Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Adakah Kau Lupa? (Bahagian I)

Beberapa hari yang lepas saya telah diforwardkan sebuah tulisan melalui WhatsApp yang kononnya datang dari Mokhtar Senik iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Dalam tulisan ini nama saya telah disebut beberapa kali sebagai salah seorang yang ingin memalukan TGHH dengan tujuan menjatuhkannya. Saya harap tulisan itu bukan datangnya dari Mokhtar Senik dan saya yakin beliau sebagai Ketua Dewan Ulama Pahang tidaklah sebodoh itu. Ianya tulisan yang hanya layak dikeluarkan oleh seorang Ketua Dewan Juhala’ bukan Ketua Dewan Ulama’. Namun demikian, walaupun saya yakin ianya bukan dari Mokhtar Senik, biarlah saya jawab tuduhan tersebut satu persatu. Dan untuk memudahkan, biarlah saya gunakan gelaran ‘MS’ semasa menjawab. Ianya tidak ditujukan kepada Mokhtar Senik kerana saya tidak tahu dengan pasti ianya tulisan beliau, walaupun setakat ini masih tiada sebarang penafian yang dikeluarkan oleh beliau.

Asal Usul ‘Anwarinas’

Baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan ‘Anwarinas’ diusir keluar dari pimpinan PAS. Saya hairan dengan desakan tersebut kerana setahu saya tiada mana-mana pimpinan PAS adalah ‘Anwarinas’. Sudah pasti seseorang ‘Anwarinas’ akan berada dalam PKR dan bukan PAS. Namun tidak dinafikan bahawa dakwaan wujudnya golongan ‘Anwarinas’ dalam pimpinan PAS telah dibuat agak sudah lama. Ianya dimulakan oleh seorang yang bernama Zul Nordin. Masih ingat siapa dia? Dia juga dikenali dengan gelaran ‘Mr. 101%’ apabila menyatakan keyakinan menang kerusi Parlimen Shah Alam pada tahun 2013. Sepertimana dakwaan bahawa dia akan menang terbukti palsu, begitu jugalah bagi saya dakwaannya bahawa adanya ‘Anwarinas’ dalam PAS. Dia mengaku dirinya sebagai salah seorang peguam DSAI tetapi saya diberitahu dia hanya bantu angkat beg turun naik mahkamah, menyibuk tanpa diundang. Tidak tahulah samada betul atau tidak. Namun, pada saya dialah adalah orang yang pertama menggunakan istilah ‘Anwarinas’ ini. Tet...

Video: Persempadanan Baru: Untung Secupak Rugi Segantang

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Seruan Kepada Pimpinan PR & PRK Permatang Pauh

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: DSAI & Konspirasi Politik

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Temubual The STAR: Kereta Dr. Hatta

Baru baru ini ada disiarkan interview saya dengan akhbar ‘ The STAR’ berhubung peristiwa usaha membakar kereta YB Dr Hatta Ramli yang kisahnya luas tersebar. Dalam menjawab soalan pemberita, saya telah beralih dari isu usaha membakar kereta Dr. Hatta kepada peranan yang boleh dimainkan oleh DS Presiden. Ada yang menganggap saya berniat jahat terhadap DS Presiden apabila menyebut namanya dalam konteks isu berkenaan. Sebenarnya masalah timbul apabila keseluruhan interview tersebut tidak disiarkan. Sebaliknya hanya jawapan-jawapan tertentu tanpa soalan yang ditanya. Namun kalau dibaca dengan hati terbuka, akan difahami maksud saya. Tetapi bagi yang sengaja mencari salah, atau berpenyakit hatinya, jawab macam mana pun, saya tetap akan dipersalahkan. Oleh itu di sini saya rakamkan kembali ‘flow’ atau urutan perbincangan semasa interview berkenaan. Supaya dengan itu yang berkenaan akan terselamat dari dosa buruk sangka dan adu domba.

Video: Puncak Perdana dan U10 Shah Alam

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Moral Polis & Altantunya

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Mustafa Ali & Lim Guan Eng

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Isu AES, Ganti Rugi & OSA

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Respon Kenyataan DS Ismail Sabri

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak should sack Datuk Seri Ismail Sabri for being "racist" and "stupid" in asking the Malays to boycott Chinese businesses, says a PAS lawmaker. Shah Alam MP Khalid Samad said such attitude is unbecoming and Najib should just remove the agriculture and agro-based industry minister from government. “There is no way that the high prices of goods can be blamed on one race... It is stupid and oversimplifying matters. It is as if the prices went up because the Chinese wants it,” he he told a press conference at his office in Shah Alam today. He said the government was the main culprit for the price hikes, and its failure could not be masked by playing the race card. "If Najib is really against racism and less intelligent leadership, sack Ismail Sabri," he said. Ismail drew flak following a Facebook posting urging Malays to use their buying power by boycotting Chinese traders who refuse to bring down goods prices. ...

