Saya melihat dengan penuh kerisauan, arah tuju yang ingin dibawa oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan PAS dalam PR dan sesama PAS. Kenyataan sombong dan angkuh yang tidak sama sekali menggambarkan usaha menyatupadukan atau mencari perdamaian atas asas yang dipersetujui bersama. Yang mana asas yang dipersetujui bersama ini amat banyak atas sebab keinginan bersama untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dirosakkan oleh UMNO dan BN. Maka di sini mungkin terdapat perbezaan antara cara kepimpinan yang ingin mencari persamaan dan yang ingin mencari perbezaan, inginkan persepakatan dan inginkan perbalahan. Saya telah sebut sebelum ini bahawa amat mudah mencari perbezaan dan perbalahan. Mana-mana ‘samseng jalanan’ pun mampu melakukannya. Tetapi untuk mencari persamaan dan persepakatan, ianya hanya mampu dilakukan pemimpin yang bijak dan berhemah. Oleh itu, di sini terletaknya kelebihan Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka memahami ...