Skip to main content

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Boleh belah lah Khalid. Tumpang PAS tak sedar diri. Boleh melingkup PRU 14. Patut kau kena penyepak kat parliment baru tau diri. Stupid MP
TRUE POWER said…
bro yg jual ubat
MP Khalid Samad dah inform suruh tarik balik tapi speaker tak buat
ape yg Pasir Salak cakap keterlaluan, mana akhlaknya, dah la pakai songkok.
buat malu nye.
Memanglah Khalid hilang sabar.
Yang lu geram kt Khalid ape hal

roy said…
Dear Sir,


You are my favorite politician of our country ever. I'm proud of your stance in parliament against Menteri Sial and I hope the cowherds who attacked you are brought to justice.

I've been following all your parliamentary debates and interviews. The one with Marina against the ABIM retard was exceptional. Loved it. Hope to hear more of you. You just make my day. Thank you.
Unknown said…
Boleh belah lah DANSHEN PLUS, khalid membawa suara rakyat di parlimen, bukan seperti MP BN dan PAS kaki ponteng dan khianat rakyat. Jgn ditunjuk sgt bodoh tu.
Unknown said…
"sesiapa yg beriman pada allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam"-hadis 4o:imam nawawi
Unknown said…
Aklaq ke ..adab ke..bukan satu yg penting..yg penting cash..
wabwas said…
Tahniah YB! Ntah kenapa puas hati benar saya rasa. Hahaha.. baru bertemu buku dengan ruas. YB xnak ke pujuk2 Dato Mahfuz join PAN.
erictys said…
Admired your courage in defending a woman being hurled four letter words in our multi racial society, we must protect each other no matter what race we are....and YB Tuan has demonstrated just that and become a hero... May you'll be blessed in your work and to keep our country peace and prosperous and your victory in the coming GE..terima kasih Tuan.
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan