Ini merupakan sambungan daripada tulisan saya Adakah Kau Lupa? (Bahagian I) bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh MS dalam tulisannya Masihkah Anda Ingat.
3. HARAKAH MENYIARKAN TULISAN DR. AZIZ BARI
Turut dibangkitkan oleh MS adalah sokongan saya dan Hanipa Maidin terhadap penulisan Dr. Aziz Bari yang ‘menghentam’ Presiden dan penyiaran artikel beliau di dalam Harakah. Saya pun sebenarnya tidak ingat bila saya pernah menyuarakan sokongan kepada tulisan Dr. Aziz Bari. Mungkin MS boleh ingatkan. Atau dia sekadar menembak semberono sahaja.
Tetapi, Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa Harakah itu di bawah pengurusan pihak lain, bukan kami berdua. Maka apa kena-mengena kami berdua dengan penyiaran tulisan Dr. Aziz Bari dalam Harakah dengan kami?
Adakah yang dimaksudkan MS ialah Harakah juga terlibat dalam usaha menjatuhkan DS Presiden, sedangkan Lembaga Harakah turut dipilih dan diputuskan beliau? Adakah dilihat begitu lemah kepimpinan DS Presiden sehingga menguruskan akhbar parti pun TGHH tidak mampu? Sehingga terpaksa dicampuri oleh orang seperti MS? Sekali lagi saya tanya, MS ingin bela DS Presiden atau menjatuhkan imejnya?
Sememangnya Harakah akhbar parti. Namun ianya ingin mempunyai sikap yang terbuka. Yang mengkritik dan memuji turut disiarkan. Ianya bukan akhbar propoganda macam akhbar parti kommunis. Itu dasar yang mungkin telah diputuskan dan dipersetujui semua, termasuk DS Presiden. Saya tidak tahu kerana saya bukan ahli lembaganya.
Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, tidak semestinya teguran dan kritikan dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Malahan ianya boleh membantu seseorang untuk menjadi lebih baik dan lebih berkesan. Ahli pun akan memahami pandangan orang lain terhadap PAS dan salah faham mereka terhadap apa yang sedang diusahakan.
4. SAFWAN ANANG DAN LENSA
Seterusnya dikisahkan memorandum dari NGO yang bernama LENSA yang dibawa pemimpinnya iaitu Safwan Anang. Memorandum itu mengkitik peranan PAS yang dilihat banyak menimbulkan perbalahan dalam PR sehingga menjadi liabiliti kepada PR. Maka memorandum itu meminta PAS keluar dari PR.
Saya tidak nampak mengapa ini dikaitkan juga dengan usaha menjatuhkan DS Presiden. Itu pandangan sebuah NGO. Hak merekalah untuk untuk menyerahkan memorandum dan menyuarakan pandangan mereka. Walaupun Safwan Anang itu ahli PAS, tetapi memorandum itu atas nama NGO yang bukan milik PAS. Dalam LENSA itu pun tidak semestinya semua ahlinya merupakan ahli PAS. Itu pandangan mereka maka perlu diterima memorandum tersebut dan buktikanlah sebaliknya.
Dan, adakah kau sudah lupa, wahai MS, bahawa memorandum itu bukan ditujukan kepada Presiden seorang tetapi PAS keseluruhannya? Termasuk juga pimpinan lainnya. Kenapa MS menujukannya hanya kepada DS Presiden dan sebagai usaha menjatuhkan DS Presiden?
5. HANIPA MAIDIN DAN ISU PILIHAN RAYA PBT
Turut juga ditimbulkan isu pilihan raya PBT yang mana pandangan Hanipa Maidin berbeza dengan pandangan DS Presiden. Ini dianggap memalukan Presiden dan bertujuan menjatuhkan DS Presiden.
Saya melihat seolah-olah MS beranggapan bahawa perbezaan pendapat dalam PAS tidak boleh dizahirkan. Sekiranya ianya dizahirkan, maka semestinya niatnya adalah untuk memalukan dan menjatuhkan Presiden.
Saya ingin bertanya MS, kalau begitu, bagaimana ingin diyakinkan masyarakat bahawa perbezaan pendapatan diraikan PAS dan diterima sebagai sesuatu yang membina? Mengapa sikap positif ini perlu disembunyikan dan sebaliknya ingin dizahirkan sikap negatif pada masyarakat iaitu perbezaan pendapat tidak dibenarkan? Bagaimana PAS mahu didik masyarakat agar saling menghormati perbezaan pendapat dan menzahirkan amalan ‘adaabul ikhtilaf’?
Adakah dianggap ketiadaan perbezaan itu satu kekuatan? Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa dalam Seerah Rasulullah (SAW) dan khulafah Ar-Raasyidiin, persoalan khilaf dan perbahasan berhubung khilaf diketahui dan sering dizahirkan? Tidakkah sepatutnya segala khilaf dan perbahasan itu ditutup Allah sekiranya ianya merosakkan imej Rasulullah (SAW) dan para khulafah Ar-Raasyidiin? Oleh kerana ianya bukan bukti kelemahan dan sebaliknya kekuatan, maka itulah sebab mengapa wujudnya khilaf dizahirkan Allah.
Ada yang mengatakan cara tulisannya menghina Presiden. Saya membaca tulisan Hanipa yang ditulis beliau semasa di luar negara, agak tertib dan beradab. Malangnya beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan mungkin oleh kerana itu MS tidak mampu memahami sepenuhnya. Hanipa bermula dengan “I beg to differ...” yang bererti “Saya memohon dengan penuh rendah diri untuk berbeza pandangan..” Kalimat ‘beg’ itu bererti ‘memohon, merayu, mengemis’ dan ‘begger’ iaitu orang yang ‘beg’. Beggar bermaksud peminta sedekah.
Begitu juga dengan kalimat “with the greatest of respect..” membawa erti “dengan penghormatan yang setingginya..”.
Tulisan Hanipa, setakat yang saya ikuti tiada menggunakan istilah ‘munafik haraki, jebon, pengkhianat dan sebagainya yang malangnya banyak digunakan oleh golongan lain.
Oleh itu apa sebenarnya masalahnya dengan tulisan Hanipa?
6. DEMONSTRASI FADHLI IBRAHIM
Akhirnya ditulis berhubung demonstrasi Fadhli Ibrahim. Maka ingin digunakan lima peristiwa di atas sebagai justifikasi untuk diadakan demonstrasi tersebut. Kononnya ianya sama.
Adakah kau sudah lupa, wahai MS, yang lima di atas merupakan teguran dan kritikan serta perbezaan pandangan yang kesemuanya ada kaitan dengan imej PAS di kaca mata masyarakat. Fadhli Ibrahim bukan membuat sesuatu yang merupakan teguran atau kritikan atau perbezaan pandangan. Fadhli Ibrahim membawa tuduhan pengkhianatan dan konspirasi. Ianya merupakan permasalahan dalaman yang hanya mendedahkan wujudnya kelemahan dan perbalahan dalaman parti kepada pihak luar. Melalui pendedahan ini tiada sebarang manfaat diperolehi parti dan ia hanya memungkinan perbalahan dalaman dieksploitasi oleh pihak luar.
Yang dibawa Fadhli Ibrahim sebenarnya tidak perlu kepada demonstrasi atau sidang media. Ia hanya memerlukan surat yang ditujukan kepada DS Presiden, SUA dan Pengerusi JK Disiplin. Dan disertakan semua bukti untuk tindakan mereka selanjutnya. Atau adakah JK Disiplin juga tidak dipercayai MS?
Kalau semua ‘organ’ PAS tidak dipercayai, termasuk yang dilantik dan dipantau DS Presiden sendiri, maka tidakkah sebenarnya MS sedang ‘mengkondemkan’ kepimpinan DS Presiden sendiri sebagai lemah dan tidak berkesan? Atau sebenarnya MS sendiri tidak faham implikasi dari apa yang diucapkannya?
