Skip to main content

Persoalan Meletak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen dan Pelanggaran Bai’ah

Sejak pengumuman penyertaan saya dan sahabat lain dari PAS dalam parti Pekerja-Pekerja Malaysia melalui mana perjuangan yang dibawa gerakan Harapan Baru dapat diteruskan, maka terdapat kedengaran tuntutan untuk kami meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN. Mengikut mereka ini adalah yang sewajarnya kerana kami telah dipilih atas lambang PAS dalam PRU yang lepas.

Saya telah memberi penjelasan mengenai persoalan ini dalam satu sidang akhbar pada 25 Ogos yang lepas. Oleh kerana persoalan ini masih ditimbulkan, maka saya ingin menjelaskan pendirian saya kembali untuk pengetahuan semua pihak.

Seseorang wajar diminta meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri hanya atas dua sebab. Pertama kerana melanggar asas di atas mana dia dipilih dan kedua kerana tidak berperanan di Parlimen dan kawasannya.

ASAS DI ATAS MANA KAMI DIPILIH

Kami menang dalam PRU lepas atas dua asas. Pertama Islam dan kedua PR. Asas pertama adalah asas yang mana PAS mendapat sokongannya. Asas kedua adalah terkandung dalam kempen kami semasa PRU di mana kami membawa ‘Buku Jingga’ dan Manifesto PR untuk Negeri Selangor dan rakyat awam, Islam dan bukan Islam, memilih kami atas sebabnya.

Walaupun kami berpindah wadah, namun kami kekal atas kedua-dua asas tersebut. Dengan itu kami tidak mengkhianati sebab atas mana kami diundi. Adalah perlu dibezakan bahawa kami bersama PAS dahulu untuk perjuangkan Islam, bukan perjuangkan PAS. Bagi kami PAS hanya merupakan wadah untuk perjuangkan Islam. Pada ketika itu, hanya PAS sahaja membawa perjuangan berasaskan Islam. Selagi kami terus bersama perjuangan Islam, walapun melalui wadah lain, maka dasar perjuangan kami tetap sama dan kami tidak mengkhianati undi yang diperolehi atas sebab dasar Islam ini.

Dalam persoalan asas kedua kami dipilih, ianya adalah kekal bersama PR dalam erti-kata tahaluf siyaasi bersama PKR dan DAP. Kami kekal dengan dasar itu. Malahan itu adalah salah satu factor penting mengapa kami terpaksa berhijrah ke wadah baru apabila ingin terus setia dengan asas kedua ini. Ini adalah kerana PAS telah berpindah dari dasar itu setelah mengkhianati PKR beberapa kali dan bertelagah dengan DAP sehingga musnahnya PR.

Yang tidak setia dengan dua asas pemilihan inilah yang sepatutnya dianggap mengkhianati undi rakyat walapun mungkin tidak berpindah parti. Ini adalah kerana kemenangan tercapai atas dua dasar utama yang disebutkan tadi dan bukan atas salah satu darinya.

Kedudukan kami tidak boleh disamakan dengan yang lompat dan khianat perjuangan partinya atau pengundinya seperti Dato Ibrahim Ali. Dia telah melompat dan menjadi wakil rakyat bebas dan seterusnya menyokong BN. Sedangkan BN ditentang rakyat yang mengundinya! Rakyat mengundinya kerana menentang BN dan menyokong PR, tetapi akhirnya dia bertindak menyokong BN dan menolak PR! Kami tidak bertindak sedemikian rupa.

TIDAK BERPERANAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN DI PARLIMEN DAN KAWASANNYA

Sebab kedua yang wajar untuk mana-mana wakil rakyat diminta meletakkan jawatan adalah sekiranya dia tidak berperanan.

Sefaham kami, kami telah memenuhi tanggung-jawab kami sebagai Ahli Parlimen dengan sebaik mungkin melalui kehadiran yang hampir penuh dan keterlibatan aktif dalam perbahasan. Yang kurang hadir dan kurang terlibat dalam perbahasan ini sepatutnya dikaji kembali kedudukan sebagai Ahli Parlimen. Yang sebegitu sifatnya maka memang sepatutnya diminta untuk meletakkan jawatan.

Keanggotaan kami di dalam parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang bakal ditukar namanya kepada Amanah Negara tidak menghalang kami dari terus memainkan peranan kami sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dengan sebaik mungkin. Oleh itu tiada sebab untuk kami meletak jawatan atas sebabnya.

PERSOALAN BAIAH SEMASA DIPILIH SEBAGAI CALON PAS

Akhirnya ada juga yang menimbulkan persoalan Baiah apabila kami dipilih menjadi calon PAS. Baiah itu telah menyebut secara jelas bahawa sekiranya kami keluar PAS atau menyertai parti lain selepas menang, maka kami akan dilaknat Allah dan pendapatan kami sebagai Ahli Parlimen dianggap haram.

Apa yang perlu difahami ialah baiah ini adalah antara dua pihak yang kedua-dua pihak mempunyai tanggung jawab terhadap satu sama lain. Yang memberi baiah mempunyai tanggung jawab terhadap penerima baiah dan penerima baiah juga mempunyai tanggung-jawab terhadap yang memberi baiah. Dalam soal ini kami berpandangan bahawa pihak penerima baiah telah gagal memenuhi tanggung jawab mereka terhadap kami apabila:

a) Membenarkan kempen kotor memfitnah dan melabel kami sepanjang 2013 sehingga 2015 tanpa sebarang usaha untuk menghalangnya atau membendungnya sedangkan ia adalah menjadi tanggungjawab pimpinanan parti untuk memelihara ukhwah di kalangan ahli. Malahan dari maklumat yang ada, jelas membenarkannya serta menggalakkannya demi menentukan kami dijatuhkan semasa muktamar 2015 dan telah menjadi Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS.

b) Kedua dan lebih releven terhadap kedudukan kami sebagai wakil rakyat, pihak penerima baiah telah melanggar persetujuan parti, termasuk diri kami, untuk mengukuhkan PR, atas mana kami telah diturunkan sebagai calon dan dipilih oleh rakyat. Apabila ini tidak dipenuhi maka pemilihan kami sebagai wakil rakyat oleh pengundi telah dikhianati sepertimana juga kefahaman kami bahawa kami turun sebagai calon PAS yang mewakili PR.

Pelanggaran baiah oleh penerima baiah dengan sendirinya adalah alasan kukuh untuk kami keluar dari baiah tersebut.

Kedua, sesuatu Baiah seharusnya berpaksikan ketaatan kepada Allah dan RasulNya, bukan ketaatan kepada mana-mana badan/organisasi atau individu. Ini bererti selagimana ketaatan kepada Allah dan RasulNya tidak dilanggari, malahan itu yang diusahakan, maka persoalan perlanggaran Baiah tidak timbul. Adalah amat malang sekiranya seseorang yang ingin mencari keredhaan Allah dengan melakukan apa yang diyakininya sebagai yang lebih baik, maka dia dihalang oleh kerana sesuatu baiah terhadap satu badan atau individu. Sedangkan pada akhirat kelak tiada yang akan menjawab bagi dirinya apabila ditanya oleh Allah mengapa tidak dilakukan apa yang diyakini adalah lebih baik. Dalam soal ini, sila rujuk kepada hadis Sahih Muslim yang disertakan di bawah.

Ketiga, kami yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah mengetahui niat kami dan sebab mengapa kami terpaksa bertindak sebegini. Dia mengetahui latar belakang dan peristiwa-peristiwa di sebalik semua yang berlaku. Maka atas keyakinan terhadap sifat Allah sebagai Maha Mengetahui dan Maha Adil, kami bertindak untuk keluar PAS dan bersama parti yang bakal dinamakan Amanah Negara.

MEMBAYAR KAFFARAH: DALIL DAN KEPERLUANNYA

Namun demikian, oleh kerana melanggar Baiah ini sesuatu persoalan besar dan berat, maka ianya tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Melanggar janji tetap merupakan satu kesalahan, samada janji itu dibuat dengan orang Islam atau orang bukan Islam, samada beralasan kukuh atau pun tanpa alasan kukuh. Oleh itu kaffarah perlu dibayar dan hendaklah juga kami beristighfar atas pelanggaran baiah ini. Sememangnya tiada janji yang dibuat yang ingin dilanggari.

Dalam soal kaffarah yang perlu dibayar, maka ini telah diperjelaskan dalam Al-Quran, ayat 89 Surah Al-Ma’idah yang berbunyi:


Maksudnya;

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah terhadap sumpah-sumpah yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan hamba. Kemudian sesiapa yang tidak mampu (menunaikan denda tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah, pelihara sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur”.

Ada juga hadis dari Abu Hurairah (RA) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya yang berbunyi;


Maksudnya;

“Barang siapa yang mengangkat sumpah dalam sesuatu perkara lalu ia melihat ada yang lain yang lebih baik dari sumpahnya itu maka ambillah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar kaffarah terhadap sumpah tersebut”.

