Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Majlis Makan Malam Sambutan Hari Jadi Ke-75 Lim Kit Siang

Saya telah menerima jemputan untuk hadir majlis makan malam sambutan hari jadi ke 75 YB Lim Kit Siang pada hujung Disember 2015. Apabila menerimanya saya pada awalnya teragak-agak samada mahu hadir atau tidak. Maklumlah dengan segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan bahawa saya dan rakan-rakan AMANAH adalah dibiaya oleh DAP, sudah pasti kehadiran saya di sambutan hari jadi LKS akan merancakkan lagi fitnah dan tohmahan itu. Namun apabila saya ingat kembali usaha Almarhum TGNA dan betapa beliau dengan berani menghadirkan diri ke majlis hari jadi mendiang Karpal Singh, saya berteqad untuk hadir. Pada ketika itu PAS dan Almarhum TGNA dituduh bermacam-macam oleh UMNO. Antaranya sebagai kuda tunggangan DAP, pengkhianat dan sebagainya. Tetapi Almarhum terus hadir kerana dia sedar apa yang sedang diusahakan beliau jauh lebih besar dan lebih penting dari tohmahan dan celaan orang yang mencela. Dan oleh itu saya juga bertekad untuk berpegang kepada prinsip yang sama. Malangnya yang berla

AMANAH Mengutuk Sekatan Ke Atas Portal Berita The Malaysian Insider

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan UMNO BN melalui SKMM yabg telah menghalang akses kepada laman berita The Malaysian Insider (TMI). 2. Ini merupakan satu pencabulan hak asasi rakyat yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Hak untuk tahu dan mendapat maklumat berhubung prestasi dan tindakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah satu hak yang dijamin perlembagaan. 3. AMANAH menyedari bahawa kerajaan sedang tertekan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa khususnya berhubung 1MDB. Namun tindakan menghalang akses kepada mana-mana laman berita seperti TMI tidak boleh diterima. 4. AMANAH mengutuk apa jua usaha menutup salah laku pimpinan kerajaan dengan menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang bebas dan telus dari sumber-sumber di luar kawalan kerajaan. 5. AMANAH ingin mengingatkan kerajaan UMNO BN bahawa keadaan dan suasana dunia tidak lagi seperti dahulu di mana akses kepada maklumat boleh dihalang dengan mudah. Suasana dunia ta

Video: Bekas Naib dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Jamilah Ibrahim Jelaskan Kenapa Sertai Amanah

Beliau bertugas selama 18 tahun sebagai Ketua dan Nabi Ketua Muslimat PAS Pusat dibawah TG Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Fadhil Noor. Video ihsan Youtube Parti Amanah Negara -Pejabat YB Khalid Samad-

Mengapa Kami Pilih AMANAH...

Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti. “Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan Rakyat ketika itu. “Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan. “Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul d

Naiknya Ahmad Bashah Selaku Menteri Besar Baharu Negeri Kedah

MUQADDIMAH Sepanjang sesi Parlimen berlangsung, setakat ini telah memperlihatkan pertukaran Menteri Besar di 3 Negeri. Kesemuanya dengan sebab tertentu dan mengikut kaedah masing-masing. Yang pertama di Terengganu. Ianya berjalan lancar tanpa apa-apa kekecohan kecuali di dalam kalangan tertentu di Terengganu sahaja. Yang kedua di Selangor dengan jatuhnya TSKI dan naiknya Azmin. Ini berlaku dengan cukup kecoh sehingga ada yang tidak kenal kawan dari lawan. Suasana menjadi begitu kelam kabut dan yang penting adalah mencapai apa yang diinginkan walaupun terpaksa melanggar segala janji setiakawan terhadap rakan sambil berpelukan dengan lawan. Yang paling kelakar, selepas itu yang melakukan khianat berbicara dan menuntut kesetian. Dan yang terakhir baru-baru ini pula di Negeri Kedah.

Selamat Tahun Baru Cina

Saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada seluruh masyarakat Tiong Hua. Semoga tahun baru ini lebih aman dan makmur dari tahun sebelumnya. Bersama kita bina sebuah Malaysia yang aman dan makmur penuh dengan nilai nilai persaudaraan dan kerahmatan. Bersama kita Selamatkan Malaysia. KHALID SAMAD

Seruan Solidariti Bersama DSAI

Jangan dilupa manusia yang bernama DSAI yang sedang dalam penjara hasil fitnah jahat. Beliau pejuang rakyat dan bagaikan lilin yang membakar diri demi orang lain untuk mendapatkan cahaya. Mak pada 9 Februari ini marilah kita bersama-sama berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh untuk memberitahu DSAI serta kerajaan UMNO/BN bahawa rakyat tidak pernah lupa akan perjuangan beliau dan rakyat akan tetap terus berdiri teguh bersamanya. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Tabung Haji Dan Krisis Keyakinan Terhadapnya

1. Tabung Haji (TH) merupakan institusi kewangan umat Islam hasil buah fikiran Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz. Ia bertujuan memudahkan urusan dan bebanan kewangan jemaah haji Malaysia. TH sebuah institusi unggul di dunia Islam yang boleh kita banggakan. 2. Untuk mencapai tujuan penubuhannya, operasi TH dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian urusan jemaah Haji dan kegiatan pelaburan pendeposit. Keuntungan dari kegiatan pelaburan membantu menampung sebahagian kos jemaah haji. 3. Sejarah prestasi tadbir urus TH adalah baik dan memuaskan dan punya rangkaian urusniaga yang luas melalui pelaburan dan pembelian aset strategik dalam dan luar negara. 4. Mutakhir ini TH ditanggapi umum sebagai bermasalah, khasnya setelah surat dari Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) tersebar luas. Secara lebih khusus tentang pertikaian pemberian dividen melebihi keuntungan dan pembelian hartanah tertentu dengan harga tinggi. Dakwaan urus niaga dan pelaburan TH dipengaruhi oleh pimpinan politik sukar di

Video: Kuliah Maghrib Masjid Lama Taiping

-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Siapa Khianat Siapa

-Pejabat YB Khalid Samad-