknya.
Keberadaan PAS dalam kerajaan bererti ‘memberi kuasa kepada bakal saingan’. Ia ada bahayanya yang boleh merugikan PH. Kalau jawatan yang diberi ‘bertaring’, maka taringnya perlu dicabut. Kalau ‘berbisa’ maka penawar perlu disediakan untuk merawat kesan bisanya. Mengekalkan PAS bersama bererti mengekalkan ‘bakal saingan’ bersama dalam kerajaan PH. Ini hakikat yang perlu sentiasa disedari dan oleh itu biarlah ianya menguntungkan PH semaksima dan PAS seminima yang mungkin. Malahan kalau boleh, tiada keuntungan bagi PAS kecuali dilihat tidak bermaruah atau berprinsip.
Untuk elak PH sendiri bertelagah maka perlu semua memahami ‘game plan’ PH terhadap PAS. Dalam soal ini ianya perlu dilihat strategi PH dan bukan strategi MB seorang. Semua kena faham apa yang ingin tercapai dan peranan mereka.
‘Game plan’ PAS juga perlu dikaji dan difahami dan jangan dianggap mereka tiada game plan.
Cara terperinci bagaimana matlamat ‘tepung tidak berselerak’ akan tercapai saya serahkan kepada kebijaksanaan semua. Namun ianya satu matlamat yang perlu dicapai bersama.
KESIMPULAN
Politik adalah seni. Walaupun batas-batas perlu dijaga, matlamat tetap perlu dicapai. Di sini letaknya seninya. Namun, ianya seni yang berprinsip dan matlamat.
Antara batas yang perlu dijaga adalah memperalatkan sentimen agama dan menipu rakyat. Di sini bezanya PH dengan politik UMNO dan PAS. Mereka sanggup memperalatkan sentimen agama demi mencapai matlamat politik mereka. Sepertimana jelas terserlah dalam kes RUU 355.
Maka bagi saya, biarlah PAS tidak dipecat. Tetapi saya yakin apabila mereka sedar betapa untungnya PH dan ruginya PAS melalui tindakan ini, mereka sendiri akan meletakkan jawatan. Atau adapkah mungkin juga terus berjawatan sehingga akhir tempoh dan sekurang-kurangnya memaksimakan tempoh berjawatan dengan bergaji penuh.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments