Antara pengajaran utama yang tidak dapat dinafikan dari pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah bahawa kerusi yang dimenangi mana-mana parti komponen PR pada pilihan raya 2013 telah dimenangi atas sebab sokongan rakyat terhadap PR. Ianya TIDAK dimenangi atas sokongan terhadap parti tersebut semata-mata dan oleh itu, setelah dimenangi, semua pihak seharusnya bertindak berdasarkan semangat PR dan bukan atas semangat parti masing-masing. Ini merupakan satu perkara yang jelas dan nyata tetapi ada juga yang sengaja cuba buat tidak faham atau seolah tidak penting.
Dalam erti kata lainnya, PAS menang atas sebab sokongan terhadap PR sebagaimana juga DAP dan Keadilan. Oleh itu tiada ‘kerusi PAS’ atau ‘kerusi Keadilan’ atau ‘kerusi DAP’ tetapi sebaliknya semua adalah kerusi PR. Kebenaran kenyataan ini adalah disokong dengan fakta bahawa walaupun semua bertanding dengan logo parti masing-masing tetapi Manifesto PR digunapakai oleh setiap calon samada dari PAS, Keadilan mahu pun DAP. Hanya yang berkepentingan dan mempunyai agenda tersembunyi sahaja yang akan cuba menafikan kebenaran kenyataan ini.
Saya ingin menegaskan perkara ini kerana ada yang masih beranggapan bahawa kerusi Parlimen Shah Alam adalah ‘kerusi PAS’. Pada hari mengundi pilihan raya kecil di Sungai Besar saya telah bertemu seorang petugas PAS. Selepas saling mengucap salaam beliau terus bertanya “Bila YB nak pulangkan kerusi PAS?” Saya pun tersenyum sambil menjawab, “mana ada kerusi PAS?”.
Jika berdasarkan kekuatan PAS semata-mata, sudah hampir pasti tiada pihak yang akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam, kecuali BN. Keputusan di Sungai Besar jelas sebagai bukti terhadap kebenaran dakwaan ini. Pada pilihan raya kecil ini, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah hanya 6,902 undi, kurang dari apa yang diperolehi PAS pada 2004 iaitu sebanyak 7,988 undi! Ini bererti prestasi baik PAS di Sungai Besar pada 2013 apabila PAS kalah dengan hanya 399 undi berbanding BN adalah di atas dasar PAS telah bersama PR.
Kalau digunakan Sungai Besar sebagai ukuran, maka ini bermakna keputusan 2004 akan juga berulang di Shah Alam apabila saya sebagai calon PAS pada tahun itu telah kalah dengan majoriti BN melebihi 13,000 undi. Tetapi apabila bersama BA+DAP pada 2008 dan PR pada 2013, maka majoriti BN sebanyak 13,000 undi itu telah berjaya dilenyapkan dan kemenangan tercapai dengan majoriti melebihi 10,000 undi pada dua-dua pilihan raya umum tersebut.
Oleh yang demikian, sebagai seorang ‘pejuang Islam’, biarlah kita bercakap benar. Siddiq adalah sifat Nabi (SAW) dan ianya perlu dicontohi setiap Muslim, apatah lagi seorang ‘pejuang Islam’. Biarlah bersedia mengakui bahawa kerusi Shah Alam sebagai contoh, sepertimana juga kerusi yang lain yang dimenangi sebagai komponen PR pada 2013 telah berjaya dimenangi di bawah PR dan bukan di atas dasar ‘kekuatan’ parti masing-masing sahaja. Apabila difahami perkara tersebut dan mengakuinya maka perlu juga diakui bahawa atas sebab itu perlu digunakan kemenangan dan kedudukan sebagai YB dan kerajaan, mengikut kehendak PR dan bukan atas kehendak parti masing-masing. Jika melihat dari satu sudut, menggunakan kedudukan mengikut kehendak parti, setelah menang di bawah PR adalah pengkhianatan sebenar! Sepatutnya berpegang kepada janji yang telah disepakati bersama dan mengurus serta mentadbir kemenangan mengikut manifesto bersama dan bukan atas kehendak masing-masing. Kehendak dan kepenting parti masing-masing hendaklah diusahakan dalam kerangka dasar PR yang telah dipersetujui bersama.
Oleh itu, saya ulangi kembali, tiada kerusi PAS yang perlu dipulangkan. Sebaliknya yang perlu dipulangkan adalah semangat setia kawan PR yang telah mendatangkan kemenangan pada asalnya dengan izin Allah. Kami yang sekarang bersama AMANAH adalah bekas ahli PAS yang ingin kekal istiqamah dengan janji untuk bersama Keadilan dan DAP membentuk kerjasama antara tiga parti demi menjatuhkan BN dan membentuk kerajaan yang bersifat adil dan berkebajikan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
AMANAH tak blh lagi terikut2 cara PIS dahulu, menilai sokongan berdasarkan jumlah kehadiran ceramah, kemudian mewar-warkan dlm media sosial mendapat sokongan padu. Jgn ikut budaya PIS.
AMANAH perlu terus ke akar umbi penyokong PIS. Akar umbi PIS adalah warga emas yg sukakan penampilan berjubah dan berserban. Itu sahaja pegangan mereka. Mereka sukakan ustaz2 glamour yg pandai buat lawak khususnya yg muda2. Mereka menyokong bukan kerana perlembagaan PIS. Mereka ini penyokong yg timbul bukan era 1998, era reformasi, mereka penyokong era Ust. Akhil Hayy yg mengutamakan unsur lawak dlm ceramah.
Ketika PRK K. Kangsar, isu yg disebarkan oleh ketua2 muslimat kawasan kpd rombongan muslimat PIS ialah pihak UMNO telah memangkah kertas undi bg penyokong PIS sehingga org PIS tak blh nak pangkah. Ternyata ia hanyalah rekaan. Ternyata juga muslimat2 warga emas percaya berita ini.
AMANAH perlu strategi melihat dari bawah ke atas.
Salam,
Maksud Tuan Yb semua kerusi dimenangi kerana semangat PR bukan PH mahupun PAS, PKR, DAP dan lebih-lebih lagi AMANAH. Formula pembahagian kerusi pula bagaimana? Adakah setiap parti yang menggunakan logo masing-masing tiada hak ke atas kerusi tersebut dan perlu memulangkan kerusi kepada Pakatan Harapan yang masih belum ditubuhkan pun pada Pilihanraya lepas. Maaf sekadar bertanya kerana saya insan kerdil disisiNya dan jangan kecam saya.
Tuan Bekas Idola Saya