Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

‘Perbalahan’ YB Saari dan YAB Azmin

Ada yang bertanya kepada saya berhubung tweet YAB Azmin Ali yang menempelak YB Saari Sungib tempoh hari. Saya terkejut dengan apa yang terkandung dalam tweet tersebut. Saya terus membaca apa yang dikatakan YB Saari sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Apabila saya membacanya, saya dapati tiada apa-apa pula yang disebut berhubung keinginan menjadi Exco. Maka apa sebab dituduh ‘nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke?” Untuk memudahkan semua memahami isu yang telah dibangkitkan oleh YB Saari, saya senaraikan secara satu per satu supaya mudah difahami.

Pengumuman: Akhbar Amanah Bil. 9

Kepada yang ingin melanggan sila hubungi melalui WhatsApp nombor telefon berikut +601132334322. Terima kasih. -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: New British Prime Minister Theresa May Recites Quran to Prove Islam is Religion of Peace

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Bubarkan Amanah Pembangkang Tenang?

TITM mencadangkan supaya Amanah dibubarkan. Menurut beliau lagi “bubar Amanah dan pembangkang akan tenang” . Mungkin TITM lupa bahawa sebelum wujudnya Amanah sekalipun pembangkang dalam keadaan berbalahan satu sama lain. Dari sejak 2008 lagi PAS menimbulkan banyak masalah terhadap usaha kerjasama dan kesatuan pembangkang untuk menghadapi UMNO/BN. Kami yang sekarang ini berada dalam Amanah yang telah berusaha mempertahankan kerjasama ini bersama Almarhum TGNA. Dan oleh kerana usaha mempertahankan kerjasama ini jugalah maka kami digelar ‘golongan Erdogan’, ‘Anwarinas’, ‘wala pada PR lebih dari wala kepada PAS’ dan sebagainya. Akhir sekali digelar ‘liberal’, ‘jebon’, ‘pengkhianat’ dan ‘khadam DAP’.

Cara Menghancurkan Lim Guan Eng

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Di Antara Senjata, Gencatan Senjata dan Perjuangan

Sebelum sempat dipertimbangkan secara serius dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ‘tawaran Gencatan Senjata’ dari Timbalan Presiden PAS kelihatan sudah seolah-olah ditarik balik. Ianya perkembangan yang mengecewakan. Usaha menyatukan parti pembangkang dalam satu jenis kerjasama telah pada asalnya dimulakan oleh PAS sejak dahulu lagi. Antara yang paling mutakhir adalah dengan Semangat 46 pada 1990 dan Keadilan pada 1999. Pada ketika itu, PAS menganggap menjatuhkan BN dalam PRU merupakan usaha murni dan wajib demi masa depan negara. Malangnya dewasa ini suara Timbalan Presiden sendiri disanggah dengan begitu sahaja oleh pimpinan PAS yang lain. Setakat ini yang menyatakan sokongan terbuka terhadap cadangan TITM hanya YB Iskandar, Pesuruh Jaya PAS Selangor. Ini semua adalah petanda kepada wujudnya pemikiran baharu di dalam PAS.

‘Kafir Harbi’ : Kefahaman Songsang dan Terbantut

MUQADDIMAH Kenyataan Mufti Pahang berhubung isu ‘Kafir Harbi’ telah banyak menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menolaknya. Perbahasan berhubung kenyataan tersebut telah mengambil berbagai bentuk dan tidak kurang juga yang mengupasnya secara ilmiah dari sudut perundangan dan sejarah. Bagi saya, sikap seseorang terhadap kenyataan Mufti Pahang bergantung kepada kefahamannya terhadap Islam itu sendiri. Secara umum boleh dikatakan bahawa yang bersetuju dengan kenyataan Mufti Pahang mempunyai kefahaman bahawa Islam dan ummat Islam berkewajipan ‘menguasai’ ummat bukan Islam. Yang bukan Islam dikategorikan sebagai samada ‘Kafir Dhimmi’ atau ‘Kafir Harbi’. Ini bererti orang bukan Islam samada tunduk pada ummat Islam atau mereka dianggap sebagai musuh yang wajar diperangi.