Skip to main content

Fastabiqul Khairat

Saya telah menerima email kiriman seorang hamba Allah yang kandungannya adalah seperti di bawah. Balasan kepada email tersebut saya kongsikan disini agar dapat dimanafaatkan oleh mereka yang berpandangan sama.

Fikirlah dgn bijaksana sesuai dgn ilmu sdr. Sejauh mna parti baru mampu menggugat? Jika sekadar kecewa maka sama seperti S46 dulu mmg dpt sambutan ahli2 umno pro ku li tetapi akhirnya mati. Mrk masih berjiwa umno dan semangat yg sama. Rasanya HB pun sama menjiwai perjuangan pas. Bertahun bersama tapi alangkah malunya bertindak begini.

Ahli2 pas yg istiqomah dlm perjuangan marah dgn sdr sbb cara adab sdr, kami tak nafikan ilmu dan ketokohan sdr dan lain2 tetapi ahli2 pas tak rela prinsip perjuangan dan pimpinan ulama dihina. Klau kami marah dan nyahkan sdr pun bkn tanda kami membuang terus. . nama sebijik khalid alwalid tetapi sikap sdr jauh sekali.

Adakah hasrat nk ke Putrajaya tercapai jika berlaku pertembungan? Ahli2 pas tidak akan biarkan pengkhianat dan munafik menghalang laluan. .sama2 kita bertempur!!


AsSalaamuAlaikum wrt.

Terima kasih di atas email tuan.

Saya tidak menganggap diri saya sehebat Khalid Al-Walid. Saya juga berharap agar tidak ada yang berasa dirinya sehebat Umar Al-Khattab.

Untuk makluman tuan, apabila Khalid Al-Walid dipecat, beliau tidak difitnah sebagai Jebon, Sekular, Liberal dsbnya terlebih dahulu. Apatah lagi dituduh sebagai munafik. Tuduhan sebegitu dijauhi ramai kerana nifaq merupakan satu sifat yang digeruni semua, khususnya untuk diri sendiri. Saidina Umar sendiri risau dirinya tersenarai sebagai seorang munafik dan pernah bertanya kepada Huzaifah (RA) mengenainya.

Saya dan sahabat HB yang lain insyaAllah akan meneruskan apa yang telah kami usahakan sekian lama sejak dulu, iaitu menjadikan perjuangan Islam sebagai perjuangan yang membela nasib rakyat keseluruhannya, yakni Islam dan bukan islam. Terpulang pada PAS jika ingin bersama atau sebaliknya.

Berhubung para ulama, perlu tuan fahami sesuatu. Tiada yang mampu menghina para ulama. Mereka tidak menjadi hina di atas sebab tindakan pihak lain. Sekiranya ulama menjadi hina, ianya merupakan di atas sebab tindakan mereka sendiri. Jangan sesekali ulama berdiri bersama pihak yang zalim atau menjadi pembela atau mengulangi dakyah mereka.

Dalam soal hubungan PAS dan HB, saya mencadangkan agar semua pihak berpegang kepada konsep fastabiqul khairat. Itu pilihan kami dalam HB. Terpulang pada tuan untuk memilih pendirian untuk PAS.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

mohdhazwan said…
https://www.youtube.com/watch?v=xnMIQ1ICs2s
aku said…
Teruskan perjuangan Yb sehingga ke hujung nyawa, kami tetap menyokong gerakan yang inginkan perubahan.
Unknown said…
16 undi keluarga dan saudara mara saya untuk HB InsyaAllah.. Teruskan perjuangan jangan endahkan hinaan dan cemuhan.. Allahuakbar..
Izuddin said…
Selepas pertuduhan liwat keatas anwar, ramai rasa nak muntah dgn umno dan masuk pas, termasuk lah haron.

Skrg ni ramai rasa nak muntah dgn pas dan ramai akan keluar pas. Dan mereka boleh pi mana depa suka.

dengar sini.

penubuhan ghb adalah demi islam sejagat manusia yang berbilang bangsa. ia berlaku kerana hadi dan haron melaksanakan islam melayu orthodox...dah jadi sama dengan umno

umno tak ajar tauhid islam kpd bangsa lain dan pas pula hanya MEGAH dgn diri sendiri bertauhid.

Aku tak kisah mereka nak gelar Christ is the son of God. Tapi depa tak boleh sembah 'the son'. Depa mesti sembah The God(Al Lah).

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan