Saya telah membaca dengan penuh teliti tulisan Dr. Zuhdi yang bertajuk seperti di atas. Cuma tajuk tulisan beliau agak berbeza sikit, ianya tanpa tanda soal.
Bagi saya tulisannya ini merupakan usaha beragenda beliau yang diteruskan dengan bersungguh-sungguh dan dilakukan sejak sekian lama. Mesej tulisan ini adalah selari dengan ‘print screen WhatsApp’ yang telah dibocorkan pada tahun lepas. Tulisannya ini hanya menambahkan keyakinan saya bahawa ‘printscreen’ tersebut bukannya satu “scenario-planning” atau “pandangan beberapa anggota AJK PAS Pusat dalam whatsapp group tersebut” sepertimana yang cuba didakwa, tetapi adalah isi hati beliau secara seikhlas-ikhlasnya.
APA MESEJ DI SEBALIK TULISAN ZUHDI?
Mesej di sebalik tulisan Zuhdi adalah jelas. Mesejnya adalah DAP musuh PAS sebenar!
Ini dihujjahkan beliau dengan menyatakan bahawa DAP ingin menguasai PAS dengan dimenangkan ‘proxi-proxi’ atau ‘yes-man DAP’ melalui Muktamar akan datang! Tiada yang lebih buruk yang boleh dilakukan oleh sesuatu parti rakan, selain dari berusaha menguasai parti rakan lain. Ianya pengkhianatan dan tindakan tikam belakang tahap tertinggi semaksimanya!
Maka menuduh DAP sebagai ingin ‘menguasai PAS’ dan adanya ‘proxi-proxi’ DAP dalam PAS merupakan usaha untuk menanamkan kebencian di kalangan ahli PAS terhadap DAP dan mereka-mereka yang kononnya merupakan ‘yes-man DAP’.
APA YANG DIINGINKAN MELALUI MESEJ INI?
Melalui mesej ini terdapat dua perkara yang diinginkan Zuhdi.
Pertama, seperti dalam whatsappnya, Zuhdi inginkan PAS berpecah dengan DAP dan PKR. Dalam tulisan ini sasarannya adalah DAP. Dalam tulisan sebelumnya, Zuhdi menyerang DSAI dalam FBnya sepertimana yang diketahui umum.
Kedua, Zuhdi inginkan semua pihak yang digelarnya ‘yes-man DAP’ ditolak oleh perwakilan dalam Muktamar ini. Ini dilakukannya dengan menggambarkan orang-orang yang disenangi DAP sebagai proxi DAP untuk DAP menguasai PAS! Mungkin Zuhdi lupa, Almarhum TGNA amat sangat disenangi DAP di atas sebab kejujuran almarhum terhadap agenda PR. Maka adakah TGNA juga proxi DAP?
Maka oleh itu, bagi sesiapa yang membaca tulisan beliau, hendaklah membacanya dengan kefahaman jelas berhubung dua agenda yang diinginkan beliau. Dan agenda ini jelas digambarkan dalam whatsapp yang telah diprintscreen dulu, iaitu PAS bersama UMNO memerintah Selangor dan juga Malaysia akhirnya; buat selama-lamanya. Ini boleh tercapai dengan pemindaan sempadan pilihan raya mengikut kepentingan bersama dan ‘dasar jentik’ rakyat bukan Islam.
FITNAH TERHADAP DAP
Saya tidak nampak adanya apa-apa usaha DAP untuk menguasai PAS. Sikap DAP terhadap DS Presiden tiada kena-mengena dengan muktamar. Ianya adalah hasil dari salah faham yang berpenjangan sejak isu MB Selangor dan usaha adu-domba pihak tertentu yang seangkatan dengan Zuhdi. Saya telah menjelaskan isu ini dalam tulisan yang bertajuk "Maka Berakhirnya Hubungan PAS dan DAP?", maka tidak perlu saya ulanginya di sini.
Saya harap usaha menyatukan kembali akan dilakukan. Ianya merupakan satu kewajipan ke atas PAS sekiranya ingin melihat UMNO/BN dijatuhkan dalam PRU ke 14.
FITNAH TERHADAP USTAZ AHMAD AWANG DAN PIMPINAN LAIN
Ustaz Ahmad Awang digambarkan Zuhdi sebagai seorang yang ‘lunak terhadap desakan-desakan DAP’. Dalam erti-kata lain, tunduk dan ikut sahaja kehendak DAP.
Saya ingin ingatkan Zuhdi, bahawa apabila PR membentuk kerajaan di Perak pada tahun 2008, DS Nizar diterima sebagai Menteri Besar baharu. Sedangkan PAS hanya mempunyai 6 kerusi DUN! Bukan ADUN DAP yang diterima sebagai MB. Ataupun diletakkan MB yang tidak berkelulusan dan lemah supaya mudah dikuasai DAP. Sebaliknya dipilih dan dipersetujui bersama, calon terbaik sebagai MB, iaitu saudara DS Nizar, seorang yang bijak dan berkemampuan. Beliau tidak mudah diperalatkan oleh mana-mana pihak. Hanya UMNO sahaja yang mendakwa sebaliknya. Adakah Zuhdi termakan dakyah UMNO?
Sedangkan DAP ada 16 ADUN. Mereka mampu menentukan jawatan MB ini atas dasar kerusi mereka yang terbanyak. Maka bagaimana boleh dikatakan Ust Ahmad Awang tunduk kepada DAP apabila berjaya mendapat persetujuan DAP dan PKR supaya DS Nizar diterima sebagai MB?
Pada masa sama, Ust Ahmad Awang telah membentuk ‘jawatan kuasa pemandu kerajaan Perak’ yang terdiri dari 3 wakil setiap parti sambil dipengerusikan oleh DS Nizar sebagai MB. Sedangkan DAP mempunyai 16 kerusi DUN. Tidakkah sepatutnya DAP diwakili oleh lebih ramai, bukan jumlah yang sama dengan PAS atau PKR? Tetapi sebaliknya dipersetujui!
Bagi saya amat jelas bahawa Ust Ahmad Awang tidak ‘tunduk’ pada DAP tetapi sebaliknya telah berjaya mendapatkan kelebihan bagi PAS.
Saya melihat Zuhdi ingin menyalahkan Ust Ahmad Awang sedangkan Ust Ahmad Awang telah memberi khidmat cemerlang pada PAS dalam kes Perak. Mungkin Zuhdi marah kerana Ust Ahmad Awang menolak cadangan salah seorang ‘pimpinan utama PAS’ untuk berunding dengan UMNO kearah membentuk kerajaan di Perak? Begitu marah atas kegagalan membentuk kerajaan bersama UMNO di Perak sehingga dijadikan Othman Jailu sebagai ‘hero’!
Dalam tulisan beliau, DSAI dipersalahkan berhubung rampasan kuasa di Perak. Zuhdi lebih percaya kepada seorang pengkhianat bernama Othman Jailu dari mempercayai penjelasan DSAI. Othman Jailu adalah salah seorang ADUN Perak dari PKR yang lompat, menjadi ADUN ‘Bebas mesra BN’ sehingga menyebabkan BN berjaya rampas kuasa memerintah Perak kembali.
Saya lihat Zuhdi sangat suka pada pengkhianat seperti Othman Jailu dan redha dengan kembalinya pemerintahan UMNO/BN di Perak. Adakah ini kerana beliau berkeyakinan UMNO dan BN lebih baik dari PR? Perlu ingat, dalam program dalaman PAS Zuhdi pernah sebut, “UMNO tidak lagi bawa agenda UMNO. Sekarang UMNO bawa agenda PAS”. ‘Broker’ UMNO ke si Zuhdi ini?