Sekiranya selepas menyerahkan surat aduan, tiada apa-apa tindakan selepas beberapa minggu, dan kelihatan macam ianya ingin ditutup sahaja kesnya, maka dalam keadaan begitu demonstrasi mungkin boleh dilakukan. Itu pun tanpa memberi butiran terperinci kepada media tetapi sekadar meminta tindakan penyiasatan diambil. Ini adalah kerana, dikhuatiri orang yang dituduh berdasarkan mesej whatsapp dan bukti sampingan (circumstantial evidence) ada hujjahnya maka akhirnya memburukkan nama orang tersebut secara pre-mature (atau terlalu awal).
Tidak boleh dinafi, ada juga yang menganggap sememangnya itulah tujuannya. Yang tertuduh ingin diburukkan namanya sebelum pemilihan tahun ini. Dan dinaikkan juga barisan nama lain sebagai ‘hero’ pembela DS Presiden. Iaitu mereka yang hadir bersama semasa demonstrasi tersebut. Diharapkan bukan begitu niatnya....
KESIMPULAN
Tulisan ‘masihkah anda ingat’ yang dikeluarkan atas nama Mokhtar Senik sebenarnya mengunakan hujjah yang pada hakikatnya lemah dan tidak bernilai. Diungkitkan peristiwa silam yang tiada niat buruk terhadap DS Presiden tetapi ditafsirkan melalui hati yang berpenyakit sehingga didakwa sebaliknya. Dilakukan itu dengan tujuan untuk ‘memutihkan’ tindakan demonstrasi Fadhli Ibrahim yang merupakan tindakan kurang bijak dan tiada manfaat kepada parti. Kalau ada manfaat pun, ianya sekadar untuk memburukkan nama tertentu dan menonjolkan nama tertentu yang lain.
Oleh yang demikian, Ana benar-benar berharap agar tulisan tersebut bukan dari Ketua Dewan Ulama’ PAS peringkat Negeri kerana jelas ianya bukan kelas Ulama' sama sekali.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Namun Anwar terkena dgn 'ajakan' tersebut. Anwar sendiri terperanjat dgn keputusan fed court.
Skrg, Anwar nak keluar penjara melalui rayuan DiAgung yang dikemuka oleh Isteri dan anak2....dan bukan oleh anwar melalui lawyer anwar.
Saya berharap bila rayuan diluluskan, Anwar reject rayuan tersebut.
Wan Azizah buat lah rayuan hukuman 5 tahun penjara di kurangkan ke 2 tahun. That is better than seeking royal pardon of which is an admission of guilt.
Beginilah senang cerita...jika Mokhtar Arsenik boleh terpengaruh untuk menyertai perjuangan Al Maunah yang ternyata tidak praktikal dan munasabah, kita sudah dapat membaca kedangkalan tahap "intelligence" (IQ) spesis jenis ini.
Jika dibiarkan spesis ini terus bersuara dan terus menerus tercirit mulut serta tulisan, mereka tentu lebih banyak membawa kerosakan kepada Jemaah.
CONFIRM BODOH!!!!!!!!
Cakap jer ulama tpi hati dan lidah mcm jebon.
pemikiran masih menggunakan metodologi zaman firaun. Ini dah abad lain...
Sikit2 fitnah, skit2 wala...mengalahkan sifat umno..
Yang tua akan pergi. Kami akan ganti ulama, dan kami akan ganti SEKARANG!
Tak nak kawin dengan Umno, tapi berkhalwat dengan UMNO !
I guess these chinese reverts got better over the years, and hopefully one day these chinese reverts can convert Buddhists, Taoists, etc into a flock of the same feathers.
Perhaps, even one day these Chinese reverts can be accepted to be a MALAY and become The PM too.
By definition, a malay is one who speaks bahasa melayu, dress up in melayu customary and traditional clothings(songkok/tudung, baju melayu/kurung, etc) and lastly follow Islam(but not necessarily compulsory to adher but will be compel, if required).