Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Kemunculan ‘Gagasan Sejahtera’ dan ‘Bersatu’

Banyak yang telah dan sedang berubah dalam suasana politik negara. Yang ada dahulu, pada PRU ke 13, sudah tiada dan yang tiada dahulu sudah ada. Startegi politik mesti berubah seiring dengan perubahan keadaan dan suasana. Keinginan untuk terus dengan sesuatu strategi dan pendekatan sedangkan suasana dan keadaan telah berubah merupakan punca kegagalan ramai pimpinan sepanjang sejarah manusia. Dan inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh mana-mana pemimpin. Cabaran menangani dan mengurus perjuangan melalui strategi yang anjal dan realistik dalam suasana yang sentiasa berubah. Sememangnya ianya sukar dan sangat mencabar. Dan di situ diujinya kemampuan kepimpinan. Pemimpin mesti mempunyai ketajaman minda yang mampu memahami suasana dan persekitarannya. Mampu juga mengenali tindakan untuk mengatasi keadaan dan suasana yang sedang berubah dan berani pula mengambil risiko. Namun risiko yang telah dipertimbangkan untung ruginya dan kemungkinan kejayaannya terlebih dahulu, bukan mengambil ri...

Wacana Harapan :1MDB Kemana Hujungnya? [24/8/16, 8PM, Petaling Jaya]

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Syarat Pembentukan ‘Grand Coalition’ Menghadapi BN

MUQADDIMAH Seluruh rakyat sedang bercakap mengenai persoalan pembentukan ‘Grand Coalition’ untuk hadapi BN dalam PRU ke 14. Ramai yang menyatakan keseronokan mereka dan bersikap begitu optimis akan kejayaan yang akan tercapai melaluinya. Pada masa yang sama ada juga yang bersikap pesimis sambil mengatakan ‘Grand Coalition’ ini akan berbalah satu sama lain dan tiada sebab menganggap ianya tidak akan senasib dengan Pakatan Rakyat dahulu. Ya, sememangnya pembentukan Grand Coalition ini sesuatu yang mencabar. Sudah pasti dengan adanya komponen yang tidak sehaluan, khususnya parti baharu yang ingin ditubuhkan Tun M bersanma TS Mahyudin Yasin, dan begitu juga dengan sikap suka berbalah PAS, maka rakyat berhak bersikap pesimis. Namun demikian kesedaran oleh semua pihak mengenai masalah Negara yang akan menimpa sekiranya UMNO/BN terus memerintah pasti mencukupi untuk menghasilkan ‘Grand Coalition’ yang lebih committed kepada agenda penubuhannya. Oleh itu, agenda disebalik penubuhannya seme...

Pengumuman: Akhbar Amanah Edisi 13

Akhbar Amanah edisi ke-13 sudah berada di pasaran. Kepada yang ingin melanggannya sila berhubung melalui WhatsApp ke nombor berikut +601132334322 -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Akhbar Amanah Edisi 12

Akhbar Amanah edisi ke 12 sudah berada di pasaran. Kepada yang ingin melanggannya sila berhubung melalui WhatsApp ke nombor berikut +601132334322 -Pejabat YB Khalid Samad-

Amanah Mengkaji Semula Hubungan Dengan PKR?

Ini merupakan "Usul tahunan Muktamar PAS". Antara sebab mengapa terjadinya perbalahan di antara kami dengan pimpinan baharu PAS sehingga tertubuhnya AMANAH. Maka tidak mungkin saya kata begitu! Namun perlu juga diakui bahawa ianya sekadar 'Usul Tahunan' dan bukan diikuti dengan sebarang tindakan pun. Hanyalah sekadar kata-kata pembakar di hujung lidah sebagai peniup semangat semata-mata. Saya ketika ini sedang berada di Saudi sehingga 14 Ogos 2016 dan hanya boleh dihubungi melalui WhatsApp atau email buat sementara waktu. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Pengumuman: Akhbar Amanah Edisi Ogos

Amanah edisi ke 11 sudah berada di pasaran. Kepada yang ingin melanggannya sila berhubung melalui WhatsApp ke nombor berikut +601132334322 -Pejabat YB Khalid Samad-

'Amanah' Telah Pun Ada

Persoalan kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan PAS dalam kerajaan Selangor walaupun PAS merupakan sebuah ‘rogue party’ atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan. Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.

Pengumuman: Langganan Akhbar Amanah Melalui Pos

Akhbar Amanah edisi ke 10. Untuk mendapatkan edisi terbaru dan seterusnya melalui pos sila melangganan secara terus untuk 3, 6 atau 12 bulan. Keluaran mingguan. Untuk membuat langganan sila berhubung melalui WhatsApp melalui nombor +601132334322 dengan menyatakan "Saya ingin langgan Akhbar Amanah" dan akhbar Amanah akan dipos ke alamat yang diinginkan setiap minggu. Bagi pihak penerbit akhbar Amanah. -Pejabat YB Khalid Samad-

“Kalimatul Haq Yuriidu Biha Bathilun”

Kata-kata yang diungkapkan di atas merupakan kata-kata Saidina Ali (KW). Ia bermaksud “Kalimah Benar Yang Diinginkan Darinya Kebathilan”. Ungkapan ini digunakan Saidina Ali terhadap golongan Khawarij. Mereka merupakan golongan bersemangat tinggi, banyak beribadah tetapi gopoh dan kurang kefahaman mengenai sifat dan matlamat agama Islam. Cogan kata mereka adalah “inilhukmu illa lillah” atau “tiada hukum (kerajaan) kecuali kepunyaan Allah”. Atas cogan kata itu mereka menolak kepimpinan Saidina Ali, sering mencaci dan memaki hamun beliau sehingga ke tahap menyatakan darahnya halal dan mereka akan membunuhnya.