Skip to main content

Amanah Gesa PAS Tarik Adun BN di Terengganu


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu hari ini menggesa PAS negeri bijak menggunakan peluang terhadap situasi politik yang disifatkan semakin membimbangkan.

Kata Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, hasil pertemuan bersama Adun PKR negeri, Azan Ismail (Bandar) difahamkan bekas Menteri Besar Ahmad Said (Adun Kijal) bakal membuat pengumuman penting pada minggu depan.

Pengumuman ini dipercayai berkait rapat dengan tindakan susulannya selepas mengusulkan undi tidak percaya kepada penggantinya Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jelasnya ini kerana selepas daripada membangkitkan usul itu 8 Mac lalu, Kerajaan Negeri Terengganu menarik kembali peruntukan daripada Adun Kijal itu.

"Tindakan terakhir BN menarik balik peruntukan kepada Ahmad seolah-olah beliau parti pembangkang dan ini menimbulkan persepsi baru.

"Azan sendiri beritahu rakyat Terengganu gusar kalau Ahmad sendiri tidak bersama sesiapa pun terkeluar dari BN kerana hak dan peruntukannya diambil," kata Raja Kamarul ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu PAS perlu menggunakan masa ini untuk menarik sekurang-kurangnya dua Adun dari BN jika Ahmad mengumumkan keluar dari parti itu agar dapat menubuhkan kerajaan.

Dalam pada itu ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa PAS Terengganu tidak sepatutnya berpeluk tubuh sebaliknya perlu bertindak tangkas dan agresif.

Jika tidak parti itu akan membuktikan bahawa parti itu khususnya presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang cenderung menyokong Umno-BN.

"Kita rayu PAS berhenti daripada mencerminkan mereka mesra kepada Umno-BN," tambah Pengarah Komunikasi Amanah itu.

Terkini BN memiliki 17 kerusi di negeri itu manakala PAS 15 dan PKR 1.

Jika Ahmad minggu depan bertindak keluar parti bermakna jumlah kerusi BN sama dengan PAS dan pembubaran DUN berpotensi untuk berlaku.

Ahmad sebelum ini untuk membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar tetapi ditolak oleh Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zuber Embong.

PAS pula melalui Hadi telah menegaskan bahawa idak terlibat dengan gerakan bekas Menteri Besar itu.

Berita ihsan Berita Daily dan Sinar Harian
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...