1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil maklum bahawa Mejar Zaidi telah menyertai DAP. Dengan itu kedudukan beliau sebagai ahli AMANAH telah dengan sendirinya terbatal.
2. AMANAH ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas segala sumbangan dan pengorbanan semasa beliau bersama AMANAH. Semoga segala sumbangan dan pengorbanannya akan diterima Allah sebagai satu amalan soleh dan diberikan ganjaran yang setimpalnya.
3. Pendirian dan sikap tegas beliau dikenali semua dan ianya terbukti dengan kesanggupan beliau berhadapan dengan tindakan disiplin TUDM berhubung isu dakwat kekal sebelum ini. Sikap ini amat dihargai AMANAH dan kami doakan beliau akan terus berpendirian tegas tanpa kompromi dalam membela kebenaran.
4. Dari apa yang dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam. AMANAH menganggap cita-cita tersebut sebagai cita-cita yang murni, kerana ingin membela pihak yang dizalimi dan difitnah.
5. AMANAH menyedari bahawa perkauman adalah senjata paling ampuh yang kembali digunakan UMNO, maka keinginan Mejar Zaidi untuk mematahkan senjata ini difahami dan dikongsi bersama. Akan tetapi AMANAH mempunyai kaedahnya tersendiri.
6. AMANAH mendoakan semoga beliau terus maju dalam usaha memperjuangkan keadilan dan kebajikan bagi rakyat melalui DAP. Keputusan beliau untuk menyertai DAP adalah hak dan pilihan beliau sendiri. Tindakan beliau tidak dilihat sebagai pengkhianatan terhadap Islam dan tidak juga dianggap menyalahi akhlak Islam.
7. AMANAH sebagai sebuah parti Islam sentiasa menganggap penubuhan AMANAH dan pendekatan yang dipilihnya adalah satu ijtihad yang tidak semestinya dipersetujui dan dipatuhi oleh setiap individu Muslim. Ianya adalah satu pendapat dan pandangan berhubung cara mencapai cita-cita menjadikan Islam sebagai asas kepimpinan dan pemerintahan Negara. Hanya yang bersetuju dengan ijtihad ini perlu bersama dan tiada dosa sekiranya berpandangan sebaliknya.
"Harapan Baru"
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
2 Mei 2016

Comments