FITNAH TERHADAP MAT SABU
Zuhdi juga dengan sewenang-wenangnya menuduh Mat Sabu ‘membakul-sampahkan’ cadangan DS Presiden dalam persoalan perlantikan MB Selangor apabila ingin digantikan TSKI. Ini jelas merupakan fitnah kerana Mat Sabu telah pergi bersama pimpinan PAS lain, termasuk Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, menyampaikan keputusan PAS Pusat dalam mesyuarat Majlis Presiden PR.
Perwakilan PAS telah menyatakan dengan jelas keputusan PAS Pusat untuk menamakan dua calon untuk jawatan tersebut, iaitu DS Wan Azizah dan Azmin Ali. Akan tetapi, dalam mesyuarat Majlis Presiden tersebut, Azmin Ali hadir. Azmin telah menyatakan bahawa beliau memberi laluan kepada DS Wan Azizah sebagai Presiden partinya. Dengan itu kenyataan akhbar yang dibuat pada petang itu menyebut, “setelah Azmin memberi laluan kepada DS Wan Azizah, maka calon PR untuk jawatan MB adalah hanya seorang, iaitu DS Wan Azizah”. Au kama qal.
Bagaimana boleh dikatakan ‘dibakul-sampahkan’ keputusan DS Presiden sedangkan ianya dikemukakan dan tuan punya badan telah memberi laluan kepada satu lagi calon yang tetap disenaraikan dalam cadangan PAS? Lainlah kalau yang dinamakan akhirnya langsung tiada dalam senarai yang dinamakan PAS!
Dan kalau terus berdegil menyatakan ‘dibakulsampahkan’ sekalipun, mengapa dipersalahkan hanya Mat Sabu sedangkan Dato Tuan Ibrahim dan pimpinan utama lain turut hadir? Pilih kasih kerana ada agenda tersendiri?
FITNAH TERHADAP PIMPINAN PUSAT LAIN
Dalam keadaan desperadonya Zuhdi, habis diungkitkan kembali isu-isu lama sebagai bukti kononnya ada pimpinan yang lebih akur kepada DAP dan PKR dari kepada DS Presiden sendiri. Dan mereka inilah yang ingin jatuhkan DS Presiden dan gantikannya dengan pemimpin ‘yes-man’ DAP. Kisah lama yang diungkitkan adalah persoalan ’16 September 2008’, ‘Langkah Kajang’, ‘Penamaan Baru Bian sebagai Ketua Menteri PR’, dan ‘Pemecatan TSKI’. Saya pun tidak faham apa yang Zuhdi maksudkan dengan contoh ini. Tetapi biasalah, bila sudah desperado sehingga tidak dapat dibezakan isu yang lebih melibatkan PKR dan isu yang melibatkan DAP.
Bila disebut ‘16 September 2008’ adakah dimaksudkan DS Presiden telah menghalang dan menggagalkan pembentukan kerajaan baru melalui langkah 16 September itu? Kalau benar DS Presiden menjadi penghalang sehingga menyebabkan kerajaan Pusat BN kekal hingga sekarang maka ini merupakan tuduhan serius terhadap DS Presiden! Segala bala yang mendatang selepasnya, termasuk GST, 1MDB dan sebagainya adalah angkara DS Presiden! Ehh, masih siuman ke si Zuhdi ni? Setahu saya usaha 16 September gagal kerana jumlah MP BN yang sanggup lompat dan duduk bersama PR tidak mencukupi, bukan kerana bantahan DS Presiden.
Usaha ini digagalkan dengan berpuluh MP BN dibawa ‘berpuasa ke Taiwan’! Dan, ini isu usaha PKR, bukan DAP! Apa kena-mengena dengan tuduhan ‘yes man’ DAP? Dan pada 2008, masih terus cuba diungkit dan dispin lagi? Berapa Muktamar telah kita lalui semenjak itu, tiada pula ianya dibangkitkan!
