Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

PRU-14: Segalanya Mungkin

Perubahan suasana politik Negara yang begitu pantas pasti menyebabkan ada yang kebingungan. Apabila telah muncul beberapa parti baharu dalam pentas politik negara, pasti ada yang bertanya, kita nak undi siapa? Turut ditanya juga adalah samada mungkin tercapainya satu lawan satu? UNDI SIAPA? Persoalan hendak undi siapa mungkin lebih mudah untuk dijawab. Semestinya jawapannya adalah undi pihak yang telah bergabung untuk menjatuhkan BN. Yang bersama dalam gabungan ini memahami betapa berat implikasinya sekiranya BN terus memerintah. Atas kesedaran itu mereka telah sanggup bergabung menepikan perbezaan antara mereka. Gabungan parti politik ini pula mesti bersatu atas satu visi yang lebih menyeluruh berbanding sekadar untuk “jatuhkan DS Najib”. Satu visi dan dan wawasan yang boleh dipersetujui bersama oleh semua. Ke arah ini Amanah menyambut baik kenyataan TS Mahyuddin bahawa matlamat BERSATU adalah bukan sekadar menjatuhkan Najib tetapi menggantikan kerajaan BN. Dengan itu boleh difa...

Women's Boat to Gaza

Bersama kita menyokong dan mendoakan usaha murni ini. KHALID SAMAD

Bersatu dan Politik Perkauman

Kenyataan saya berhubung penubuhan BERSATU tempoh hari telah mendatangkan teguran dan kritikan dari beberapa pihak. Saya telah menyebut bahawa “parti yang berasaskan kaum tidak semestinya membawa mesej atau risalah perkauman”. Turut saya nyatakan juga bahawa “cintakan kaum tidak bererti rasis, sebaliknya benci pada sesuatu kaum adalah rasis. Rasisme adalah terhasil dari sentimen kebencian, sesuatu yang bersifat negatif dan memusnahkan, sambil cintakan kaum sendiri adalah hasil sentimen positif, iaitu cinta, sentimen yang membina”. Adakah cinta pada kaum sendiri memestikan benci terhadap kaum yang lain? Adakah untuk mengelak dari menjadi rasis, maka seseorang perlu bebaskan dirinya dari perasaan cinta pada kaumnya sendiri? Sudah pasti jawapannya tidak. Ada di antara teguran dan kritikan yang timbul wajar dijawab. Ada juga yang perlu sekadar ditepis. Teguran atau komentar dari Dato Ibrahim Ali yang merasakan dirinya terbela dengan kenyataan saya perlu hanya ditepis. Maaf, kenyataan s...

Selamat Menyambut Aidiladha

Dengan ingatan tulus ikhlas. KHALID SAMAD

Walimah anak di Masjid Al-Hidayah Sek 18 Shah Alam

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan walimah anak saya Musaddeq semalam 10 September 2016. Ucapan jazakallahu khairan kathirah secara khas ditujukan kepada: 1. Pihak JK Masjid Al-Hidayah yang mengizinkan majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid berkenaan. 2. Kepimpinan dan ahli Amanah kawasan Shah Alam yang turun sebagai petugas dan juga tetamu. 3. Kepimpinan dan ahli Amanah cawangan Seksyen 18 Barat yang bertungkus lumus menyediakan segala jamuan secara rewang dan turut bertugas sepanjang majlis. 4. Pimpinan Keadilan, DAP, Amanah dan PAS dari semua peringkat yang hadir bermesra dan bergaul dengan rakyat jelata yang turut hadir menjayakan walimah tersebut. 5. Ahli keluarga yang datang dari merata tempat samada dari pihak saya, isteri mahupun pengantin perempuan Anis Afida Binti Mohd Azli yang mana dengan kehadiran mereka telah menceriakan lagi majlis tersebut. 6. Jiran dan rakan taulan serta warga Shah Alam yang sudi bersa...

Hubungan Amanah-DAP: Rahsia Keakrabannya

Saya begitu tersentuh dengan tulisan YB Liew Chin Tong yang telah disiarkan di akhbar Amanah keluaran ke 12 iaitu untuk tempoh 14 – 20 Ogos 2016. Dalam penulisan beliau amat jelas bahawa antara sebab utama DAP begitu selesa dalam berkerjasama dengan Amanah adalah kemampuan berkomunikasi dan kejujuran dalam berpakat. Sebenarnya kedua-dua sifat ini sepatutnya merupakan sifat semulajadi bagi mana-mana organisasi, lebih-lebih lagi yang memperjuangkan Islam. Tetapi malangnya cara ianya dinyatakan oleh YB Chin Tong seolah-olah ianya merupakan sesuatu yang amat sukar dijumpai di kalangan organisasi politik dewasa ini. Sememangnya persoalan komunikasi adalah penting bagi sebuah organisasi yang ingin membawa aspirasi Islam. Dalam suasana Islam diberikan imej yang ganas dan buruk, kemampuan kita menjelaskan prinsip Islam dalam bahasa yang mudah dan meyakinkan adalah antara cabaran terbesar mana-mana jemaah Islam. Kecenderungan untuk merempuh, mengugut, memaksa dan sebagainya, sepertimana yan...

Kenapa DAP Selesa Berkerjasama Dengan Amanah: Penjelasan Seorang Pimpinan DAP, YB Liew Chin Tong

Ada yang beranggapan bahawa DAP selesa berkerjasama dengan AMANAH kerana DAP ‘menguasai’ AMANAH dan AMANAH sekadar ikut sahaja kehendak DAP. Tanggapan sebegini ditanam oleh mereka yang memusuhi bukan sahaja AMANAH tetapi juga DAP. Ia menggambarkan AMANAH sebagai parti yang tidak berprinsip dan DAP pula sebagai parti yang bersifat ‘manipulative’ suka memperalatkan pihak lain. Dalam soal ini kita saksikan UMNO dan PAS berganding bahu menanam anggapan atau persepsi sebegini. Ia bertujuan untuk meminggirkan DAP dan AMANAH dari masyarakat Melayu khususnya. Saya ingin menjelaskan sebab-sebab utama mengapa DAP selesa berkerjasama dengan AMANAH. Saya yakin apabila ini dijelaskan, lojik sebab mengapa kami selsa berkerjasama dengan AMANAH serta kesesuaian hubungan kami akan difahami semua. Ianya bukan sukar untuk difahami kerana ianya bukan atas pertimbangan politik atau startegi semata-mata. Sebaliknya ianya atas perkiraan sikap perhubungan antara parti dan antara manusia yang begitu asasi. ...

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Jemputan Walimatul Urus

Kami sekeluarga menjemput semua yang berkelapangan, khususnya warga Shah Alam, ke majlis walimatul urus anak kami Musaddeq bin Khalid dengan pasangannya Anis Afida Binti Mohd Azli pada 10 September 2016. Majlis bermula pada jam 11:30 pagi hingga 4:00 petang di perkarangan Masjid Al-Hedayah Seksyen 18 Shah Alam. Sekian, terima kasih. KHALID SAMAD