Skip to main content

Paca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan

Muktamar PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya. Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama.

Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha dengan begitu gigih, DAN MATLAMAT TERCAPAI, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata.

PENDIRIAN SAYA

Saya berpendirian bahawa pimpinan baru wajib diberikan ruang seluas-luasnya untuk melaksanakan pembaharuan pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan ke arah mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh itu saya telah membuat pendirian bahawa saya tidak akan mencampuri apa jua hal kepimpinan parti kerana khuatir akan menjadi penghalang kepada apa yang diingini. Ini adalah yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila apa yang diidamkan sebenarnya tidak saya ketahui.

Seperti kata-kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang baru, Dato Dr. Mahfodz dalam temuramahnya,
“...golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat. Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.”

Seingat saya, tidak pernah ada mana-mana keputusan dibuat, selama saya sebagai anggota AJK PAS Pusat, berdasarkan undi. Maka bagaimana saya dan pimpinan lama yang lain menjadi penghalang tetap merupakan sesuatu tanda tanya pada diri saya. Dan sekiranya pembentangan fakta dilihat sebagai penghalang kepada apa yang diingini, maka sememangnya saya hanya mampu membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukan berdasarkan yang keinginan semata-mata. Oleh itu, cara saya semestinya berbeza dengan cara baru yang mengikut apa yang diinginkan dan dengan itu saya sudah pasti tidak mampu berfungsi dalam keadaan sedemikian.

Saya tidak mahu komen secara berlebihan terhadap apa yang telah dinyatakan oleh Dato Dr. Mahfodz dalam temuramah beliau. Biarlah beliau kata apa yang diinginkannya. Yang penting saya sekadar ingin menyeru pada semua ahli untuk memberikan peluang kepada kepimpinan baru untuk menzahirkan keinginan mereka sebenar dan mendoakan semoga perbezaan yang akan dibawa akan merupakan pembaharuan yang baik untuk PAS, insyaAllah.

USUL DUPP

Namun begitu, saya harap bahawa ‘Usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat’, bukan merupakan petanda berhubung perbezaan yang ingin dibawa pimpinan baru. Usul sedemikian rupa mungkin seronok untuk disyarahkan demi menunjuk sifat ‘hero’ tetapi ia boleh menghancurkan segala yang telah dibina secara begitu teliti oleh pimpinan lama. Takbir mungkin dilaungkan berkali-kali oleh pemerhati dan perwakilan tetapi pimpinan yang bijak akan lebih waras dan tidak emosi, menimbangkan untung ruginya sesuatu tindakan serta maslahahnya.

Akan tetapi, itu cara pimpinan lama. Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan. Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima, walaupun tanpa bahas, oleh muktamar PAS. Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar.

Jika tidak, dikhuatiri nanti akan dituduh sama sahaja dengan pimpinan lama!

Sebenarnya tindakan Mat Sabu meletak jawatan adalah tepat. Jawatan beliau di Pulau Pinang adalah jawatan yang dilantik. Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan PR yang hampir kesemuanya DAP. Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan. Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan. Lebih lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka.

KESIMPULAN

Saya berlapang dada dan menerima dengan baik keputusan muktamar PAS Ke-61. Pihak yang berkerja keras telah mencapai kemenangan. Harapan mereka bersama DS Presiden ialah untuk melakukan sepertimana yang dianggap perlu, berbeza dengan pimpinan lama. Maka perlu tunggu dan lihat dan berikan ruang seluas-luasnya kepada mereka.

Pada masa sama, saya yakin bahawa sepertimana saya; rakan-rakan lain yang telah terlibat dalam perjuangan Islam ke arah menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat sekian lama akan turut meneruskan perjuangan seperti biasa. Bersama PAS, di peringkat bawahan dan pertengahan, bersama NGO serta parti komponen PR, terus maju ke hadapan dan berusaha menjatuhkan UMNO/BN. Perjuangan ini dilakukan bukan atas sebab jawatan atau pujian; tetapi atas keyakinan dan kefahaman. Oleh itu tidak perlu ada pihak yang khuatir mengenai diri kami ini, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Asrul Sani said…
Salam,

Nama pun Khalid...sebutannya hampir sama dengan Khalid Al Walid. Orang Russia cakap "Po Zhiviom, uvidim" Literally translated.....Jika umur panjang, kita tunggu dan lihat....
aku said…
Syabas YB, satu pendapat yang fair and square.
Aryan said…
PASMA ganti PAS!!! I'm looking forward to joining PASMA. We are really need Leader like u YB. Move on YB we leaved PAS behind.
hairulazam said…
Assalamualaikum YB
Saya seorang ahli Pas biasa mendoakan kesabaran dan istiqamah YB dlam perjuangan. Saya yakin YB dan sahabat-sahabat yang lain tidak akan berubdur belakang dalam perjuangan Islam.

Satu perkara yang mendukacitakan saya ialah PAS tidak mampu bersabar dalam berhadapan dengan DAP( jika dikatakan DAP yang bersalah). Dukacitanya DAP selama puluhan tahun menjadi begiyu agresif terhadap Islam dan melayu hasil kerenah UMNO yang membentuk sikap mereka itu. Berupuluh tahun DAP yang agresif tiba-tiab telah menjsdi lunak dan jinak terhadap melayu dan Islam hasil pendekatan PAS. Namun yang mendukacitakan ialah ketidak sabaran PAS dengan DAP memusnahkan usaha untuk mendekatkan mereka dengan keindahan Islam.

Kita semua membaca sirah bagaimana sabarnya Rasulullah SAW menghadapi kerenah musuh-mush Islam. Setiap keburukan mereka dibalas baik oleh Rasulullah SAW. Dalam perjanjian hudaibiyyah wakil Quraisy tidak mahu ditulis perkataan Rasulullah dan hendaklah ditulis perkataan Muhammad sahaja. Saidina Ali yang mencintai Rasulullah SAW tidak bersedia memadamkan perkataan Rasulullah SAW. Namun Rasulullah bersabar dan bersedia berlapang dada menurut kehendak mereka. Banyak lagi peristiwa kesabran Rasulullah saw menghadapi kerenah musuh-musuh Islam hanya menjadi bahab kuliah tanpa berupay di terjemahkan ketika presiden kita diserang.

Saya amat menyayangi dan menyajungi presiden yang banyak jasanya. Namun amat menghairan presiden kita yang mulia dan dikeliling puluhan ilmuan sepatutnya mengambil peluang untuk menunjukan kesabaran luar biasa. Namun sekarang peluang untuk menjinakkan DAP seakan-akan berakhir. Namun saya percaya nasi belum menjadi bubur.

Maaf tulisan ini sepaptutnya bukan untuk YB namun saya tidak berupaya menghadapi thunami yang begitu hebat. Namun pada masa yang sama hasrat keinginan dan cita-cita untuk mnegenepikan presiden adalah tidak betuk kerana yang terbaik ialah melalui nasihat dailog dan waca.
na.

Semoga Allah memlihara YB dan semua perjuang Islam.

HAIRULAZAM AB RAHMAN
Temerloh, Pahang
Anak Didik said…
Let the new elected leaders to execute their vision and mission. The main factors that bringing defeated of incumbents are the accusation to be 'Slave of DAP, parasite, Anwarisme whatever other name they called". If you or other former Committee Members started interfering, I wonder that you all might be accused again as the same synonyms or would be blamed stopping the new leaders of performing their agendas. Not to say refuse to contribute but more toward protecting yourself from any new baseless accusation. Time to see the improvement by new elected leaders "I supposed" rather as observers. It is time to see the new agendas to invite more people to like and vote for PAS and strengthening PR and do other things for the sake of Islam, People and Country. Whether it really better than before it is too early to judge. Everybody is eager to see the impact.
Izuddin said…
Yb, semangat positif Yb amat dialu-alukan.

Penang akan terus di terajui oleh DAP walaupun PAS merupai musuh dlm selimut senyap2 masuk Umno. Namun, kerja kotor Gerakan mesti bendung.

Situasi politik di Selangor amat getir Kerajaan PKR di Selangor bagai telur di hujung tanduk. Untuk kukuhkan PKR di Selangor, PasMa mesti ditubuh segera dan sekarang supaya PasMa boleh mendapat beberapa kerusi DUN utk perkukuh PKR Selangor sekiranya berlaku election di Selangor.

Tindakan ini(PasMa) perlu dilakukan memandang hubungan DAP dan PAS amat sangat getir. Percaya lah, DAP tidak akan beri PAS buat U-TURN lagi....kerana pimpinan PAS kini telah kembali kpd ISLAM EXTREME.
ibnu zambri said…
Assalam YB, kami cadangkan buat parti Islam yg baru. Nama PAS orang ramai tak suka dah.Berjuang untuk Islam bukan melalui PAS sahaja, tetapi parti Islam yg lain pun boleh.
Walaupun mewujudkan parti baru bukan lah mudah tetapi jika semangat yg kuat insyaa Allah boleh berjaya. Contohi lah parti Keadilan dn Pembangunan di Turkey. ws
Ridd said…
Bakor YB bakor ....haa bakor...bakor lagi. Jangan risau lah PAS ada SIKU ada LUTUT ada kepala LUTUT ada OTAK KAT LUTUT ada AKAL KAT SIKU. PAS parti yang KUAT Rakyat sudah tidak perlu PAS. Yang Amat memerlukan PAS adalah UMNO. PAS KUAT....ANDA JADI....PAS KUAT Nooooo. DAP apa barang asyik buat duit saja bodek tak pandai asyik bikin kerja non stop. INI PAS lah tak payah kerja keras tapi MASYUUUK.

Walau bagaimana pun saja puji YB dan rakan2 YB yg lain meninggalkan bangku dengan penuh kejayaan bersama PAS. Tak lupa juga Tahniah diatas keberanian panglima Tn. Muhammed Faiz Fadzil Noor , Tetuan Kota Raja dan dari juga tetuan dari Terengganu (ketereh kut) Tetuan semua telah menunjukkan kepimpinan yang benar Ikhlas dan berani.

Tahniah semua yang kalah hakikat Anda semua telah menang hingga membawa jutaan Ahli didalam PAS.

Cuma KETUA AMANAT yang masih panas dengan sulaan menantu dan rakan2.
Nordin Othman said…
tahniah YB... kuat sindiran.. sama mcm abg mat... inilah yg umno bn sedang nanti2kan....idup YB...
Once Esa said…
Assalamualaikum Yb. Khalid Samad,

Saya ahli PAS dari Johor, Parlimen Tenggara, DUN Panti.

Suka saya kongsikan disini dalam mesyuarat Agung PAS Cawangan kami usul yang dibawa oleh negeri hanya satu usul iaitu lebih kurang ayatnya "Bergabung atau tidak bersama UMNO"...

Pelbagai hujah ilmiah yang dibahas dan terdapat 2 perkara yang saya rasa harus dikongsikan bersama Yb...

1. Muslimat diberi soalan pernah terfikir mutakhir ini bagaimana ada anak muda gadis yang berperwatakan Islamik (berpurdah) menyertai DAP?

2. Dibahas dengan rujukan bahawa negara yang diiktiraf paling Islamik dan taat kepada ajaran isi Al-Quran adalah Ireland diamana bukan sebuah negara majoriti beragama Islam dan tiada parti jenama Islam. Menekankan bahawa Islam itu bukan bermakna dengan meletakkan jenama Islam ia adalah Islamik hujah membawa ahli berfikir sejenak bahawa tidak mungkin parti DAP yang dikutuk anti Islam itu menubuhkan sayap partinya terdiri dari Ulama, Ilmuan Islam, Profesional Islam dan Muslimah sebagaimana tertubuhnya sayap parti PAS bagi bukan Islam iaitu DHPP.

Dua hujah ini amat menarik perhatian dan memberikan kesan setelah apa yang berlaku semasa dan selepas Muktamar PAS ke 61. Terus menerus dalam page group Facebook rasmi PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS mengutuk parti DAP dengan berbagai dakwaan dan kenyataan.

Dengan hujah tersebut amatlah tidak mustahil ianya akan berlaku (dengan izin Allah s.w.t) kerana Allah s.w.t ....

Bukanlah nak berkempen untuk menyertai DAP...
Tetapi ini sekadar untyk dikongsikan bersama Yb akan kewajaran hujah ini.
Izuddin said…
Bersabit dgn nasihat Anwar minta dap dan pas bersatu kembali tidak akan berhasil. Adakah pemimpin2 baru pas mengganti pemimpin lama pas utk bekerjasama dengan dap? Mustahil ! Pas mesti kotakan resolusi muktamar...atau adakah hadi akan tipu lagi dan buat U-turn?? hadi selalu buat U-Turn kerana dia tak reti POLITICAL SCIENCE
Khairul said…
kalau orang lain. perghhh. parti keluarga la apalah. ini menantu campur urusan parti. apa ulama tegur. selagi ada hubungan kekeluargaan, manusia tetap manusia. sekarang sampaikan duduk dalam AJK PAS Pusat, anak jadi timb ketua pemuda. politik baru apakah yang dicanangkan ini.

tarantula said…
PENCACAI DAP DAH MENANGIS TAK LAKU
HY said…
life is full of disappointments and setbacks, no worry, there is always sunshine after rain. u have my full support.
Unknown said…
PAS UG memalu dan menghina islam dan melayu.

Nabi saw turun utk membetulkan akhlak kemudian akhirnya barulah tertegak hudud.

