1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong tindakan menyekat kemasukan Atlet peserta luncur angin dari Israel yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Perubahan sikap berbanding terhadap pasukan kriket dan peninju Mua Thai Israel satu ketika dahulu dialu-alukan. 2. Perubahan ini disambut baik kerana menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh kerajaan haram Israel. 3. AMANAH menuntut kerajaan konsisten dalam memastikan tidak berlaku sebarang hubungan dengan Israel, termasuk dalam bidang perdagangan yang lebih berkesan dalam memberikan tekanan kepada Israel. Ini termasuk persoalan penjualan minyak kelapa sawit kepada Israel atau membeli barangan dagangan Israel samada secara terus atau melalui pihak ketiga. Tiada makna menyekat Atlet Israel sekiranya Malaysia merupakan rakan dagang yang antara terbesar dengan Israel. 4. Pada masa sama AMANAH menolak kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan sekata...
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