Skip to main content

BN Merampas Kembali Selangor?

Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, semua mulai sedar bahawa sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru di Selangor, maka BN akan mendapat peluang keemasan untuk merampas kembali Selangor. Ini adalah antara pengajaran terpenting dari apa yang telah berlaku. Oleh itu ramai yang menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu untuk menghadapi BN. Malangnya seruan ini seolah tidak diendahkan sebelum PRK dan akan terus tidak diendahkan PAS selepas PRK.

PAS mengambil keputusan untuk bersendirian dan oleh itu amat jelas bahawa PAS yang berpecah dari Pakatan Rakyat asalnya dan Pakatan Harapan ketika ini. Walau apa pun hujah dan alasan, hakikatnya apabila PAS bersendiri dan PH terdiri dari tiga, PAS yang berpecah dan berasingan. Hanya yang kurang siuman sahaja yang akan mendakwa PH yang berpecah dari PAS atau PH punca pembangkang berpecah! Ini adalah kerana PH masih bersatu dan PAS yang bersendirian.

Oleh itu, sekiranya PAS melihat BN sebagai lawannya dan menjatuhkan BN penting demi kepentingan rakyat dan negara, sudah pasti paling tidak PAS akan berunding dan berkerjasama dengan PH atau pun menyertainya seperti sebelum ini di dalam PR. Sekiranya PAS memilih untuk tidak berbuat demikian, maka bererti PAS tidak keberatan membenarkan BN merampas kembali Selangor. Itulah mesej yang di bawa, walaupun PAS sendiri berkemungkinan besar tidak akan menang semua kerusi yang ditandinginya di Selangor pada PRU ke 14; atas sebab berlakunya 3 penjuru dan perkara itu dianggap tidak mengapa bagi PAS.

Dan inilah hakikat PAS dewasa ini. PAS tidak lagi merupakan parti pembangkang terhadap BN. PAS tidak begitu kisah samada BN jatuh atau tidak. Yang penting bagi PAS sekarang adalah DAP dan PH tidak boleh membentuk kerajaan. Kalau PAS inginkan kemenangan sekalipun, ianya bukan untuk menjatuhkan BN. Kalau menang sekalipun tidak semestinya PAS akan bersama PH untuk membentuk kerajaan. Mungkin sekiranya terpaksa, PAS juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan BN.

Dakwaan saya bukan tidak berasas. Imbas kembali ‘printscreen’ atau ‘screenshot’ whatsapp Dr Zuhdi yang pernah disebarluaskan pihak tertentu pada satu ketika dahulu. Oleh itu biarlah dihadapi PRU ke 14 ini dengan penuh kefahaman terhadap kedudukan PAS. Pokoknya, jika PAS benar-benar ingin mengalahkan BN, PAS perlu bersama PH. Jika tidak, maka jelas bahawa PAS tidak ingin BN dikalahkan. Setelah keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar diketahui umum, penyertaan PAS sebagai pihak ke-3 dalam pertandingan 3 penjuru adalah bukan lagi demi mencapai kemenangan, tetapi demi memenangkan BN! Oleh itu, jika masih berlaku 3 penjuru selepas ini, maka diharapkan jangan ada lagi yang was-was akan perkara ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Salam aidilfitri..yb..siapa yang kurang siuman? Pas ke ph??? Orang yg kurang siuman ialah orang yg maki pas khianat pas pijak pas..lepas tu bila rasa dah tak kuat nak ajak balik pas bersatu..apa kejadah nya pas nak ikut ph bersatu!! Ph pengkhianat!!! Sudah2 la yb memburuk buruk kan PAS..PH kan kuat...tanpa pas, terus kan perjuangan menjadi barua dap
AIMAN said…
YB Khalid, Bila yang PAS berpecah daripada PR? Yang betulnya anda yang keluar daripada pas dan sama2 membentuk ph. Yb juga punca masalah sama seperti pas. Bukan yb sahaja, dap dan pkr pun sama. Buanglah sifat tuduh menuduh, lebih2 sesama kita.
Unknown said…
PAS hanya tidak mahu berpakat dengan DAP..jadi apa kata tubuh sebuah pakatan tanpa DAP...

Sebenanrnya sy faham PAS tidak mahu menang tetapi dasarnya tergadai hanya kerana mengejar sebuah kemenangan yang tidak beerti...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...