Kami berpandangan bahawa adalah lebih baik untuk kami berkhidmat untuk Islam dan rakyat melalui Amanah Negara. Ini adalah kerana kami akan dapat terus setia terhadap kedua-dua janji kami kepada rakyat yang atas mana rakyat mengundi kami, iaitu Islam dan tahaluf siyaasi bersama PKR dan DAP.

KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah diharap pendirian kami terhadap persoalan perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat menjadi lebih jelas. Kami faham bahawa ada yang masih tidak bersetuju dengan pendirian kami walaupun setelah kami menjelaskannya. Itu tiada apa yang boleh kami lakukan.

Bagi yang melihat Islam itu PAS dan PAS itu adalah Islam, khususnya, mereka tidak akan berpuas-hati. Bagi golongan ini, mungkin penyelesaian akan hanya tercapai melalui PRU ke-14 apabila kami akan kembali bertanding sebagai calon Amanah Negara insyaAllah. Mungkin pada ketika itu akan terbukti samada kami layak terus bertindak sebagai wakil rakyat atau sebaliknya.

Sambil itu kami akan terus berusaha untuk menunaikan tanggung-jawab kami dengan memperjuangkan Islam dan mempertahankan kesepakatan dengan PKR dan DAP demi menjatuhkan BN. Hanya dengan dijatuhkan BN akan Islam serta rakyat dimerdekakan dari kekeliruan dan adu-domba yang sedang berluasa sekarang ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

https://www.youtube.com/watch?v=5RpcICh4bls ada pnjelasan jelas trmasuk tarikh2 sebab musabab Pas berpisah dgn Dap.Pasal hudud. mohon penjelasan, yg memuaskan.
samsul said…
satu penjelasan yg mantop......ini yg kita nak drp para pemimpin.....bukannya merapu x tentu pasal....teruskan perjuangan tuan...kami akan support 100% selagi untuk rakyat.
Hisham said…
Saya undi tuan kerana ada mewakili PAS dengan kata Parti PAS yang mencalonkan tuan menjadi wakil rakyat. Kalau tidak suka PAS sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan biar PAS dengan Parti Baru Tuan bertanding supaya kita lihat siapa yang menang. Jadi jangan gunakan agama untuk melepaskan kesalahan anda.
hairulazam said…
Faktor kejayaan Umat Islam
Semoga YB dan Sahabat-sahabat dalam kesejahteraan dan pemliharaan Allah. Saya menulis sekadar tazkirah sahaja,
1. Ketika YB dan sahabat telah berijtihad untuk memilih PAN, JANGAN LUPA bahawa tujuan kita berjuang Islam adalah untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT dan mencari redhanya. Saya yakin sahabat-sahabat sekelian tidak akan mengabaikan perkara-perkara asas agama yang dititik beratkan untuk membentuk keperibadian Muslim.
2. Kekuatan umat Islam adalah berasaskan keupayaan para pendakwah dan pejuang Islam untuk menjadi contoh dan mempamirkan akhlak Islam kepada semua orang.
3. Kekuatan umat Islam adalah merujuk kepada kemampuan kita memeliharaan persaudaraan Islam yang menjadi cabaran kepada kita semua.
4. INGATLAH terlampau mengutamakan pendekatan politik semata-mata akan mengakibatkan kegagalan dalam perjuangan Islam seperti kata fathi Yakan.
5. INGATLAH yang paling utama kejayaan perjuangan Islam adalah melalui pertolongan Allah SWT. Pastikan kita membuat semua perkara yang membuka kepada pertolonganNYA dan menjauhi kemurkaanNYA
Semoga mendapat keberkatan Allah SWT
mamakmia said…
bagaimana dgn undi yg memilih tuan berasaskan tuan adalah drpd parti PAS bknnya DAP @PKR..mungkin mereka memilih tuan bukan kerana personaliti tuan tetapi lebih wala`kan parti..
mamakmia said…
satu lagi soalan..parti amanah nak bertanding di mana? jgn buat alasan bodoh tak memikirkan lagi kerusi parlimen @ adun yg akan ditandingi..kalau masih tak fikir buat apa tubuh parti baru..takkan nak bagi alasan macam pas tak menang pilihanraya pun tak apa? ingat senang2 dap@pkr nak bagi kerusi yang mereka boleh menang..kalau anda bertanding di shah alam melawan pas dan bn..pasti bn menang..
Marikh said…
Baiah ini adalah "bom jangka" yang memusnahkan PAS.
Unknown said…
Mane mamak taw sekiranya yb khalid btndg d shah alam mewakili amanah be end akn mng??jgn wt lawakla...nk jd nujum pak blalang eh
Izuddin said…
yb dah jelas kenapa, kenapa dan kenapa. yg tak suka boleh berambus. pi jaga hadi biar dia bertambah merapu meroyan.
Siti said…
Saya dan keluarga ada lah pengundi di Shah Alam dan kami mengundi YB supaya YB dapat menjadi suara rakyat di parlimen. Pada saya jika YB meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Shah Alam maka YB telah tidak menjalankan amanah dan kepercayaan yang kami beri pada YB. Kami bukan pilih YB hanya kerana YB adalah wakil dari PAS. Orang orang PAS jangan perasan yang kami pilih wakil hanya kerana calon dtg dari PAS.
Buat apa pilih calon dari PAS jika perangai dan akhlak juga cara kerja tidak Islamic. Kita bukan nak pilih penceramah tapi kita nak pilih pemimpin dan juga wakil kita di parlimen.
e4sa khalid said…
Hoi kolit takyah cakap putar belitlah di dunia boleh pusing di akhirat nak putar macam mana ko kolit? Insaf2lah wahai kolit.
Unknown said…
Saya doa agar parti amanah beroleh kejayaan..
wargabebas said…
Baik, kalau tak boleh guna agama sebagai alasan sila buktikan, berapa banyak pengundi yang pilih beliau sebab PAS dan bukan PR.
wargabebas said…
Berapa yang pilih sebab wala parti dan bukan sebab menentang rejim yang zalim? Susah nak tentukan bukan?
wargabebas said…
Kalau ada pertandingan 3 penjuru pun akan jadi hanya 2 penjuru. Iaitu antara bn dan PR. Calon ke3 itu tidak relevan.
Izuddin said…
kau bebas bercakap apa kau suka. bebas merapu pun boleh. warga bebas pun boleh...haha
secara mantiknya boleh dikatakan sepanjang sendirian, PAS seingat saya tidak memiliki Parlimen Shah Alam tapi di zaman PR Shah Alam bukan lagi milik BN. Faktor yang juga mesti diambil kira juga ialah peribadi, tolak BN, orang PAS, PR, jadi adalah tidak adil untuk menghukum secara total.
Unknown said…
Penjelasan yg baik....apa2 pun, meninggalkan perkara yg kurang baik kepada yg lebih baik itu lebih menepati Islam....itu di namakan siyasah syariah
Anonymous said…
Memang kalau namanya ahli politik memang pandai putar kata. Benar boleh jadi salah, salah boleh jadi benar. Baiah boleh jadi tak baiah, tak baiah pun boleh jadi baiah.

