Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

2 Jamaah: Apa Yang Sebenarnya Haram

Dewasa ini ada kedengaran suara sumbang yang menyatakan bahawa kewujudan dua parti politik Islam pada masa yang sama di sesebuah negara adalah haram. Apabila dijelaskan kepada mereka keadaan sebenarnya, iaitu bahawa hukumnya adalah harus, maka dijawab balik ianya harus hanya sekiranya saling membantu dan tidak berbalah satu sama lain. Sebenarnya itulah hukumnya yang paling tepat. Kewujudan parti Islam lain selain PAS tidak merupakan masalah pada dasarnya. Yang menjadi masalah ialah apabila berlakunya perbalahan dan saling menyerang antara satu sama lain. Dalam erti-kata lain, yang haram adalah perbalahan dan bukan kewujudan lebih dari satu parti Islam.

DAP Menentang Islam?

Khutbah Eidul Adha di Negeri Pahang tahun ini telah menyebut DAP sebagai parti yang jelas menentang Islam. Tetapi malangnya tidak dinyatakan sebab mengapa disebut begitu. Tiada hujah ataupun bukti yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan tersebut. Hanya dikeluarkan kenyataan dengan begitu sahaja. Apabila pimpinan DAP Pahang meminta untuk bertemu dengan Mufti Pahang supaya dapat dijelaskan mengapa DAP dianggap sebagai menentang Islam, Mufti menjawab dengan sekadar mengatakan “keluar DAP dulu..”.

Video: I Don't Think Najib Should Stay An Extra Day If We Can Get Rid Of Him Yesterday

Video courtesy of Media Rakyat -The office of MP for Shah Alam-

Pindaan Perlembagaan PAS Yang Ingin Diusahakan Sebelum Ini

Merujuk kepada tulisan saya bertajuk ‘ Ke Mana Hilangnya Kebijaksanaan dan Keikhlasan? ’, saya telah berjanji untuk mendedahkan cadangan pindaan perlembagaan yang telah diusahakan untuk PAS tempoh hari. Presiden PAS telah menuduh bahawa pindaan ini bertujuan untuk mengambil alih kuasa Al-Quran dan Sunnah yang berada dengan Majlis Syura Ulama. Ia kononnya bertujuan untuk menjadikan PAS sebuah parti sekular. Sepertimana saya sebutkan sebelum ini, saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS, tetapi memandangkan tuduhan ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan untuk memburukkan kami supaya tindakan menjatuhkan kami dapat diterima ahli PAS; maka penjelasan adalah diperlukan bagi menangkis pembohongan ini.

AMANAH Alukan Kenyataan PKR Perkukuh Gabungan Pembangkang

KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN. Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan pada 11hb Oktober 2015 selepas sahaja selesai Mesyuarat Khas mereka. Bersama ini dikeluarkan respons AMANAH terhadap kenyataan media tersebut:- 1. AMANAH mengalu-alukan kenyataan media yang dikeluarkan pada 11hb Oktober oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Ianya menunjukkan sikap yang terus fokus terhadap usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak. 2. AMANAH mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan Parti Keadilan Rakyat atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh berpecah dua. Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff kepimpinan PKR, di bawah DS Wan Azizah selaku Presidennya, dalam mengurus perbezaan pandanga...

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kampung Pemberian, Kuala Kerai, Kelantan

Pada Isnin 5 Oktober yang lepas, satu majlis penyerahan kunci rumah kepada mangsa banjir di Kampung Pemberian Kuala Kerai telah diadakan. Alhamdulillah, dengan bantuan dan sumbangan dari berbagai sumber, program ini telah berjaya membina 5 buah rumah kekal dan 3 buah rumah transit untuk penduduk yang kehilangan rumah semasa banjir besar tahun lepas. Satu majlis penyerahan kunci telah diadakan walaupun rumah tersebut telah siap dan diduduki lebih awal lagi. Ia sekadar untuk menyatakan secara rasmi bahawa projek fasa ini telah selesai. Penduduk serta orang kampung turut dijamu buat kali terakhir dalam fasa ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Kerai bersama ketua kampung atau Tok Pengawa. Selama tempoh projek ini berjalan, majlis keramaian telah turut diadakan sebanyak 3 kali. Dengan dibantu NGO ‘Mercy Chefs’, Salam Care dan lain-lain aktiviti memasak dan menjamu penduduk Kampung Pemberian telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun...

Ke Mana Hilangnya Kebijaksanaan dan Keikhlasan?

Apabila mendengar muqaddimah ucapan Ust Hadi dalam rakaman video Mukhayyam Tarbawi PAS Kawasan Machang pada 3 September di Rusila, saya sebenarnyamerasa lega. Tersebut dalam hati, mungkin telah kembali kebijaksanaan dan keikhlasan kepada pimpinan bekas parti saya yang telah saya sertai sekian lama. Malangnya hujungnya tidak sebijak atau seikhlas permulaannya. Malang sekali apabila kebijaksanaan dan keikhlasan yang diceduk dari kisah para sahabat hanya diceritakan tetapi tidak dicontohi. Dan apabila sendiri berhadapan dengan suasana yang jauh TIDAK ‘se-mencabar’ , tidak pula dimanfaatkan kebijaksanaan yang diceritakan. Sepatutnya kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan Saidina Ali (KW) dijadikan pedoman dan panduan, bukan sekadar untuk diceritakan.