Berikut merupakan suntingan dari artikel saya yang bertajuk: Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru yang telah diterbitkan pada 30 Julai 2015. Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB (AMANAH) mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah. Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang l...