Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH . Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu . Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Keperluan Menubuh Pakatan Harapan Dengan Segera

Ada yang bertanya, “Kenapa tergesa-gesa sangat dengan penubuhan Pakatan Harapan (PH)?” Mereka hairan dengan keinginan untuk menubuhkan PH secepat mungkin dan dengan segera. Namun saya pula sebenarnya hairan dengan kehairanan mereka! Tidakkah sesuatu yang baik apabila ianya hilang atau tercicir, maka semestinya kita akan berusaha supaya ianya kita dapat kembali dan dengan seberapa segera?

Penjelasan Berhubung Dakwaan Arutchelvan PSM

Sehari dua ini telah keluar kenyataan dari Saudara Arutchelvan Ahli JK Pusat PSM menuduh saya dan YB Ong Kia Meng menipu berhubung pendirian PSM terhadap Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Salah faham ini timbul oleh kerana laporan media berhubung sebab mengapa PSM tidak dijemput ke sidang meja bulat parti-parti pembangkang tempoh hari. Dalam soal ini saya ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya supaya salah faham ini tidak menjadi lebih parah.

Salam Aidil Adha

Dengan ingatan tulus ikhlas KHALID SAMAD

Kerjasama Dengan 'Pengkhianat'

Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina. Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai ‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya. Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

Kemunculan Melalui Parti Pekerja Malaysia

Selain program BERSIH 4, satu lagi berita hangat yang disiarkan di dada akhbar baru-baru ini adalah berhubung sidang media yang diadakan oleh gerakan Harapan Baru (HB) pada jam 3.00 petang 31 Ogos di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut telah dimaklumkan bahawa pimpinan gerakan HB telah kesemuanya menyertai sebuah parti lama yang bernama Parti Pekerja Malaysia. Melalui EGM yang telah diadakan pada 25hb Ogos, maka pemilihan saff pimpinan baru telah dilakukan untuk parti tersebut. Pimpinan gerakan Harapan Baru telah muncul sebagai pimpinan baru parti tersebut melalui EGM ini. Mesyuarat yang sama telah memutuskan bahawa nama dan logo parti akan diubah dan Islam diterima sebagai dasar perjuangan parti. Pindaan perlembagaan parti seterusnya akan dilakukan secara berperingkat. Melalui tindakan ini maka gerakan HB telah mencapai matlamat mereka untuk muncul di pentas politik arus perdana melalui sebuah parti politik yang berjuang atas dasar Islam. Walaupun ianya bukan mel...

Video: Kuliah Subuh YB Khalid Samad Sempena BERSIH 4.0

Kuliah Subuh Khas disampaikan oleh YB Tn Hj Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) sempena memulakan perhimpunan hari kedua BERSIH 4.0 berhampiran Dataran Merdeka Kuala Lumpur, di hadapan ribuan peserta dari pelbagai bangsa dan agama yang bermalam sekitar dataran tersebut. Video ihsan Ahmad Sayuti Bin Bashiron -Pejabat YB Khalid Samad-

Persoalan Meletak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen dan Pelanggaran Bai’ah

Sejak pengumuman penyertaan saya dan sahabat lain dari PAS dalam parti Pekerja-Pekerja Malaysia melalui mana perjuangan yang dibawa gerakan Harapan Baru dapat diteruskan, maka terdapat kedengaran tuntutan untuk kami meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN. Mengikut mereka ini adalah yang sewajarnya kerana kami telah dipilih atas lambang PAS dalam PRU yang lepas. Saya telah memberi penjelasan mengenai persoalan ini dalam satu sidang akhbar pada 25 Ogos yang lepas. Oleh kerana persoalan ini masih ditimbulkan, maka saya ingin menjelaskan pendirian saya kembali untuk pengetahuan semua pihak. Seseorang wajar diminta meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri hanya atas dua sebab. Pertama kerana melanggar asas di atas mana dia dipilih dan kedua kerana tidak berperanan di Parlimen dan kawasannya.

Selamat Hari Merdeka

Video courtesy of Pixelated -Pejabat YB Khalid Samad-