MUQADDIMAH
AMANAH mengikuti dengan penuh minat desakan yang dibuat oleh salah seorang perwakilan Konvensyen DAP Selangor terhadap kerajaan Negeri Selangor. Beliau telah mendesak supaya PAS dikeluarkan dari kerajaan Negeri Selangor dan sekiranya tidak, maka DAP perlu keluar!
Desakan ini telah diberikan liputan luas oleh media dan ianya telah mendatangkan bermacam-macam reaksi dari rakyat Selangor. Walaupun ianya bukan satu resolusi yang diluluskan secara rasmi, dan hanya desakan seorang perwakilan, ia digambarkan seolah-olah ianya satu keputusan muktamad DAP.
AMANAH melihatnya sebagai luahan peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dengan suasana yang dianggap terumbang-ambing di antara Pakatan Harapan dan ‘Pakatan PKR-PAS’. Namun demikian, desakan untuk mengeluarkan PAS secara mengejut tidak akan menguntungkan semua kecuali UMNO dan BN.
STATUS KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Antara kegusaran peringkat akar umbi adalah status kerajaan Negeri itu sendiri. Kerajaan apakah yang memerintah Negeri Selangor? Dulu ianya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang memerintah berdasarkan manifesto PR Selangor. Sekarang PR sudah tidak wujud dan yang wujud adalah Pakatan Harapan (PH). Tetapi yang memerintah Selangor bukan kerajaan PH kerana PAS bukan sebahagian dari PH. Sedangkan PAS merupakan sebahagian dari kerajaan dengan adanya 3 exco dan seorang Timbalan Speaker. Maka apa pula hubungan PH dan PAS?
Oleh itu kedudukan dan status kerajaan Selangor perlu diperjelaskan dan diselaraskan supaya ianya tidak lagi dilihat sebagai sebuah ‘kerajaan dua gabungan’ yang tidak saling memperakui satu sama lain. Iaitu pertamanya gabungan Pakatan Harapan antara PKR, DAP serta Amanah dan keduanya ‘Pakatan PKR-PAS’. Suasana ‘anamoli’ atau kepelikan ini perlu diatasi supaya paling kurang, kerajaan Selangor dilihat bersatu dan kukuh dengan identiti yang jelas dan tersendiri. Bukan lagi sebagai kerajaan dua gabungan yang satunya rasmi dan satunya tidak. Dikhuatiri ianya akhirnya digambarkan bagaikan suami yang mempunyai isteri yang sah dan pada masa sama seorang wanita simpanan.
Oleh itu satu penyelesaian perlu difikirkan dan dikemukakan untuk supaya ‘anamoli’ ini ditamatkan.
CADANGAN AMANAH
AMANAH melihat bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara PH dan PAS. Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan samada PH Selangor atau PAS Selangor. Melalui perjanjian kerjasama ini kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi. Melalui tindakan ini hubungan antara PAS adalah dengan PH dan bukan hanya dengan PKR. Kerajaan Selangor pula jelas menjadi kerajaan gabungan PH-PAS dan bukan entiti yang pelik ia itu dua gabungan yang saling tidak mengiktiraf satu sama lain.
Seterusnya, gabungan baru ini, ia itu PH-PAS, perlu menentukan dasar-dasar yang ingin dilaksanakan bersama. Ini memberi peluang untuk kerajaan PH-PAS Selangor mengkaji kembali manifesto PR Selangor. Sekiranya didapati peluang penambah-baikan maka ianya perlu dimanfaatkan. Sebaliknya, sekiranya manifesto PR ingin diterima-pakai oleh kerajaan Selangor PH-PAS, maka biarlah ianya dilakukan secara rasmi juga.
PERSEPSI NEGATIF RAKYAT
Perlu difahami bahawa kedudukan sediada tidak boleh bertahan buat selama-lamanya. Hubungan PH-PAS perlu dirasmikan dan dasar bersama PH-PAS perlu diketengahkan. Baru menjadi jelas hala tuju dan sikap kerajaan Selangor dalam semua persoalan. Dengan itu ianya menjadi lebih mudah untuk rakyat menilai prestasi kerajaan Selangor dan melihat kelebihan yang ada padanya.
