Skip to main content

Permatang Pauh dan Kemunculan ‘PAS Ekstrim’

Saya menyambut baik teguran Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini melalui FBnya terhadap tulisan saya; tanpa disebut nama. Beliau mempersoalkan sebab mengapa saya “membuat dakwaan rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh” yang bersifat negatif pada pandangan beliau. Pada masa yang sama, beliau menegur sikap yang melukakan imej parti oleh mereka yang “melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka”.

Sebagai salah seorang Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sememangnya wajar menegur saya dan saya menerimanya dengan baik. Sememangnya hujjah Dato' Tuan berhubung contoh baik di Rompin adalah tepat. Begitu juga hujjah berhubung kesediaan PAS mengagihkan kekuatannya di antara Rompin dan Permatang Pauh sebagai bukti keutuhan PR adalah juga benar. Namun masalahnya adalah, di Rompin, PAS yang bertanding dan PKR serta DAP memberikan sokongan yang padu, tetapi ianya tidak sebegitu di Permatang Pauh. Begitu juga kesediaan PAS Pusat mengagihkan kekuatan PAS sebahagian ke Rompin, membantu calon PAS dan sebahagian ke Permatang Pauh, membantu calon PKR adalah tidak selari dengan sikap PAS Permatang Pauh dan khususnya DPP Pulau Pinang.

Kewujudan sikap berbeza seperti yang dizahirkan DPP Pulau Pinang, yang saya gelar sebagai sikap ‘PAS Ekstrim’, adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak, termasuk Dato' Tuan di atas sebarang alasan sekalipun. Saya hanya ingin memberikan amaran bahawa sekiranya perwakilan PAS tidak berhati-hati dalam pemilihan yang akan datang, maka sikap ‘PAS Ekstrim’ akan menguasai kepimpinan PAS. Maka selepas itu contoh baik seperti yang ditunjukkan di Rompin serta oleh PAS Pusat dewasa ini yang mengagihkan kekuatan untuk membantu rakan PRnya di Permatang Pauh mungkin tidak akan lagi kelihatan.

Sikap ‘PAS Ekstrim’ adalah sikap yang ditunjukkan DPP Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh. Mereka bagaikan ‘tukang fatwa dan tukang hukum syadid atau ekstrim’. Sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa “PAS haram bersama PR kerana PR tolak hudud” sepertimana difatwakan “haram mengundi orang yang tolak hudud”. Sedangkan fatwa dan hukuman mereka bahawa seseorang itu “menolak hudud” dilakukan secara sewenang-wenangnya tanpa ingin mendengar hujjah dan penjelasan dan tanpa mengakui adanya khilaf. Khilaf bukan berhubung hukum wajibnya hudud, tetapi berhubung kaedah dan keutamaan atau awlawiyyat berhubung perlaksanaannya.

Melalui fatwa ekstrim sebegini, maka PAS tidak boleh bertahaluf siyaasi dengan yang bukan Islam dan berbeza pandangan dengan PAS. Segala tindakan dan amalan PAS selama ini sejak 2008, malahan dari lebih awal lagi, akan dianggap salah dan tidak syarii!

Tetapi yang lebih aneh, ‘PAS Ekstrim’ sentiasa bersedia memperakui keikhlasan pihak UMNO/BN sehingga dikatakan tidak wajar keikhlasan UMNO dipersoalkan! Pada masa sama mereka sentiasa bersedia mempersoalkan keikhlasan PKR dan ‘alasan’ yang diberi PKR. Hakikatnya apa jua alasan yang diberi harus diterima sebagai bukti tidak menolak hudud walaupun tidak bersetuju dengan alasan tersebut. Penolakan terhadap ‘hudud’ hanya wajar diterima sebagai penolakan yang mutlak sekiranya tidak boleh dita’wilkan sebaliknya.

Bermula dengan ‘fatwa’ tersebut, maka PAS akan dibawa keluar dari PR dan akan dimulakan gerak langkah menjauhkan PAS dari PR sedikit demi sedikit. Maka sedikit demi sedikit akan mereka dekatkan PAS dengan UMNO. Dan mendekatkan PAS kepada UMNO adalah ‘syarii’ menurut mereka lagi, kerana UMNO kononnya “sokong hudud”. Sedangkan semua maklum, sejauh mana “kebenaran” kata-kata UMNO itu. Oleh yang demikian adalah wajar dipersoalkan kerana adalah sungguh tidak layak dipatuk dari lubang yang sama buat kali keduanya!

Jika ianya benar, maka mengapa persoalan ‘hudud’ tidak dibenarkan untuk dibahas di DUN Terengganu tempoh hari? Mengapa tidak usul ini dibawa UMNO di Kedah, Perlis, Johor dan negeri-negeri lain di bawah BN? Memang benar perlu menghukum berdasarkan yang zahir semata, tetapi sepatutnya kesemua yang zahir dari parti yang sama. Bukannya sekadar kata-kata pilihan untuk menyokong kecenderungan dan kesukaan individu atau kelompok tertentu.