Bila disebut ‘Langkah Kajang’, setahu saya DS Presiden telah bersetuju bahawa ianya hak PKR berhubung ADUN mereka. Terpulang kepada PKR kalau ingin menukarnya dan DS Presiden telah mengarahkan PAS membantu PKR dalam PRkecil yang terhasil. Dan itu jugalah keputusan AJK PAS Pusat. Maka apa isunya saya tidak faham. Atau saja cuba berikan senarai panjang? Setahu saya DS Presiden tidak membantah atau menghalangnya dan turut turun berkempen. Dan ini juga isu PKR. Apa kena-mengena dengan tuduhan ‘yes man’ DAP?
Dalam soal ‘penamaan Baru Bian sebagai Ketua Menteri PR di Sarawak’, benar ianya tidak dipersetujui. Tetapi ia tidak menjadi isu dan tidak perlu dihalang kerana PR tidak menang Pilihan Raya Negeri Sarawak. Maka apa isunya? Dan ini juga isu PKR. Apa kena-mengena dengan tuduhan ‘yes man’ DAP?
Dalam soal ‘pemecatan TSKI’ pula, beliau dipecat dari PKR. DS Presiden telah menerima hakikat bahawa ianya hak PKR untuk memecat ahlinya. Dengan itu TSKI tidak wajar dikekalkan sebagai MB kerana beliau telah menjadi ADUN bebas. Maka itulah sebabnya DS Presiden dalam mesyuarat AJK PAS Pusat telah mencadangkan dua calon pengganti, iaitu DS Wan Azizah dan Azmin Ali. Dan ini juga isu PKR. Apa kena-mengena dengan tuduhan ‘yes man’ DAP? Apa isunya sebenar saya pun tidak faham dan saya fikir Zuhdi sendiri lebih tidak faham.
KESIMPULAN
Saya tidak melihat adanya apa-apa kebenaran dalam tuduhan yang dibuat Zuhdi dalam isu ini. Namun saya memahami mengapa tuduhan tersebut dibuat. Ini adalah berhubung agenda yang telah dan sedang diusahakan beliau sejak dulu lagi, iaitu membawa PAS keluar PR. Saya tidak tahu samada beliau mengusahakan agenda ini atas arahan siapa tetapi saya yakin sekiranya agenda beliau tercapai, melalui pembohongan dan pendekatan memfitnah ini, maka PAS juga yang akan kerugian. Agendanya menyebabkan PAS dan PR berpecah-belah.
Sebelum saya lupa, perlu juga diingatkan bahawa Zuhdi memang ingin melihat PAS pecah dua. Beliau telah menyatakan hasrat beliau beberapa kali di beberapa program. Saya harap ahli PAS ingat semua itu.
Yang jelas akan untung hasil kejayaan agenda Zuhdi adalah hanya UMNO/BN. Adakah mungkin itu yang sebenarnya matlamat Zuhdi? Supaya UMNO/BN terus berkuasa kerana dasar ‘Melayu Islamnya’ tidak dilihat Zuhdi sebagai sesuatu yang bersalahan dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS? PAS juga Melayu Islam seperti UMNO?
Sekiranya begitu, maka hancurlah legasi perjuangan Almarhum TGNA, Ustaz Fadhil dan TG Yusuf Rawa.
Saya menyeru kepada semua ahli dan perwakilan PAS, dengan seikhlas-hati yang mungkin, jangan dipersia-siakan legasi perjuangan mereka yang terletak atas ijtihad politik yang betul lagi tepat. Tolak politik adu-domba syadid dan musta’jilun yang dibawa orang seperti Zuhdi. Kukuhkan PAS atas dasar aqeedah, akhlak dan syariat Islam, perkemaskan tautan ukhuwwah sambil pada masa yang sama kukuhkan PR!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Dahlah termakan taik Hasan Jati
Kata DAP nak kuasai PAS walhal mereka tanding jumlah kerusi parlimen dan DUN yg rendah berbanding dgn PAS
PhD beliau sama je dgn Hasan Ali : Penipu Hebat Dunia
Dia nak jentik orang, kita belasah balik
Langsung xberetika dan xberadab..