Skip to main content

Video: Kes Liwat II DSAI & Kebersamaan PR

"Ada ahli PAS yang telah tawar hati terdahap isu membela DSAI. Membela DSAI seolah-olah sekarang ini akan dituduh bahawa mereka ini walak kepada DSAI. Sedangkan isu ini adalah isu yang mengatasi peribadi DSAI. Ia persoalan keadilan dan prinsip. DSAI mangsa kezaliman, di mana pihak berkuasa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik mereka. Ianya penindasan dan kezaliman. Dan samaada kita suka atau tidak suka kepada DSAI, PAS perlu berdiri tegak mempersaksikan keadilan menentang kezaliman. Kes Teoh Beng Hok dulu pun begitu, kes Kugan pun begitu. Apa sahaja kes, walau siapa mangsanya, selagimana ianya merupakankan satu tindakkan yang zalim, maka PAS wajib berdiri tegak membela keadilan menentang kezaliman."


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

pensel warna said…
Saya sokong YB, kita patut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa pon yang dizalimi termasuk DSAI. Maksud zalim di sini adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pertuduhan kepada DSAI daripada mula lagi dilihat zalim (rujuk balik makna zalim yang sebenar) kerana dibicarakan di mahkamah sivil menggunakan undang-undang ciptaan manusia. Untuk meletakkan kes DSAI ditempatnya perlulah diadili menerusi undang-undang jenayah syariah. Malangnya negara kita masih lagi tidak mempunyai undang-undang yang adil seperti itu disebabkan keengganan pihak pemerintah melaksanakannya. Namun, perkembangan mutakhir melihatkan pemerintah pada hari ini bersedia untuk melaksanakannya menerusi pindaan perlembagaan di parlimen sekaligus membenarkan Kelantan satu-satunya negeri yang akan menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah yang telahpun diluluskan secara demokrasi di DUN lebih 20 tahun yang lalu. Oleh itu, menjadi kewajipan seluruh pemimpin Islam tak kira daripada BN ataupun PR untuk menyokong usaha ini tanpa perlu berbolak-balik lagi. Jika tidak anda semua yang merupakan pemimpin yang dipilih rakyat sama zalimnya dengan yang bersekongkol memyumbat DSAI ke penjara. Persoalannya di sini adalah, adalah YB Shah Alam bersedia untuk melobi rakan-rakan MP dari PR untuk menyokong private bill yang akan dibentangkan oleh wakil Kelantan di parlimen Mac ini. Jika tidak, usah dibicara lagi tentang demokrasi, tentang keadilan dan usaha membanteras kezaliman kerana ia akan melihatkan anda semua pemimpin yang hipokrit dalam masa yang sama bersubahat dengan golongan yang menzalimi DSAI.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan