Skip to main content

Video: Akta Anti-Pengganas

Kerajaan UMNO/BN bagai ingin melakukan U-turn! ISA dimansuhkan tetapi sekarang ini seperti ingin mengembalikan amalan tahanan tanpa bicara. Hormatilah prinsip keadilan dan hak asasi manusia, termasuk persoalan tidak boleh ditahan tanpa dibuktikan kesalahannya di mahkamah terbuka.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
hadi ni masih kecewa tuanku tak kenan ahli pas jadi mb selangor..dia merajuk dengan anwar kot.....haha

yb kena cetus undi tak percaya terhadap hadi SSEGERA

kalau tidak saya akan buat...haha
Izuddin said…
The Federal Court did nothing really. The judges merely upheld the Appellate court decision, which was but hastes...haha.

The judges didn't even consider Sri Ram Gopal appeals in the fed court judgement...haha.

And I saw , after all avenues had been exhausted for 7 years, Anwar eventually swear in court in the name of Allah he is innocent, and he will be patient.

Allah is with those who are patient.

In the name of Allah, The Lord is Vengeful.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan