FOOD FLOTILLA UNTUK MYANMAR
Sudah pasti ramai yang bangga apabila diwar-warkan bahawa rakyat Malaysia melalui beberapa NGOnya akan menghantar bantuan ke rakyat Rohingiya di Myanmar. Semua tahu bagaimana kaum Rohingiya ditindas dan dizalimi. Dengan itu berita mengenai ‘Food Flotilla untuk Myanmar’ disambut dengan baik. Tiada yang membantah atau merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar dilakukan.
Ramai yang mengandaikan bahawa operasi yang sebegini sudah pasti telah disusun dan dirancang dengan baik. Sudah pasti, segala kemungkinan telah difikirkan dan segala keperluan diambil kira. Semestinya matlamat yang ingin dicapai, ke mana hala-tujunya dan bagaimana ingin ke destinasi tersebut telah difikirkan dan dirancang. Bagaimana segala bantuan dan makanan hendak disampaikan ke kaum Rohingiya semestinya telah dikaji dan dipersetujui terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi apabila operasinya disertai bukan sahaja anggota dan pimpinan NGO tetapi juga PAS dan UMNO, iaitu dua organisasi yang didakwa parti politik terutama rakyat Melayu Islam di Malaysia.
Pemergian Flotilla tersebut diberikan liputan yang hebat melalui media. Ucapan dan pujian demi pujian dlimpahkan ke atas semua yang terlibat dan pemergian mereka dikatakan disertai doa rakyat Malaysia semoga berjaya. Malangnya usaha yang dilakukan tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.
Meringkaskan cerita, kesudahannya tidak seperti yang dijangka. Akhirnya dikatakan bahawa sebahagian bantuan dan makanan terpaksa diserah kepada kerajaan Myanmar untuk diserahkan kepada kaum Rohingiya di Arakan. Ramai mempertikaikan samada kerajaan Myanmar boleh dipercayai untuk melaksanakan amanah ini dengan baik. Bukankah selama ini mereka bersekongkol dengan pembunuhan kaum Rohingiya? Sebahagian yang lain diserahkan kepada pelarian Rohingiya di kawasan penempatan pelarian Rohingiya di Bangladesh. Itu pun setelah melalui keadaan ketidak-tentuan ke mana hala tuju Flotilla tersebut.
Saya tidak tahu samada memang itu yang dirancang dari asalnya atau sememangnya tiada apa-apa yang dirancangan. Adakah mungkin Flotilla tersebut pergi sahaja tanpa apa-apa rancangan selain ‘tawakkal kepada Allah’? Adakah wajar bertawakkal tanpa ‘diikat unta’ terlebih dahulu?
Ada yang menjawab bahawa itulah sekadar apa yang mampu dilakukan. Serah kepada kerajaan Myanmar dan selepas itu kita bertawakkal kepada Allah kata mereka. Paling kurang kita telah melakukan sesuatu. Ada juga yang menjawab, ini soal ‘hati’. Mana tahu, tindakan kita mengubah hati kerajaan Myanmar. Hati adalah kerja Allah. Jangan kita pandai-pandai nak ambil tugas Allah!
Namun demikian, ramai juga yang menyatakan bahawa kerja-kerja sebegini bagaikan melepaskan batuk di tangga. Ianya tidak berperancangan dan berakhir dengan keadaan ironis di mana bantuan dan makanan untuk kaum Rohingiya diserah kepada yang bersekongkol dalam pembunuhan kaum Rohingiya!
Bagi yang lebih sinis mereka menuduh ianya beragenda politik untuk menaikkan imej UMNO di mana PAS diperkudakan. PAS pula dilihat redha diperkudakan. Demi membina ‘kesatuan ummat’ kata mereka. Demi memberi hujah dan alasan untuk bermesra dengan UMNO. Amat malang kalau itulah keadaannya. Ini bermakna mereka mengambil kesempatan dari kesengsaraan kaum Rohingiya demi kepentingan politik masing-masing.
Pada sesi Parlimen lepas, YB Kuala Terengganu telah membawa usul berhubung keadaan kaum Rohingiya. Usul tersebut ditolak dan tidak dibenarkan untuk dibahas atas berbagai alasan. Tiada walaupun seorang dari UMNO mahupun PAS yang membantah penolakan usul berkenaan!
Sebenarnya masih banyak yang boleh dilakukan kalau benar-benar ingin membantu. Tindakan pertama semestinya kutukan rasmi dari kerajaan Malaysia. Diikuti dengan tindakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana Malaysia adalah anggota kepada Majlis Keselamatannya. Selagi ini tidak sanggup dilakukan maka segala dakwaan ingin membantu akan dilihat sebagai sandiwara.
HIMPUNAN RUU355
Selain Food Flotilla untuk Myanmar, satu lagi isu besar yang memperlihatkan kebersamaan PAS dan UMNO ialah persoalan RUU355. Saya telah menyatakan berkali-kali bahawa pemerkasaan mahkamah Syariah tidak tercapai hanya dengan meningkatkan hukuman yang mampu ia kenakan. Lebih utama dari itu adalah kebebasan dan kemampuan mahkamah syariah untuk menegakkan keadilan. Apabila ianya bebas dan mampu maka baharulah persoalan hukuman menjadi agenda. Apabila ianya dikongkong dan tersekat, dari segi kebebasan dan kemampuannya, maka meningkatkan hukuman hanya menjamin ketidak-adilan dan kezaliman.
Imam Malik, Imam Abu Hanifa dan Imam Ahmad ibn Hambal merupakan mangsa mahkamah zaman mereka yang tidak bebas mahupun adil. Ada yang disebat, dipenjara sehingga mati walaupun mahkamah masa itu berkewajipan menegakkan keadilan syariah. Kezaliman yang dilalui mereka dianggap ‘harus’ oleh beberapa ‘cendiakawan kerajaan’ atas sebab ianya hukuman takzir dan takzir adalah, kononnya, milik pemerintah. Adakah benar mengikut Islam, pemerintah boleh lakukan sesuka hati? Bukankah keadilan matlamat teragung Islam?
Apabila diperjuangkan peningkatan hukuman bagi mahkamah syariah, perlu juga ditanya, tidakkah mahkamah syariah ini beroperasi di Malaysia yang hingga hari ini dikuasai UMNO? Maka tidakkah ini bererti menyerahkan kuasa yang lebih kepada parti pemerintah yang selama ini tidak menghiraukan ajaran dan prinsip-prinsip Islam? Adakah wajar diharapkan UMNO untuk menegakkan hukum Islam dengan seadilnya? Apa jaminan ianya tidak akan disalah-gunakan terhadap musuh politiknya? Sepertimana pernah dialami oleh Imam-imam yang disebutkan tadi.
Ada yang menjawab, tanggung-jawab kita adalah untuk menentukan hukuman yang ditetapkan Allah dapat dilaksanakan. Soal samada ianya akan dilaksanakan dengan baik dan adil, itu bukan urusan kita kata mereka! Bukankah tanggung-jawab kita adalah menentukan hukum Islam dilaksanakan dengan adil supaya keadilan Islam terserlah, supaya dengan itu manusia tertarik pada Islam?
Sekali lagi sikap ‘lebih kurang’, ‘cincai’ dan ‘acuh tak acuh’ ditunjukkan golongan yang menganggap diri mereka pejuang Islam. Sedangkan bukankah selama ini yang merosakkan imej Islam adalah UMNO? Tidakkah yang merosakkan Melayu sehingga menjauhkan mereka dari memahami Islam adalah UMNO? Maka sekiranya begitu, tidakkah menyerahkan tugas untuk menegakkan keadilan hukuman Islam kepada UMNO adalah sama seperti menyerahkan bantuan dan makanan untuk Rohingiya kepada kerajaan Myanmar?
KESIMPULAN
Sekadar bersemangat untuk membuat kebaikan tidak mencukupi. Jika bersungguh-sungguh maka perlu difikirkan cara bagaimana ianya perlu diusahakan sehingga matlamat sepenuhnya tercapai. Di situ terletaknya keikhlasan dalam usaha kita. Di situ terletaknya sifat ‘itqan’ yang dipuji Allah. Bukan secara lebih-kurang, cincai dan acuh tak acuh terhadap ketepatan dan keberkesanan sesuatu usaha.
Dan apabila ianya gagal kita sekadar berkata, “sekurang-kurangnya kita dah cuba”. tidakkah kesan buruk dari kegagalan itu tidak disedari? Dan apabila ditegur kekurangan usaha kita, maka dijawab, “komen jer pandai, awak buat apa?” Sedangkan yang lain tidak berpeluang sambil kita yang berpeluang telah mempersia-siakan peluang itu dengan pendekatan cin-cai kita.
Hadis Rasulullah (SAW), mafhumnya;
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

“Allah suka kepada seseorang apabila dia melaksanakan kerja, dia melakukannya dengan itqan (cara terbaik dan paling berkesan)”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments