Skip to main content

Lebih "Mabuk" Dari yang Disangka?


Ulasan saya berhubung pimpinan PAS yang bagaikan orang mabuk yang menganggap diri mereka berada di abad ke-14 dijawab dengan meletakkan gambar DYMM YDP Agong di sebelahnya. Saya tidak faham maksud sebenarnya. Adakah dimaksudkan bahawa mereka sebenarnya menganggap diri mereka sebagai DYMM YDP Agong atau Sultan atau anak Raja? Itu lebih "mabuk" dari apa yang disangka sebelum ini. Tiada yang waras mempersoalkan kewajaran sekiranya DYMM YDP Agong berpakaian seperti itu kerana sememangnya Baginda adalah Agong di negara kita ini; tetapi mereka ini siapa atau mereka ingat mereka siapa?

Saya tidak perlekehkan pakaian mereka. Saya sekadar menyatakan bahawa antara sifat 'mabuk' adalah menganggap diri berada di zaman lain. Hari ini saya perlu sebut dengan lebih jelas bahawa sifat 'mabuk' termasuk juga menganggap diri sendiri sebagai Sultan atau DYMM YDP Agong. Mungkin juga boleh ditambah, "belum pun berkuasa sudah berlagak mengalahkan Raja!".

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
Pemuda pas mabuk sbb presidennya huloq ayaq ketum dan pil kuda

ahazeman said…
what a shame ....did you have no brain at all. pakaian adalah hak individu.. selagi tak ganggu orang lain.. adakah anda terganggu? gila seks ke?
Ibnu Abas said…
Dah tiada modal... Mabuk bawak lari kerusi
Unknown said…
Menyesal aku pangkah ko kalau mcm ni akhlak ko khalid! Ill make sure u lost in d next election.
norsha said…
Insaflah sedara...hidup bukan lama...wallahuaqlam
mypotluck said…
shame on u khalid moron..menyesal undi ko..f off from shah alam..no more vote for u from my family n friends...
Nora Mohd said…
Setuju dengan anda ahazeman...pakaian org pun boleh jd isu ke yb khalid..selagi x menyalahi syariat suka hati merekalah...ini menggambarkan mentaliti anda sebenarnya...byk lg isu besar utk diulas la wahai yb bijaksana
Unknown said…
Bila pulak mereka kata yang mereka rasa seperti berada di zaman lain?
Minta maaf je lah YB Khalid. Kenyataan anda mengguris banyak pihak.
Belum kira perguruan-perguruan silat yang masih menghargai busana pahlawan melayu.
wudaine01 said…
Dia yg mabuk hasil hidangan todi dap
Taqs said…
Hello bro ...korang ni mengulas pakai kepala lutut yer ...pakaian mencerminkan diri ...jadi kalau dah pemimpin tiba2 memakai pakaian hulubalang zaman dahulu tentulah ada something wrong...ini bukan tema persidangan pemuda ...nak buat kejutan jauh sekali ...yang pasti perubahaan ini hanyalah untuk menunjukkan orang pas kununnya lebih melayu daripada UMNO (orang UMNO pun setakat pakai melayu jer pi perhimpunan UMNO) . Cuba nak meraih segmen sokongan orang melayu terhadap PAS. Kalau ini lah caranye tag line PAS for All tu dah tak relevan ...mungkin ganti dgn tag line baru PAS ganti UMNO ... baru ada gaya hahaha...jgn tersedak membaca tulisan ambo wahai walaun ...Nak betulkan akidah para walaun PAS ...PAS bukan Agama,PAS hanya parti politik. Team kepimpinan sebenarnya dikelilingi sekumpulan ustaz yang terpengaruh dengan pemikiran ISIS ...fahaman takfiri yang dulu dipelopori oleh segolongan pemimpin PAS yang mengkafirkan orang UMNO, kini muncul pula kumpulan baru daripada orang yang sama untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sepandangan dengan PAS ...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-