Skip to main content

AMANAH Ulangi Pendirian Tak Berbangkit Isu Penggabungan Parti


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengulangi lagi pendirian parti itu bahawa isu penggabungan Amanah dengan PKR tidak berbangkit sama sekali pada masa ini.

Tegasnya dalam satu kenyataan, beliau berkata, Amanah tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).

Bersama-sama rakan-rakan Keadilan dan DAP tegas beliau, Amanah menubuhkan Pakatan Harapan (PH).

“Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PH telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti dalam PH dan PPBM semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional,” tegas beliau.

Bagaimanapun, Salahudin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawatnya, Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang melahirkan pandangan mengenai idea perlunya pergabungan antara Amanah dengan PKR.

“Saya mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya,” tegas beliau dalam kenyataan ringkas tersebut.

Berita ihsan Amanahdaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Mat Safian said…
Dr. Afif (ADUN Seberang Jaya) dan Ustaz Yusni Mat Piah (PAS Pulau Pinang) adalah geng yg sama.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...