Tapi PAS UG nk menegak hudud dgn menghancurkan akhlak yg dgnnya menjadi sebb turunnya Nabi saw.

harun din kata tkde manafaat tahaluf siasi dgn DAP.

harun din tk turun padang apa dia tahu bagaimana individu2 bukan islam memandang tinggi dn hormat dan mula mesra dgn org2 berserban kupiah dpd PAS. ini adalah lorong terbuka utk mendekati mereka bagi menjadi sebb turunnya hidayah.

atau sekurang2nya Islam di hormati dan tidak trauma kpd mereka lagi.

tp PASUG telah melaksana agenda yahudi kerana menyebabkan bukan islam lari dpd PAS.

PASUG tk peduli nk hilang kawan ke, bukan islam nk kekal kafir ke, langgar janji sahabat ke.. yg penting hudud mesti dibuat segera.

kita sokong hudud dn nk tgk adakh PASUG mampu laksanakan hudud dgn keadilan Islam yg tidak memilih bulu.

org2 muda proUG langgar akhlak mulia pun ulamak PAS diamkan, sebb mereka menyokong ulamak... BAGAIMANA NK LAKSANA HUDUD TANPA PILIH BULU NNTI.

sanggupkah hadi potong tgn anaknya jika merompak harta yg haram?

kalau rasa belum sanggup jgn bicara soal hudud.


nnti islam yg terhina.. menjawablah depan Allah dan Rasul nnti
JJ said…
Askm YB ,
Saya telah mengikuti perjalanan perjuangan YB. Walaupun saya bukan ahli parti YB atau mana2 parti, saya bermaklumat utk mengenali hampir semua AJK2 Pas Pusat yang lepas , malahan yg terbaru melainkan beberapa org yang tidak pernah didengari nama mereka berjuang tetapi dipilih oleh para perwakilan. Malang sungguh bagi sebuah parti Islam apabila untuk proses pemilihan kepimpinan yang sangat penting dalam Islam, tetapi ramai para perwakilan seolah2 seperti perwakilan jahil tidak mengenali calon2 utk dipilih sebaliknya terpaksa merujuk kepada senarai yang perlu dipilih seperti pelajar yang ingin meniru dalam peperiksaan. Malang amatlah malang selepas proses perlabelan hodoh sesama pemimpin dalam sebuah jemaah Islam oleh puak majoriti agamawan tanpa sedikit pun Presiden bersuara membuat teguran. Part Islam apakah begini ? Ulama apakah yg duduk di kerusi Presiden. Saya telah menyokong parti YB semasa ianya asing dalam keadaan tidak menang disebabkan oleh TGNA dan pemimpin2 Islam progresif. Saya sentiasa ada reservation dalam menyokong Presiden YB kerana mempunyai perasaan syak yang dia masih memounyai perasaan assobiyah yang tinggi dan sesungguhnya sangat terbukti sikap assobiyah Melayu dia tidak seperti TGNA.
Sehubungan dengan itu, saya amat mengharap walu pun sukar dan berat bagi YB, supaya YB mengambil inisiatif bersama ramai Islamis profesional di dalam parti dan di luar sana supaya berfikir ke arah penubuhan sebuah parti Islam demokrat yang pro-rakyat tanpa meninggalkan aspirasi Islam tetapi tidak fanatik ke arah pelaksanaan Hudud yang bukan keutamaan dalam keadaan negara Malaysia sekarang mengikuti pandangan ramai ulama2 muktabar dunia. Usah lah dibazirkan masa YB ingin membetulkan parti Pas sekarang yang telah buruk namanya bukan saja di kalangan non-Muslim malahan di kalangan Muslim ( saya sebagai contoh ). Manakala untuk berjuang melalui Pasma akan memberi peluang puak2 konservatif menuduh akan kebenaran anggapan mereka bahawa YB pro-Pasma. Tambahan pula nama Pasma mempunyai sebutan Pas. Sebuah parti baru Islamik dan demokrat dengan jenama baru yang perlu asing dari Pas diterajui oleh golongan progresif samaada profesional atau pun ulama yg sama fikrah.
Mohon YB ambil cadangan ini secara serius demi rakyat Malaysia dan demi Islam di Malaysia. Kerana para agamawan konservatif parti Pas telah banyak merosakkan nama Islam dengan sikap buruk mereka. Harapan saya amat tinggi terhadap YB dan pemimpin2 progresif lain. Menunggu masa berlalu sehingga Muktamar yang akan datang yang mana PRU 14 mungkin berlaku lebih awal sebelum 2017, negara akan kerugian masa yang berharga untuk membetulkan hala tuju negara.
Mohon maaf atas komen cadangan saya yang panjang ini.
Unknown said…
Allah lebih tahu is I hari mrk yg kecundang....
Unknown said…
Allah juga lebih tahu isi hati mereka yg menang....

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan