Walaupun diserang teruk oleh media UMNO/BN dan golongan tertentu dalam PAS, saya tetap menerima pencalonan yang melayakkan saya bertanding untuk jawatan AJK PAS Pusat. Sememangnya ianya sesuatu yang tidak saya sangkakan sama sekali.
Atas kepercayaan semua kawasan yang mencalonkan saya, saya mengucapkan terima kasih. Semestinya kesemua kawasan ini dipimpini mereka yang berani melawan arus serta menilai hujjah berdasarkan fakta dan bukan sentimen. Sebagai tanda menghargai dan menghormati keberanian dan minda merdeka mereka ini, saya telah memutuskan untuk bertanding. Selagimana ada yang mengharapkan saya berperanan di peringkat kepimpinan, adalah tidak wajar saya menghampakannya.
Jika ikutkan hati dan perasaan, sebenarnya saya lebih cenderung untuk tidak bertanding. Ini adalah kerana saya melihat budaya kempen yang merosakkan jemaah sedang diamalkan. Boleh dikatakan ini adalah pengalaman bertanding yang paling buruk yang pernah saya alami selama 30 tahun saya berada di dalam PAS. Mungkin ianya terbawa-bawa dengan semangat Muktamar ke 60 di Johor yang mempunyai keanihan dan sedikit ‘ketidak-siuman’.
Oleh kerana itu pada asalnya saya tidak ingin terlibat. Tetapi memandangkan keberanian dan harapan kawasan yang mencalonkan, saya akhirnya memutuskan perlu bertanding. Sambil itu saya doakan semoga Allah memaafkan keterlanjuran yang sedang dilakukan golongan yang dilihat ingin sangat menjatuhkan saya dan beberapa pimpinan lain serta menaikkan kumpulan tertentu.
BUDAYA PAS SELAMA INI
Selama ini pertandingan dalam PAS dianggap sebagai ‘fastabiqul khairats’ atau persaingan untuk melakukan kebaikan. Semua calon dianggap baik dan perwakilan ditugaskan dengan urusan memilih yang ‘terbaik dari kalangan yang baik’. Pilihan didasarkan kepada prestasi dan kegigihan perjuangan seseorang. Apabila pemilihan selesai, maka semua boleh saling bersalaman. Yang kalah dalam pertandingan, khususnya untuk jawatan tertinggi parti, akan dilantik kembali sebagai ahli biasa AJK PAS Pusat. Begitulah ukhuwwah dalam PAS selama ini.
Kali ini kempen memburuk-buruk dan menjatuhkan seseorang bagaikan suatu kebiasaan, malahan seolah-olah digalakkan. Ini merupakan budaya baru dalam PAS yang mungkin dibawa oleh mereka yang baru masuk PAS sejak tahun 2008. Atas sebab corak kempen yang tidak berakhlak ini, saya khuatir suasana permusuhan terhasil dan akan berpanjangan. Amat dikhuatiri semua tidak akan kembali aman seperti sepatutnya selepas selesai pemilihan.
SEKIRANYA DIPILIH
Oleh itu, pimpinan yang dipilih untuk sesi 2015-2017 akan berhadapan dengan cabaran yang besar. Iaitu, bagaimana ingin merawat segala kecederaan yang telah dihasilkan dan merapatkan kembali hati-hati yang telah tercalar. Sekiranya saya diamanahkan sebagai AJK PAS Pusat, maka persoalan merapatkan saff adalah agenda terpenting yang akan saya usahakan. Ini termasuk membersihkan PAS dari amalan fitnah, label melabel dan adu domba yang dilakukan selama ini. Semoga dengan itu, ukhuwwah yang sepertimana pernah wujud sebelum ini dapat disuburkan kembali. Ini boleh dilakukan melalui pentarbiahan kembali dengan menekankan persoalan ‘adabul ikhtilaf’ atau adab berbeza pandangan.
Perbezaan akan terhasil setiap kali PAS berhadapan keadaan serta suasana baru dan berbeza. Ini termasuklah persoalan memerintah bersama dalam kerajaan di mana PAS bukan majoriti. Ini suasana baru yang boleh menghasilkan perbezaan pandangan. Namun selagimana ianya difahami bahawa perbezaan pandangan dalam perkara yang tidak qat’ii dibenarkan, maka insyaAllah perbezaan pandangan itu boleh diterima dengan baik. Malangnya apabila ianya dikaitkan dengan aqeedah, niat di hati dan sebagainya, maka akan bercelaru sepertimana sekarang.
PERSOALAN KUKUHKAN PR
Selain itu, perlu diteruskan dasar dan hala-tuju yang telah dimulakan oleh Almarhum TG Yusuf Rawa, Ust Fadhil dan TGNA ke arah melebar-luaskan tapak sokongan terhadap PAS. Ini termasuk usaha membina kerjasama antara parti-parti pembangkang ke arah mengambil alih pemerintahan dari UMNO/BN. Menukarkan pemerintah merupakan kehendak dan desakan rakyat yang wajib dipenuhi oleh PAS sebagai parti Islam yang memilih untuk berada di tengah-tengah gelanggaang politik Negara. Melalui usaha sebegini PAS akan mampu membina dan meluaskan sokongan dan kekuatan. Selama ini usaha PAS ke arah ini telah berjaya dibantutkan oleh UMNO/BN atas sebab kekuasaan yang ada pada mereka.
PERANAN SEBAGAI AJK PAS PUSAT
Hanya perlu dijelaskan bahawa sebagai seorang AJK PAS Pusat, kewajipannya adalah untuk membantu kepimpinan dengan menyuarakan pandangan secara jujur dan ikhlas. Dalam erti-kata lain, tidak sepatutnya menjadi seorang ‘yes-man’ dan bukan itu caranya membantu dan menyokong kepimpinan parti. Apa yang dianggap baik dan betul akan terus dinyatakan sebagai baik dan betul, walaupun ianya mungkin berbeza dengan pandangan pimpinan atasan. Namun, sekiranya keputusan dibuat secara syura, maka akan akur kepada keputusan tersebut setelah mengemukakan pandangan dengan segala hujjah untuk menyokong pandangan yang diberikan. Sekiranya pandangan itu tetap ditolak, maka seharusnya akur dengan keputusan syura. Tetapi ianya perlu disyurakan terlebih dahulu dan bukan sekadar diputuskan tanpa syura dan diminta disokong!
SEKIRANYA TIDAK DIPILIH
Sekiranya tidak dipillih, ianya perkara biasa dan adat bertanding. Ianya tidak merupakan alasan untuk melupa atau mengabaikan matlamat seperti di atas. Jawatan bukan merupakan sebab seseorang bersama PAS dan perjuangan Islam. Tanpa jawatan sekalipun perjuangan Islam wajib diteruskan.
Pada 2009 saya telah tidak dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Pada ketika itu saya dilihat sebagai seorang yang tidak wala’ pada pimpinan Negeri iaitu Dato Dr. Hassan Ali. Walaupun begitu, saya terus melaksanakan kewajipan saya memberi cadangan dan menegur apa yang saya anggap perlu. Akhirnya terbukti bahawa apa yang saya sebutkan adalah benar dan Dato Dr. Hassan Ali dipecat dari PAS. Pemecatan beliau bukan sesuatu yang saya usahakan dan telah diputuskan AJK PAS Pusat sambil saya berada di luar negara.
Oleh itu, dalam suasana apa sekalipun pun, usaha memantau hala tuju dan pendekatan yang dibawa oleh kepimpinan baru akan tetap diteruskan. Dikatakan ‘team baru’ ingin dibentuk untuk membantu DS Presiden supaya perubahan dan pembaikan boleh dilaksanakan. Supaya PAS akan ‘kembali’ perjuangkan Islam ‘tanpa segan dan malu’. Seolah-olah PAS tidak memperjuangkan Islam mutakhir ini!
Namun, yang penting, saya akan tetap cuba sedaya upaya memantau serta menyokong perubahan dan pembaikan ini sekiranya ianya benar-benar baik dan menegur sekiranya sebaliknya.
Yang paling penting, kejayaan dan perlebaran tapak sokongan yang telah dibina selama ini perlu dipertahankan dan bukan dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya. Ini termasuk kejayaan membentuk Pakatan Rakyat dan keperluan untuk ianya terus dikukuhkan.
KESIMPULAN
Oleh itu, samada dipilih atau sebaliknya, ianya tidak merupakan satu masalah bagi saya. Sekiranya tidak dipilih, maka ianya turut merupakan suatu kelegaan bagi saya. Pada masa sama, boleh melihat sejauh mana kemampuan ‘team baru’ membantu DS Presiden serta bagaimana dan juga ke arah mana ingin mereka bawa PAS. Saya juga yakin mereka akan dapati bahawa menang dalam pemilihan hanya permulaan. Yang terpenting adalah apa yang mampu dilakasnakan selepas menang.
Kalau sekadar mampu berprogram dalaman sahaja, seperti Hiwar, Nekad, Liqa’ dan sebagainya, pasti mengecewakan! Matlamat PAS adalah bukan sekadar PAS sendiri tetapi masyarakat keseluruhannya. Program dalaman adalah baik untuk berkempen dan mencorakkan sikap ahli, tetapi tugas PAS tidak terhad kepada ahlinya sahaja. Kemampuan berurusan dengan masyarakat keseluruhannya adalah cabaran sebenar dan terbesar.
Oleh itu, saya doakan, semoga kepimpinan baru yang dipilih melalui Muktamar ke 61 ini, walau siapa mereka, akan dibantu Allah dalam melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
I hope DAP and PKR will stick together and ignore PAS. Let PAS think they have controls over PAKATAN now that they have wipe out the progressives. Let hadi and the gangs speak to umno or whatever they wish to do. Hadi has his own ways of 'mutual agreement'.DAP and PKR too have their own.
Hadi speaks of siyasi, but his workings on mutual agreement is unimpressive and lacks intergity. DAP and PKR just cant let Hadi leads PAKATAN.
For as long as PAS fights for Islam parallel to upholding Malay Muslim, Malay race and Malay Sultanate, Muslims will be look down.