Skip to main content

Sisipan Malam Minggu: Ucapan Nik Abduh Di Muktamar Dewan Pemuda PAS

“DAP beri arak pada bekas pimpinan PAS dan mereka keluar PAS dan tubuhkan parti baharu”. Atau lebih kurang begitulah bunyinya.

Saya faham kata-kata Abduh adalah sekadar qiasan dan tidak perlu diambil secara literal. Hanya qiasannya tidak kena kerana tiada di antara kami yang menubuh AMANAH kelihatan dalam keadaan seakan-akan mabuk. Itu sebabnya saya anggap qiasan beliau tidak kena. Malahan bila saya fikirkan, mencari sebab dia qiaskan begitu, saya dapati qiasannya seolah-olah terkena batang hidungnya sendiri.

Yang dapat arak, meminumnya dan menjadi mabuk biasanya tidak ketentuan, tidak tentu hala, tidak tentu arah serta berubah perwatakan. Itu bukan kami. Kami tidak pernah membuat U-turn.

Mungkin Nik Abduh sendiri tidak faham apabila saya sebut ianya terkena pada batang hidungnya sendiri. Biar saya jelaskan. Antara tindakan dan keadaan seseorang yang dipengaruhi arak adalah:

a) LUPA APA YANG DILAKUKANNYA - Yang mabuk lupa apa yang dibuatnya. Macam kisah seseorang yang hari ni calonkan si W dan si A. Esoknya tiba-tiba sendiri kata si W tidak layak! Lusa pagi hantar pula nama-nama lain di mana si A pun digugurkan. Petang nama-nama lain lagi! Ini bukan kami ya, ini orang lain.

b) MALAS DAN TIDAK MAMPU BUAT KERJA SUKAR - Yang mabuk mana boleh buat parti baharu wahai Nik Abduh! Yang mabuk mengantuk, malas dan tidak faham peraturan. Buat parti baharu memerlukan usaha, tenaga, kesegaran otak dan kewarasan. Yang mabuk akan kekal dalam parti lama walaupun dipandu masuk longkang. Dia kisah apa, sebab dia mabuk! Yang bersusah payah tubuh parti baharu sebenarnya membuktikan bahawa dirinya tidak mabuk.

c) TIDAK KENAL MANA KAWAN DAN MANA LAWAN - Yang mabuk sering tidak kenal orang. Mana kawan dan mana lawan pun tidak kenal. Seperti yang gelar diri ‘pembangkang’ tetapi sibuk kutuk DAP, perlekeh PKR dan puji pula MCA dan Gerakan. Ini pun tidak ada persamaan dengan kami tetapi mungkin dengan yang lain.

d) KATA-KATA TIDAK SELARI DENGAN TINDAKAN - Yang mabuk tidak sedar apa yang dikatanya dan apa yang dibuatnya. Oleh itu ianya bercanggah satu sama lain. Sebagai contoh, yang bentuk Blok ke 3 sambil berkata “kami mahu satu lawan satu”. Kalau dah wujudkan Blok ke 3, macam mana mahu elak 3 penjuru? Lebih-lebih lagi bila tidak mahu bincang dengan yang lain. Ini betul-betul mabuk punya cerita.

e) ANGGAP YANG BUKAN MILIKNYA SEBAGAI MILIKNYA - Yang mabuk tidak hormat hak milik orang lain. Semua dianggap milik dirinya. Sebagai contoh, kawasan yang pernah ditandinginya dahulu dianggap secara automatik semuanya miliknya. Walaupun tidak pernah menang di situ sebelumnya. Dianggap ianya sekadar ‘dipinjamkan’ kepada rakan dan bila tiba masa dituntut balik sedangkan bukan dia punya pun! Mabuklah katakan. Ini pun bukan kami!

f) ANGGAP DIRI BERADA DI ZAMAN LAIN YANG SUDAH LAMA BERLALU - Yang mabuk sering kala tidak sedar diri. Dalam kepalanya terbayang bermacam-macam. Kalau baru menonton kisah Pendekar Bujang Lapok sebelumnya atau kisah Hang Tuah, itu yang berlegar di ingatannya. Maka apabila terjaga dia ingat dirinya berada di zaman tersebut. Maka pergilah si mabuk ke majlis rasmi berpakaian zaman lampau, seolah-olah berada di abad ke 15 Masihi. Sedangkan sekarang ini sudah abad ke 21. Ini juga takde kena mengena dengan kami!

Biar rakyat sendiri yang menilai siapa yang lebih wajar diqiaskan dapat ‘arak’ sehingga perangai tidak menentu...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Berkaitan: Mabuk ada bermacam mabuk... (Dr. Mujahid Yusof Rawa)

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...