Oleh itu, saya ingin ulangi nasihat ikhlas saya. Waspada terhadap kewujudan sikap ‘PAS Ekstrim’ dengan pendekatan memaksa dan mengugutnya dan ketidak-mampuannya untuk berkawan dengan yang berbeza dengan mereka, walaupun sejemaah, apatah lagi dari jemaah lain. Sikap ini yang menyebabkan PAS berpecah dan akan kecundang kerana pendekatannya ‘ekstrim’ tanpa hikmah mahupun kebijaksanaan. Sikap ini bakal menjadikan PAS terpencil, dibenci dan dipinggirkan oleh rakyat jelata.

Saya akhiri dengan mengucapkan tahniah kepada Dato Tuan yang telah secara terbuka menegur mereka di Permatang Pauh yang menzahirkan sikap ekstrim ini. Mereka menjatuh dan melukakan imej PAS. Dan benar, ianya asap dan apinya perlu dipadamkan. Apinya bagi saya adalah sikap ekstrim, sikap tidak patuh pada arahan, tidak jujur dalam persepakatan dan tidak endahkan kerosakan yang terhasil terhadap imej Islam melalui tindakan mereka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
menyambut sokongan umno umpama menyambut perompak yg sedia di tangan parang.opss itu zahir yg dinampak tp hati biar Allah yg menilai... begitulah perumpamaan yg dpt sy buat atas kepimpinan HAdi... keluarga musnah (Pakatan Rakyat) di cincang perompak... so jgnlah jadi terlalu cerdik HADI oiiii nak izinkan perompak masuk rumah
Anonymous said…
Sudah terang dan jelas posisi YB sekarang. Eloklah YB isi borang pkr selepas muktamar nanti. YB lebih dihargai bila bersama pkr... lebih2 lagi DAP. Peluang YB utk berdakwah kpd DAP lebih mudah bila YB dilantik menjadi pemimpin mereka nanti. Maka berbondong-bondonglah org melayu dan Islam akan menyertai DAP sbg tanda kejayaan YB. Good luck!
mohd shahran said…
yb .depa ni macam ulamak yang digambarkan oleh allah seperti anjing dan keldai. menyalak pada masa yang sama bodoh
cikmatgelap said…
pas akan serupa ungka di hutan,bila nampak org ....akan sembunyikan muka tapi akan bersorak dgn suara yg kuat seperti mengejek
Izuddin said…
Budin kata mungkin Allah pilih dia...haha.

Jakim mesti dakwa budin kerana buat pengakuan laghu tu.

Tidak boleh guna-pakai kalima Allah untuk kempen.

Kalau budin kata '.....mungkin kali ini dia akan di pilih utk buka lembaran baru di pmtg pauh...' takpa la.

Budin ni belum apa2 dah salah cakap...dia tak bijak...dia hanya la kuda kayu umno
Izuddin said…
Ini ialah STATEMENT POWER. Hadi...ko belah saja laaa dari PAS.

"Melalui fatwa ekstrim sebegini, maka PAS tidak boleh bertahaluf siyaasi dengan yang bukan Islam dan berbeza pandangan dengan PAS. Segala tindakan dan amalan PAS selama ini sejak 2008, malahan dari lebih awal lagi, akan dianggap salah dan tidak syarii!"

Syabas YB....you only fear The Rab bul Alamin.
Izuddin said…
YB...dont cry and dont be sad.

And I command the angels to seek they who wake up in the might calling upon My Attributes and Names(Allah) seeking forgiveness. Surely, they are the ones who are successful.
Izuddin said…
Mudah saja. Sapa yang mahu pas bergabung dgn umno, dia lah parasit.

Dalam video tu dia kata selagi ada nik ajis dan anwar, pas takan gabung dgn umno. marah sungguh dia kat nik ajis dan anwar. maksudnya dia nak pas gabung dgn umno lahhh.

Skrg nik ajis dan anwar dah takdak....dan dia akan cuba bawa pas gabung dgn umno.

jadi, dia ni lah parasit tumpang pas...haha

kesian kat dia ni diguna jadi parasit oleh umno.

dan dia menuduh 8 org ni parasit??? saya tak faham.

adakah 8 orang ni mahu pas gabung dgn pkr dan dap? saya rasa tidak. hadi yang setuju pas masuk pakatan rakyat menentang umno.
Izuddin said…
Slogan 'Demi Islam dan Melayu' adalah fanatical resortment.

Ianya adalah HARAM kerana bertentangan dengan sikap kesederhanaan dalam Islam.

Dan resortment ini diambil oleh mereka2 yang tidak tenteram kerana ada DENDAM. Dalam hati mereka ada penyakit.

Selepas peristiwa salib, dimana kononya Anak Maryam mati disalib,orang2 Yahudi(iaitu kalangan Bani Israel Hawariyun terpengaruh dengan Judaism)resorted kpd fanaticism sebagai cara memulih kemelut kebinasaan Bani Israel. Cara mereka ini hanya lah bawa padah malah keseluruahn Bani Israel musnah di Jerusalem sama sekali. Wilyah Judea binasa punah ranah.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan