EXCO SELANGOR
Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain.
Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting. Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuhan yang sempit.
MB MENGUGUT?
Namun demikian, perlu saya sebut bahawa saya terkejut sekiranya MB telah menggunakan jawatan exco tersebut sebagai bahan ugutan dalam perundingan berhubung PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira betapa beliau telah berusaha sekian lama mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun dikritik oleh berbagai pihak. Adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar. Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini?
Berdasarkan komitmen MB dan PKR terhadap penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama ini, saya menganggap dakwaan kononnya MB mengugut PAS sedemikian rupa sebagai satu perkara yang sukar dipercayai. Setelah mengharungi segala kritikan dan cemuhan kerana ingin terus berkerjasama dengan PAS, adalah amat menghairankan sekiranya sekarang ini beliau memusnahkan segalanya semata-mata kerana PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa ianya Parlimen yang telah dimenangi BN, maka sekiranya tidak dapat dimenangi sekalipun melalui PRK ini, ianya bukanlah sesuatu yang memalukan. Oleh itu, tidak wajar hubungan PKR dan PAS yang dipentingkan beliau selama ini dijejaskan semata-mata kerana satu kerusi Parlimen!
Oleh itu apabila berita tersebut dinafikan MB, saya lebih cenderung mempercayainya.
Lagi pun saya rasa tidak mungkin PAS akan berdiam diri sekiranya benar mereka diugut sedemikian rupa! Sudah pasti demi menjaga maruah parti mereka akan bertindak balas untuk memahamkan MB bahawa jawatan exco tersebut tidak penting bagi mereka.
SENARIO KEDUA
Ada juga yang mengatakan bahawa sebenarnya PAS yang mengugut dan pada saya ini merupakan senario yang lebih munasabah.
Ramai masih ingat bagaimana, demi mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor satu ketika dahulu, PAS pernah mengancam kestabilan kerajaan Negeri. PAS sanggup bertindak sehingga ke tahap menyokong TSKI memecat Exco PKR dan DAP dari kerajaan Negeri Selangor. Komitmen PAS terhadap kerajaan Negeri Selangor yang mantap dan stabil, yang terdiri dari PKR, DAP, PAS dan sekarang AMANAH, adalah tidak menentu dan dilihat begitu minima.
Oleh itu kemungkinan ugutan tersebut atau berita kurang tepat mengenainya datang dari pihak PAS dilihat lebih wajar dan berkemungkinan. Hakikatnya komitmen PAS, khususnya Hj. Hadi, kepada parti rakan dalam kerajaan Negeri Selangor dapat dilihat oleh umum ditahap yang paling minima. Malahan mungkin dianggap kerjasama tersebut sebagai sesuatu yang tidak ada nilai sama sekali.
KEDUDUKAN PAS YANG MEMBINGUNGKAN
Keenganan PAS berunding dan menarik diri dari bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah manifestasi sikap baharu PAS sejak Muktamar 2015 yang lepas. PAS menganggap dirinya tidak terikat dengan mana-mana pakatan atau kerjasama dengan mana-mana parti politik. PAS bersendirian. Sekejap bersendirian, tetapi sekejap Blok ke 3 dan sekejap lagi bersama PKR dalam PR yang terus didakwa masih wujud. Bila ingin bersama kerajaan Selangor maka PAS sebagai anggota PR. Namun apabila di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, PAS bersendirian, sehingga bertanding melawan calon PKR, DAP dan AMANAH. Semuanya tidak salah kerana PAS bersendirian. Dan apabila cuba menunjukkan bahawa ada ‘kawan baharu’ maka PAS pula menjadi memimpin Blok ke 3. Tetapi apabila bertaawun, PAS bersama UMNO/BN.
KESAN PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR
Saya menjangkakan bahawa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini adalah ujian litmus terhadap keadaan dan kedudukan tidak menentu PAS selama ini. Selepas PRK ini PAS terpaksa membuat keputusan, kerana keadaan aneh dan janggal mereka tidak boleh berterusan selamanya. Perhubungan songsang seperti ini mesti dimuktamadkan. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Adakah mereka bersama pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan BN? Atau bersendirian dengan tujuan mendapat kerusi yang cukup untuk menjadi penasihat BN? Seperti dakwaan Hj. Hadi semasa PR Negeri Sarawak. Atau berhajat mencipta Blok ke 3 yang terdiri dari pihak yang hanya sanggup dipimpin PAS?
Pada masa yang sama PRK ini akan turut menjadi ujian litmus ke atas keberlangsungan Pakatan Harapan kerana berpontensi menentukan halatuju hubungan di antara PKR dan PAS. Perkara ini mempunyai korelasi yang tinggi dengan kemampuan AMANAH membuktikan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan politik parti pembangkang. Ya, ianya sering disebut, AMANAH pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH seperti yang pernah diambil PAS dalam PR. Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula AMANAH menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu.
Perlu sentiasa diingat, sesuatu kedudukan bukan hasil dakwaan atau tuntutan. Ianya perlu diperolehi melalui usaha dan kerja keras. PRK ini memberikan AMANAH peluang untuk memperolehi kedudukan tersebut. Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat. Buktikan AMANAH mampu menggantikan PAS. Dan sekiranya ianya dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah ‘ke sana sini’ PAS.
Akhirnya, ianya hanyalah PRK di dua Parlimen yang dahulunya dimenangi UMNO/BN. Tetapi ianya berpotensi membawa kesan yang paling bermakna kepada Pakatan Harapan dan hubungannya dengan PAS sebagai parti pembangkang. Bagi yang ingin PAS kembali ke politik rasional dan waras, keluar dari orbit tersendirinya, biarlah ianya terantuk dahulu. Mungkin selepas terantuk baru mereka akan sedar. Sekadar mungkin.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments