Skip to main content

Siapa Menghina Institusi Raja-Raja Melayu Sekarang?

1. Amat jelas kelulusan RUU MKN tanpa restu Majlis Raja-Raja Melayu merupakan satu tindakan menemplak institusi tersebut.

2. Selama ini UMNO/BN menjaja dakwaan bahawa parti-parti pembangkang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan sekiranya memerintah Negara akan mengancam kedudukan institusi tersebut.

3. Hari ini amat jelas, apabila cadangan dan teguran Majlis Raja-Raja dibakul-sampahkan dengan sewenang-wenangnya oleh pentadbiran UMNO/BN di bawah kepimpinan DS Najib, siapa yang sebenarnya tidak hormat Majlis Raja-Raja.

4. Secara praktiknya, UMNO/BN telah merampas hak dan kuasa YDP Agung untuk mengisytihar darurat dan memindahkan kuasa itu kepada Perdana Menteri.

5. Kami ingin pihak UMNO/BN melalui pimpinannya mengakui bahawa dengan tindakan meluluskan RUU MKN tanpa restu Majlis Raja-Raja, merekalah sebenarnya pihak yang telah melemahkan dan mencabar institusi Raja-Raja.

Khalid Abd Samad,
Pengarah Komunikasi AMANAH.

Nurul Izzah DS Anwar,
Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya Keadilan.

Tony Pua,
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...