Skip to main content

Rakaman Audio Temuramah Saya dan Berita Harian: Apakah Matlamat Sebenar Berita Harian dan Utusan?

Beberapa minggu yang lalu telah disiarkan berita “Khalid Persoal Hadi” di muka depan Berita Harian. Esoknya keluar lagi “Khalid Samad minta perwakilan tukar kepimpinan PAS”. Dalam Utusan pula disiarkan berita yang bertajuk Khalid Samad label proulama sebagai ‘geng juhala’. Mengambil kira bahawa kedua-dua akhbar ini adalah lidah tidak rasmi (atau sudah jadi rasmi sekarang?) UMNO/BN, maka tidak salah kalau kita anggarkan bahawa ada strategi dan matlamat politik di sebalik ini semua. Lebih-lebih lagi apabila diambil-kira bahawa tahun ini adalah tahun pemilihan AJK PAS Pusat.

Dan sebenarnya, bukan senang untuk dapat tempat di muka hadapan Berita Harian. Hanya berita penting layak ke muka depan. Oleh itu, persepsi yang menunjukkan saya bertelagah dengan TGHH adalah satu persepsi yang dianggap penting untuk dikukuhkan oleh UMNO/BN. Persoalannya mengapa? Semestinya jawapannya terdapat pada strategi dan matlamat politik UMNO dewasa ini. Maka apakah strategi dan matlamat politik UMNO/BN?

Mungkin tidak keterlaluan jikalau diandaikan bahawa strategi dan matlamat politik UMNO/BN adalah sama dengan strategi dan matlamat politik yang disuarakan oleh Dato Dr Hassan Ali dalam ucapan beliau yang videonya telah saya ulas juga di blog tempohari yang bertajuk: Mengapa Golongan 'Parasit' Wajib Dijatuhkan. Iaitu untuk menentukan golongan ‘parasit’ tidak dipilih kembali dalam muktamar PAS. Mengapa? Kerana bagi saya dan ‘parasit’ yang lain, melihat PR sebagai wadah untuk memperkukuhkan PAS melaluinya dan menolak secara total tanpa kompromi kemungkinan berkerjasama dengan UMNO. Maka untuk menghapuskan halangan utama, selepas permergian TGNA dan DSAI dipenjarakan, golongan yang Dato Dr Hassan Ali gelarkan sebagai ‘parasit’ perlu dijatuhkan!

Maka diselewengkan berita untuk diwujudkan persepsi bahawa saya dan TGHH sedang bertelagah sepertimana juga saya dengan ‘proulama’.

Berhubung berita Utusan, walaupun tajuknya jelas mengelirukan, petikan dari tulisan saya adalah tepat. Walaubagaimanapun, saya tidak melabelkan golongan ‘proulama’ sebagai geng Juhala’. Sebaliknya saya menggelar golongan yang suka melabel sebagai ‘geng juhala’. Ini jelas dari petikan artikel Selepas Jebon, Parasit Pula?: “Golongan tukang label ini mengelar diri mereka sebagai proulama tetapi hakikatnya, perangai mereka lebih sesuai dengan gelaran ‘geng juhala’. Ini adalah kerana hanya yang jahil akan bersikap dan bertindak seperti mereka”. ‘Bersikap dan bertindak seperti mereka’ itu dimaksudkan melabel sesuka hati dengan gelaran yang menghina.


Namun demikian, tidak boleh dinafikan kupasan Utusan amat mengelirukan. Samada saya akan menyaman atau tidak akan saya fikirkan dalam masa terdekat.

Berita Harian juga bertindak dengan tujuan yang sama. Oleh kerana ianya berdasarkan temuramah yang diadakan semasa Parlimen bersidang pada sesi awal tahun ini, maka kebenaran atau sebaliknya berita tersebut tidak boleh dirujuk kepada mana-mana tulisan saya. Sebaliknya hanya boleh dirujuk kepada rakaman audio yang telah saya buat dan saya sertakan di sini. Sila dengar dengan teliti dan maklumkan saya samada saya telah melakukan sepertimana disebut oleh Berita Harian.


Sila dengar dan nilai sendiri adakah “Khalid Persoal Hadi” adalah benar.

Wawancara BH -1- YB Shah Alam - Usul Pindaan 355
Wawancara BH -2- YB Shah Alam - Respon DAP & PKR
Wawancara BH -3- YB Shah Alam - Usaha Pemahaman Kepada Semua
Wawancara BH - 4 - YB Shah Alam - Bagi Presiden PAS & Konsep Syuro
Wawancara BH - 5 - YB Shah Alam - Timbul Salah Faham
Wawancara BH -6- YB Shah Alam - Putus Hubungan
Wawancara BH -7- YB Shah Alam - Putus Hubungan dengan Presiden PAS
Wawancara BH -8- YB Shah Alam - Usaha UMNO Pecahkan Pakatan Rakyat


Sila dengar pula dan nilai sendiri adakah “Khalid Samad minta perwakilan tukar kepimpinan PAS” adalah benar atau satu pembohongan.

Wawancara BH -9- YB Shah Alam - Tipu Helah UMNO
Wawancara BH -10- YB Shah Alam - Dalam PAS ada Berkumpulan
Wawancara BH -11- YB Shah Alam - Survival PAS lebih Terjamin dalam PR
Wawancara BH -12- YB Shah Alam - Masa Depan PAS & Kepimpinannya
Wawancara BH -13- YB Shah Alam - Muktamar - Pilih Atas Peranan yg Dimainkan
Wawancara BH -14- YB Shah Alam - Mat Sabu - Siasatan & Peranan
Wawancara BH -15- YB Shah Alam - Peranan AJK Pusat PAS
Wawancara BH -16- YB Shah Alam - Teori Dr.Zuhdi

Dalam soal Berita Harian juga, saya akan tentukan samada saya akan menyaman mereka atau tidak dalam masa terdekat ini. Rakaman penuh tanpa disunting mengikut soalan juga boleh disediakan untuk rujukan sekiranya ada sesiapa yang ingin mendapatkannya. Sila maklumkan kepada saya melalui email untuk tindakan kami selanjutnya.

Pada masa yang sama, sila ingat strategi dan matlamat politik UMNO/BN yang dibawa Berita Harian dan Utusan Malaysia. Adakah anda antara yang tertipu dengan strategi ini?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...