Ada yang beranggapan bahawa DAP selesa berkerjasama dengan AMANAH kerana DAP ‘menguasai’ AMANAH dan AMANAH sekadar ikut sahaja kehendak DAP. Tanggapan sebegini ditanam oleh mereka yang memusuhi bukan sahaja AMANAH tetapi juga DAP. Ia menggambarkan AMANAH sebagai parti yang tidak berprinsip dan DAP pula sebagai parti yang bersifat ‘manipulative’ suka memperalatkan pihak lain. Dalam soal ini kita saksikan UMNO dan PAS berganding bahu menanam anggapan atau persepsi sebegini. Ia bertujuan untuk meminggirkan DAP dan AMANAH dari masyarakat Melayu khususnya.
Saya ingin menjelaskan sebab-sebab utama mengapa DAP selesa berkerjasama dengan AMANAH. Saya yakin apabila ini dijelaskan, lojik sebab mengapa kami selsa berkerjasama dengan AMANAH serta kesesuaian hubungan kami akan difahami semua. Ianya bukan sukar untuk difahami kerana ianya bukan atas pertimbangan politik atau startegi semata-mata. Sebaliknya ianya atas perkiraan sikap perhubungan antara parti dan antara manusia yang begitu asasi.
Sikap AMANAH bila berbincang
Bila saya bersama pimpinan AMANAH, saya tidak merasa diri saya sebagai seorang asing dan dipandang serung. Mereka mempunyai sikap keterbukaan yang jelas ikhlas ingin bersahabat dan bersaudara dengan semua yang bersedia bersama mereka. Saya tidak merasa yang dikatakan kepada saya berlapik-lapik sehingga menyebabkan saya sangsi terhadap kata-kata tersebut. Saya tidak merasakan apa yang dikatakan kepada saya berbeza berbanding apa yang dikatakan sesama mereka.
Cara mereka dan akhlak mereka menyebabkan saya yakin perbincangan kami ikhlas dan terbuka. Saya boleh berikan pandangan walaupun berbeza dan saya tidak ditempelak dengan kata-kata seperti “kamu tak faham, kamu bukan orang Islam”. Sebaliknya mereka berusaha menjelaskan pandangan mereka secara rasional dan intelektual dalam bahasa dan nilai-nilai yang mudah saya fahami.
Dan walaupun kami terus berbeza pandangan, selepas itu kami tetap bersahabat.
Keadaan sebegini amat penting apabila ingin berkawan apatah lagi menjadi rakan dalam mendukung perjuangan bersama. Saya rasa begitu selesa berbincang ‘hati ke hati’ dengan mereka sambil diri saya tidak dilihat sebagai seorang yang ‘jahat’ atau ‘berniat jahat’. Bila kesangsian sebegitu tidak wujud, saya selesa mengatakan apa yang saya ingin katakan dan begitu juga mereka.
Kejujuran dan berpegang pada janji
Setelah membahaskan sesuatu dan akhirnya membuat keputusan, saya melihat pimpinan AMANAH jujur dalam usaha mereka melaksanakan keputusan itu. Mereka berpegang kepada janji dan tidak melanggar apa yang dipersetujui bersama. Saya merasa yakin apa yang dipersetujui dan dijanjikan akan tetap mereka pegang bukan sepertimana yang dilakukan oleh pimpinan parti lama mereka. Mereka tidak bersikap ‘kami orang Islam, bakal masuk syurga. Oleh itu langgar perjanjian demi Islam tidak mengapa’. Oleh itu amat selesa saya berkerjasama dengan mereka.
Mereka pernah sebut pada saya bahawa sifat bercakap benar (sidiq) dan berpegang pada janji (amanah) adalah sifat yang masyhur bagi Nabi mereka ia itu Nabi Muhammad dan beliau dikenali dengan sifat-sifat ini walaupun sebelum menjadi nabi. Ianya sememangnya sifat-sifat terpuji dan itulah sifat-sifat yang mereka dakwa mereka ingin zahirkan. Sekiranya benar, dan setakat ini saya lihat ianya benar, maka itulah pegangan yang paling tepat bagi kita semua.
Tegas dalam berprinsip
Apabila parti lama mereka mengkhianati perjanjian, saya tahu mereka telah membantah dan menegur pemimpin mereka. Ini menyebabkan saya percaya kepada keikhlasan mereka. Apabila mereka meninggalkan parti lama mereka yang telah mereka bina bersama sekian lama, atas prinsip tidak bersetuju dengan pendekatan ‘semakin Melayu’ demi menjaga imej perjuangan islamis mereka, saya bertambah yakin dengan keikhlasan mereka. Mereka bukan calang-calang orang yang sekadar mampu menjadi pengikut setia, menumpang populariti orang-orang tertentu, tetapi mereka pemimpin yang berwawasan dan berprinsip.
Orang-orang seperti ini lebih mudah kami berkerjasama dengan mereka. Tiada u-turn dan tiada pengkhianatan. Berpegang kepada prinsip dan bukan main ikut sahaja apa jua arahan yang diberikan walaupun melanggar janji. Orang sebegini yang saya ingin jadikan rakan dalam berpakat, bukan jenis bertukar sikap setiap kali arus berubah.
Kesungguhan membawa mesej ‘political Islam’
Saya menganggap tuduhan ‘khianat agama’ atau ‘menjual agama’ yang dilemparkan terhadap mereka jauh dari kebenaran. Sebaliknya saya melihat mereka berusaha untuk menghayati ajaran agama mereka, samada dalam soal peribadi mahupun dalam perjuangan politik mereka. Sefaham saya mereka tubuhkan AMANAH untuk tujuan itu apabila diyakini parti lama mereka tidak lagi mampu membawa mesej ‘political Islam’ secara tepat atau berkesan.
Ada yang memberitahu saya, perjuangan yang mampu mempengaruhi masyarakat Melayu hanya dua, ia itu kebangsaan Melayu atau Islam. Kedua-duanya ada nilai emotifnya. Dahulu ‘political Islam’ bawaan PAS menjadi check and balance terhadap politik kebangsaan Melayu. Sekarang dengan sikap terbaharu PAS, mereka bersekongkol bersama atas rasuah dan perkauman. Oleh itu, untuk membersihkan imej ‘political Islam’ ini maka AMANAH ditubuhkan.
Saya melihat usaha mereka cukup penting untuk mencorakkan minda Melayu Islam ke arah kebaikan dan kemajuan. Wawasan yang ada pada mereka jauh lebih ke depan dan progressif berbanding PAS. Saya tidak tahu PAS sudah ingin ke mana.
Kesimpulan
Sebenarnya saya bukan inginkan yang luar biasa dari rakan-rakan saya. Saya hanya inginkan kejujuran dalam berpakat, berpegang kepada janji dan keikhlasan dalam berbicara. Bagi saya pemimpin-pemimpin AMANAH merupakan harapan masa depan bangsa Melayu dan ummat Islam. Ikhlas, jujur, sanggup berkorban dan kuat berkerja. Sambil itu mempunyai wawasan yang jelas dan bersifat ‘untuk kebaikan semua’.
YB Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Kluang (DAP)
Artikel ini telah diterbitkan di dalam Akhbar Amanah edisi-12

Comments