MUQADDIMAH Pilihan Raya Sarawak telah berlalu. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Namun bagi saya pengajaran yang terpenting adalah ‘ketiadaan’ Pakatan Harapan secara sebenar-benarnya dalam pilihan raya tersebut. Yang bertanding adalah hanya sekadar 3 parti yang bertindak secara bersendirian, masing-masing dengan agenda dan perkiraan masing-masing. Maka dengan itu berlakulah pertembungan antara anggota Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR di beberapa kerusi. Ramai kecewa dengan keadaan ini. Di mana, tanya mereka, kesatuan pakatan parti pembangkang yang akan menandingi BN? Pada masa yang sama, berlaku juga pertindihan antara PAS dengan setiap anggota PH, iaitu PKR, DAP dan juga AMANAH; tetapi ianya tidak begitu menimbulkan kemarahan atau kehairanan di kalanagan masyarakat dan pemerhati politik negara. PAS sudah di luar orbit politik rasional. Sibuk dengan dirinya sendiri dan blok ketiganya sambil semua parti pembangkang lain mengusahakan kesatuan dan kerjasama. Ramai tid...