Skip to main content

AMANAH Sokong Satu Lawan Satu

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden PKR bahawa hanya satu lawan satu dalam PRU-14. Ini adalah pendekatan terbaik untuk memungkinan Umno BN dikalahkan dalam PRU-14 akan datang. Itulah antara sebabnya AMANAH bersama mengasaskan Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat berkubur.

2. Konsep Pakatan Harapan, seperti mana Pakatan Rakyat, adalah gabungan parti-parti politik pembangkang yang komited kepada usaha menjatuhkan Umno BN sambil berpegang kepada janji untuk melaksanakan dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Ianya gabungan parti-parti secara rela dan saling menghormati tanpa adanya mana-mana parti yang dianggap sebagai ‘mendominasi’ atau berkuasa ke atas yang lain. Ianya ‘a partnership of equals’.

3. AMANAH berkeyakinan bahawa semua parti yang ingin melihat berakhirnya era pemerintahan Umno BN akan bersama dalam Pakatan Harapan atau paling kurang mempunyai perjanjian kerjasama dengannya untuk menjamin satu lawan satu. Mana-mana parti yang tidak bersedia untuk mengusahakan kesepakatan ini hanya membantu Umno BN.

4. Namun, AMANAH mengingatkan semua supaya setelah dipersetujui satu lawan satu sebagai cara mengalahkan Umno BN dalam PRU ke-14, maka pengalaman PRU ke-13 tidak boleh berulang. Seperti mana sedia maklum, satu lawan satu walaupun dipersetujui semasa PRU ke-13, khususnya di semenanjung, tetapi ada juga yang telah engkar dengan apa yang telah dipersetujui bersama. Akhirnya calon Umno BN telah menang di kerusi-kerusi berkenaan.

5. AMANAH ingin mencadangkan supaya selain daripada perjanjian satu lawan satu, perlu juga ada perjanjian untuk tidak berunding dengan pihak Umno BN oleh mana-mana parti secara bersendirian setelah menang. Kemenangan ini mesti dilihat sebagai kemenangan hasil usaha bersama dan oleh itu apa-apa usaha untuk berunding dengan pihak lawan secara bersendirian setelah menang adalah pengkhianatan yang nyata.

6. AMANAH, sebagai parti yang bersikap terbuka dan inklusif, sentiasa bersedia untuk berbincang dengan semua pihak yang berkaitan, khususnya melalui Pakatan Harapan, untuk menentukan kaedah satu lawan satu tercapai.

7. AMANAH ingin menyatakan bantahannya terhadap usaha PAS untuk memperkudakan PKR dengan meminta supaya PKR menghalang AMANAH daripada bertanding. Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik PAS seperti ini adalah antara sebab AMANAH ditubuhkan.

8. PAS perlu difahamkan semua pihak, termasuk AMANAH, berhak untuk bertanding di mana sahaja ia ingin bertanding. Kebersamaan AMANAH dengan Pakatan Harapan bukan kerana AMANAH tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tangung-jawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan Umno BN.

9. AMANAH dengan ini mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU ke-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing. Semoga perundingan dan perbincangan diadakan dengan semangat tawadhu’, rendah diri sambil mengutamakan kewajiban kita terhadap rakyat yang ingin bebas dari pemerintahan Umno BN.

10. Rakyat mesti diyakinkan bahawa hanya Pakatan Harapan alternatif terbaik bagi menggantikan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 kelak.

“Harapan Baru”

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi AMANAH
Jeddah, 29hb Nov 2015.


Artikel ini telah diterbitkan melalui www.amanah.org.my pada 29 November 2015.

Comments

Anonymous said…
Anjing kalau dah biasa makan taik, dia tetap akan makan taik juga...siapa yg makan cili, dia akan terasa taik yg saya katakan ini!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...