Video: Kes Liwat II DSAI & Kebersamaan PR

"Ada ahli PAS yang telah tawar hati terdahap isu membela DSAI. Membela DSAI seolah-olah sekarang ini akan dituduh bahawa mereka ini walak kepada DSAI. Sedangkan isu ini adalah isu yang mengatasi peribadi DSAI. Ia persoalan keadilan dan prinsip. DSAI mangsa kezaliman, di mana pihak berkuasa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik mereka. Ianya penindasan dan kezaliman. Dan samaada kita suka atau tidak suka kepada DSAI, PAS perlu berdiri tegak mempersaksikan keadilan menentang kezaliman. Kes Teoh Beng Hok dulu pun begitu, kes Kugan pun begitu. Apa sahaja kes, walau siapa mangsanya, selagimana ianya merupakankan satu tindakkan yang zalim, maka PAS wajib berdiri tegak membela keadilan menentang kezaliman. " WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Akta Anti-Pengganas

Kerajaan UMNO/BN bagai ingin melakukan U-turn! ISA dimansuhkan tetapi sekarang ini seperti ingin mengembalikan amalan tahanan tanpa bicara. Hormatilah prinsip keadilan dan hak asasi manusia, termasuk persoalan tidak boleh ditahan tanpa dibuktikan kesalahannya di mahkamah terbuka. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video Pilihan Raya PBT: Pandangan TGHH dan Saya

Sidang media berhubung pilihan raya PBT telah dibuat untuk menjelaskan lagi pendirian saya dan juga pendirian part. Ini merupakan kesinambungan daripada penulisan saya tempohari mengenai Pilihan Raya PBT, Pendemokrasian dan 13 Mei . Pada dasarnya wakil yang dipilih adalah lebih baik dari wakil yang dilantik. Dalam soal Nazir dan AJK Masjid telah pun terbukti di Selangor. Jelas yang dipilih seperti sekarang jauh lebih baik dari yang dilantik dulu. Begitu juga dengan soal PBT. Hanya kemungkinan akan timbul masalah tertentu tetapi ianya boleh ditangani dengan diadakan kaedah pemilihan yang tertentu. Walaubagaimanapun, terdapat ramai juga yang menyatakan bahawa pandangan saya berbeza dengan pandangan TGHH dalam soal Pilihan Raya PBT. Bahawa saya menyanggah kenyataan TGHH. Disertakan di sini video ucapan TGHH semasa Liqa Fikri PAS Pusat pada Disember 2014 yang lepas. Dengar baik-baik, khususnya bila TGHH sebut dipenghujung, "kalau nak buat, ada caranya..." Maksudnya, masal...

Video: Datum Jelatek, PERKASA dan Fatwa

PERKASA dan para pemimpin Melayu haluan kanan sengaja ingin menimbulkan masalah dengan membantah projek Datum Jelatek. Semangat perkauman yang menebal membutakan mereka kepada fakta sebenar. Majlis fatwa perlu menyelammatkan orang Islam dari terpengaruh dengan sikap PERKASA. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: Teguran YB Lim Guan Eng Terhadap Kemampuan Kerajaan Negeri Kelantan Menangani Krisis Banjir

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan sokongan YB LGE, kerajaan Pulau Pinang dan DAP Malaysia dalam membantu kerajaan Negeri Kelantan menghadapi krisis banjir baru-baru ini. Walaubagaimanapun, teguran tersebut adalah tidak wajar dan tidak adil tanpa mendengar keterangan dari Kerajaan Kelantan terlebih dahulu sebelum menghukum mereka sebagai tidak berkemampuan. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video: PR Harapan Rakyat

Pemimpin PR mempunyai tanggung-jawab, kewajipan dan amanah kepempinan untuk memenuhi hasrat dan cita-cita lebih 5 juta rakyat yang telah mengundi calon PR dalam pilihan Raya yang lepas. Semua pemimpin PR diharap tidak akan mengecewakan harapan rakyat jelata, bersatu dan kukuhkan PR! Jatuhkan BN dalam PRU akan datang! Hanya yang bijak dan berhemah mampu mendamaikan pihak yang bertelagah, sesiapa sahaja mampu mencetuskan perbalahan. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Video CNY 1 Malaysia: 1 Goat Year 1 Great Family

Video CNY anjuran DAP yang bersemangat 1 Malaysia sebenar membuatkan golongan haluan kanan tidak senang. Will it be a “goat” year? Video courtesy of 1goatyear 1greatyear -Pejabat YB Khalid Samad-