Antara sebab utama Pas mendapat cacian dari rakan PR adalah kerana PAS dibawah Haji Hadi tidak menyokong Kajang Move. Selepas itu, Hadi menjadi musuh PR yang mana saban hari beliau dicaci oleh DAP dan dituduh dengan macam macam tuduhan. Pas tidak keluar PR, tapi Pas disingkirkan dari PR oleh DAP.

Hari ini terbukti bahawa Kajang Move adalah satu pembohongan yang maha besar oleh PKR untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang amanah lagi adil. Dengan terbuktinya pembohongan itu, bermakan Pas Selangor dan Haji Hadi adalah golongan yang benar yang benar-benar mempertahankan kebenaran. Terbukti juga puak-puak Pas yang mengkhianati Pas sewaktu Kajang Move adalah golongan yang bersekongkol dengan penipu dan pengkhianat.

Oleh itu, sekiranya baiah yang hendak dikatakan, PKR dan mereka yang sewaktunya telah mengkhianati baiah mereka dengan rakyat. Kedua, mereka dalam Pas yang menyokong Kajang move telah melanggar baiah dengan PAS kerana membelakangkan parti dalam menyokong satu kejahatan semata-mata kegilaan kuasa seseorang. Ketiga, saya malas nak cakap mereka ini melanggar baiah Islam, tetapi cukuplah saya bertanya, ajaran Islam apakah yang menyuruh kita menyokong pembohongan, penipuan dan kebatilan untuk kepentingan kuasa.

Hari ini sudah terbukti siapa yang bohong dan siapa yang benar. Cuma malangnya apa yang kita lihat ialah orang yang benar seperti tuan guru Haji Hadi dan Pas yang berdiri teguh atas dasar kebenaran di tuduh dengan tuduhan macam macam. Mereka dikatakan tak ikut Islam, khianati baiah PR dll. Si Pembohong dan penipu seperti PKR dan DAP ini pula di sokong. Lebih malang ada politikus politikus ini masih memutar-mutarkan lidah cakap pasal baiah, cakap bertapa Islamiknya mereka, bertapa mereka ini masih memperjuangkan Islam.

Sepatutnya YB perlu muhasabah diri dan memikirkan sendiri apakah benar ia untuk Islam ataupun untuk cita-cita politiknya sendiri? Tak perlu cerita pada semua orang. Bertanyalah pada Allah S.W.T. Kami ni mungkin pengundi, tapi bukan kami yang akan menghitung perbuatan anda di akhirat kelak. Tanyalah diri anda secara jujur, siapakah yang khianat dalam Kajang Move. Pas ka, Haji Hadi ka ataupun PKR. Lepas tu lihat pada diri sendiri, adakah anda masih bersama mereka yang khianat ataupun mereka yang benar. Masa tu baru kita boleh cerita apa itu baiah.
Izuddin said…
Ko pi tolong najib simpan 2.6b tu lah. cakap merapu.
Anonymous said…
Apabila mereka keluar isu 2.6 billion, ketahuilah, mereka ini sudah ketandusan hujah. Sebagai penyokong pembangkang, anda haru bijak sikit. Bukan semuanya ada kena mengena dengan 2.6 billiion. Berhujah dengan matang. Kalau cacian aje yang boleh keluar, memang dah tau tak da modal.

2.6 billion tak mampu mengubah hukum orang yang baiah cerai talak 3 kecuali kalau hang guna 2.6 billion tu untuk beli "cina buta".
Izuddin said…
Tapi kan, hadi tak tepati janji. menepati janji adalah nilai kemanusiaan. Sama lah najib pun tak tepati janji. Depa berdua sama 2 x5, 5 x 2...haha. Najib x hadi, hadi x najib

Pada masa Nabi nak mati, nabi ajak sahaba2 berbai'ah. Tujuan bai'ah itu Bai'ah itu adalah sahaba2 berikra menjaga keluarga nabi, iaitu Ali, Fatima Hassan dan Hussein dan seterusnya cucu cicit Nabi dari darah daging Fatima. Bai'ah itu adalah untuk kesejahteraan keluarga.

Tidak ada pun Bai'ah Nabi sepertimana bai'ah PAS tak guna.

Baiah PAS dilafaz sebagai syarat HANYA untuk bertanding dan TIDAK disabit bila MENANG maupun KALAH. Kalau kalah baiah itu luput. Kalau menang baiah itu mengikat(binding) keatas dua2 pihak. Sekiranya, berlaku 'abuses' dari salah satu pihak(penerima dan pemberi), maka bai'ah itu LUPUT. Bagi menghormati intention Bai'ah tersebut kedua2 pihak mesti dikenakan KAFARRAH.

Kalau Hadi and the geng is adamant divorcing the wife as a KAFARRAH, hadi and the gang too must divorce their wife or wives....haha.

Pakai lah otak. Jangan pakai lutut dan siku.

Kalau ada jatum yang patah
jangan disimpan dalam hati
Kalau ada salah dan silap
Janagan balas dengan lutut dan siku
Izuddin said…
Bai'ah PAS pincang. Pemimpin2 tinngi pas langgar NIAT which is the essence of the Bai'ah.

Niatnya berdasar kpd kerjasama dalam component2 pakatan.
Anonymous said…
Tepati janji? Hang buat lawak. Janji apa? Apa janji Pas? Untuk sama sama buat kemungkaran dengan DAP dan PKR?

Adakah Kajang Move itu satu kebenaran atau satu kemungkaran? Sejak bila Pas ada janji untuk buat kemungkaran dengan PKR dan DAP?

Tak perlu nak keluar kepala otak ke kepala lutut. Semua orang pikir pakai kepala otak. Tapi belum tentu apa yang keluar dari kepala otak tu betul. Sebab ramai orang taksubnya lebih. Cuma mereka tak sedar yang dirinya taksub melampau.
Unknown said…
https://www.youtube.com/watch?v=rcyC5igBzVI
Unknown said…
Izzuddin rasanya kamu yg tak faham baiah yg dibuat oleh calon pas dlm pru13 lalu. Samada menang @ kalah mesti taat kpd parti gerakan islam pas.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-