Perkara-perkara tersebut di atas perlu disegerakan. Amanah khuatir sekiranya rakyat Selangor naik jemu dengan suasana terumbang-ambing dan tidak jelas yang wujud dewasa ini berhubung kedudukan kerajaan Negerinya. Dikhuatiri ianya dilihat sebagai kegagalan mengutamakan rakyat dengan mengurus perbezaan secara konstruktif dan membina.
Sekiranya suasana ‘politik berjerebu’ ini berterusan sehingga PRU ke 14, dikhuatiri rakyat akan menghukum PH dan juga PAS melalui peti undi.
KESIMPULAN
Oleh itu, dari kita menimbulkan masalah dan kesulitan bagi semua dengan menuntut supaya dikeluarkan PAS dari kerajaan Selangor, adalah lebih baik ditawarkan perjanjian kerjasama antara PH dan PAS. Melalui perjanjian ini kerjasama dirasmikan dan dasar-dasar ditentukan untuk dilaksanakan bersama. Pilihan untuk mengeluarkan PAS dari kerajaan Selangor dengan sendirinya menjadi tidak lagi releven dan kerajaan Selangor boleh berjalan dengan lebih berkesan apabila hubungan PH dengan PAS dirasmikan. Komitmen terhadap dasar-dasar bersama turut dinyatakan dan diperkukuhkan untuk dilaksana bersama.
Adalah diharap bahawa cadangan kami ini akan dipertimbang dan diberikan keutamaan.
“Harapan Baru”
KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
6 November 2015
Artikel ini telah diterbitkan di laman amanah.org.my pada 6 Nov 2015

Comments
1. Bukankah Selangor masih lagi boleh ditadbir tanpa pengelibatan PAS? (Mengambil kira - Dua orang adun PAS sudah memberi sokongan terbuka kepada Dato Wan Azizah). Walaupun situasi ini agak berbahaya, hanya dengan kelebihan satu kerusi, bukankah keberjayaan Pakatan Harapan nanti akan menjadi 'kelebihan' kelak.. (Jika berjaya)
2. Adakah PAS Selangor boleh memberi jaminan bahawa PAS Pusat dibawah kepimpinan TGHA tidak akan mencampuri urusan PAS Selangor? Dengan kata lain, PAS Selangor is in their own. (Saya akan bersetuju jika sebuah draft solusi atas persefahaman bersama dengan PAS Selangor dan persefahaman ini haruslah berkuatkuasa untuk penggal ini sahaja!)
3. Namun berfikir balik, solusi/cadangan ke-2 saya, bagaimanakah mungkin komitmen Yb Adun PAS kelak? Ini kerana posisi mereka tidak terjamin untuk PRU 14 kelak.
4. Bagaimanakah pengagihan kerusi kelak menjelang PRU 14??
5. Mengambil kira semua perkara ini, saya masih berpegang kepada 'calculated risk' - mewujudkan kerajaan Pakatan Harapan dengan 'friendly Adun PAS' yang menyokong kerajaan pimpinan Pakatan Harapan adalah tindakan yang lebih bijak dan bermaruah serta mempunyai visi dan misi yang lebih jelas untuk mendepani PRU 14 kelak.
*Friendly adun @ adun bebas itu pula, seboleh-bolehnya diharapkan menyertai mana-mana pari di dalam kompenan Pakatan Harapan. Jika mereka tidak bersetuju atau masih tidak ada hati untuk menyertai mana-mana parti kompenan Pakatan Harapan, tetapi mereka ikhlas tidak mahu menyertai UG@bersama UMNO/BN dan lebih selesa untuk bersama 'Pakatan'. Maka, saya cadangkan kita(Pakatan Harapan) membuat satu perjanjian atau perikatan bermaruah dengan mereka (adun bebas yang menyokong Pakatan Harapan), atas kesudian mereka memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk menerajui Selangor, maka menjelang PRU 14 kelak, kerusi-kerusi yang disandang oelh YB Adun bebas ini tidak akan 'dikacau' (bertanding) oleh mana-mana parti kompenan Pakatan Harapan. Win win situation.
Elantirayan Genasan
Azmin takan mungkin boleh tahan macam Anwar. Malah, berkemungkinan, Anwar pun akan takut bila kekuatiran dia menjadi nyata.
So Azmin, jangan lupa pesan ANWAR. LAWAN TETAP LAWAN. Biar apa pun.
mana satu yg bohong ni yb? azmin atau yb?