Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Sikap Inklusif TGNA: Antara Ulama’ & Profesional

Tulisan saya pada 23 Jun yang lalu menerangkan serba sedikit sikap inklusif yang ditonjolkan oleh kedua orang tokoh PAS yang disegani dan dikasihi, iaitu Almarhum UFN dan TGNA, dalam usaha mereka untuk merobohkan tembuk pemisah antara PAS dan masyarakat jelata. Ianya merupakan usaha untuk membawa PAS ke arus perdana politik negara dan ianya dilaksanakan dengan menunjukkan sikap keterbukaan terhadap semua . Sambil itu PAS diperlihatkan sebagai pembela nasib seluruh rakyat. Hasil itu maka tertubuhnya APU, BA dan PR (selepas UFN) yang merupakan usaha kerjasama yang jujur oleh mereka berdua. Ianya contoh sikap inklusif yang jelas semakin diketepikan dewasa ini. Tulisan saya semalam pula akan cuba menumpukan kepada pendekatan Almarhum UFN terhadap NGO Islam dan bukan Islam . Almarhum telah berusaha menyatu-padukan semua di bawah kepimpinan PAS dalam perjuangan menentang kezaliman. Mereka boleh terus dalam jemaah mereka sambil berkerjasama dengan PAS. Ini adalah atas sebab keyakinan mere

Video Parlimen: Kerajaan Mampu Mennguruskan Masalah Rohingya Dengan Lebih Tersusun & Terancang

Video ihsan MediaRakyat -Pejabat YB Khalid Samad-

Pendekatan Inklusif Almarhum Ust. Fadhil Mohd. Noor (UFN)

Almarhum Ust. Fadhil Noor sememangnya mempunyai pendekatan yang begitu terbuka dan inklusif dalam usaha membawa perjuangan Islam. Dan ini adalah antara sebab Almarhum akan sentiasa dirindui ramai. Pada minggu lalu saya telah menceritakan pendekatan Almarhum UFN dan TGNA terhadap masyarakat umum dan parti pembangkang lain. Pendekatan inklusif atau terbuka yang membanyakkan interaksi atau saling berbincang dan berhubung telah menghasilkan pembentukan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, prestasi PAS melonjak sehingga memenangi 27 kerusi Parlimen dalam pilihanraya tahun itu. Prestasi ini dengan sendirinya membuktikan keberkesanan dan kebijaksanaan pendekatan inklusif Almarhum.

Wawasan Almarhum UFN dan Almarhum TGNA

Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat. Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

Video: Mempertahankan Wawasan Diperjuangkan Oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor & TG Nik Aziz

Video ihsan MediaRakyat -Pejabat YB Khalid Samad-

Kopi Susu dan Pakatan Rakyat

Polemik semasa adalah samada Pakatan Rakyat masih wujud atau sebaliknya. DAP dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur. PKR melalui kenyataan Presidennya, DSWA, telah menyatakan kekecewaannya terhadap usul muktamar PAS dan kenyataan DAP sambil menyebut bahawa “Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formalnya”. PAS melalui kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baharu, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud tetapi ‘pengsan’. Pada pagi semalam, 20 Jun 2015, TGHH pula menyebut bahawa Pakatan itu tetap wujud selagimana ada dua parti yang terlibat. Kesemua kenyataan yang ini, walaupun dilihat bercanggah, ada kebenarannya dan oleh itu tidak hairanlah apabila sebahagian besar masyarakat menganggap ianya mengelirukan. Ia menyebabkan persoalan asal, samada Pakatan Rakyat masih wujud kelihatan seolah-olah masih tidak dijawab!

Ramadhan Kareem

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan bagi seluruh ummat Islam. Semoga kita sama-sama ditingkatkan dalam ketaqwaan melalui amalan berpuasa kita pada bulan Ramadhan ini. Semoga dengan ketaqwaan ini kita akan mampu menyerlahkan kebenaran aqeedah Islam, ketulusan akhlak Islam dan keadilan syariat Islam untuk dipersaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan dengan melaksanakan tugasan ini sahaja, yang didorongi ketaqwaan, akan kita mencapai kejayaan dunia dan akhirat. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Minggu Pertama Selepas Muktamar Ke-61

Muktamar PAS ke-61 telah berakhir pada hari Sabtu 6 Jun 2015. Saff pimpinan baru yang dipilih menjanjikan satu perubahan dan perbezaan berbanding yang sebelumnya. Ada yang menamakan perubahan saff kepimpinan sebagai kejayaan mengembalikan PAS kepada “landasan yang betul”; kononnya berubah kembali seperti asalnya. Kata-kata ini seolah-olah menuduh pimpinan sebelum ini telah menyimpang dari landasan asal PAS. Maka ahli menunggu-nunggu supaya pembaharuan dan perbezaan ini dizahirkan. Pada masa sama, mereka menunggu juga penjelasan berhubung penyimpangan yang telah dilakukan pimpinan lama. Mereka ingin tahu samada pendekatan Almarhum TGYR, UFN dan TGNA turut dianggap sebagai suatu penyimpangan dari landasan asal PAS.

Paca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan

Muktamar PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya. Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS. Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama. Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha

Saya Bertanding AJK PAS Pusat

Walaupun diserang teruk oleh media UMNO/BN dan golongan tertentu dalam PAS, saya tetap menerima pencalonan yang melayakkan saya bertanding untuk jawatan AJK PAS Pusat. Sememangnya ianya sesuatu yang tidak saya sangkakan sama sekali. Atas kepercayaan semua kawasan yang mencalonkan saya, saya mengucapkan terima kasih. Semestinya kesemua kawasan ini dipimpini mereka yang berani melawan arus serta menilai hujjah berdasarkan fakta dan bukan sentimen. Sebagai tanda menghargai dan menghormati keberanian dan minda merdeka mereka ini, saya telah memutuskan untuk bertanding. Selagimana ada yang mengharapkan saya berperanan di peringkat kepimpinan, adalah tidak wajar saya menghampakannya. Jika ikutkan hati dan perasaan, sebenarnya saya lebih cenderung untuk tidak bertanding. Ini adalah kerana saya melihat budaya kempen yang merosakkan jemaah sedang diamalkan. Boleh dikatakan ini adalah pengalaman bertanding yang paling buruk yang pernah saya alami selama 30 tahun saya berada di dalam PAS. Mun