Skip to main content

Usaha Mewajibkan Kehadiran TGHH Di Mesyuarat Majlis Presiden PR

Kebelakangan ini media telah memberikan liputan yang begitu meluas berhubung usaha DAP mewajibkan TGHH di mesyuarat majlis Presiden PR. Perkara ini telah DAP usahakan melalui satu resolusi yang telah diluluskan dalam mesyuarat Pusat mereka dengan menyatakan bahawa mesyuarat majlis Presiden PR akan hanya dijalankan dengan kehadiran TGHH.

Isu ini dikeruhkan lagi apabila TGHH digambarkan seakan-akan memberi jawapan ‘angkuh’ apabila diminta memberi respon terhadap usaha mewajibkan kehadiran beliau di mesyuarat Majlis Presiden. TGHH menjawab “terpulang pada sayalah samada akan hadir atau sebaliknya”. Saya bersama TGHH semasa TGHH menjawab soalan wartawan pada ketika itu. Nada yang digunakan TGHH adalah nada seloka dan gurau bukan nada marah dan angkuh sepertimana yang telah digambarkan oleh pihak media.

Sebenarnya mesyuarat Majlis Presiden PR telah berlangsung selama 6 tahun tanpa apa-apa masalah, samada dengan kehadiran atau tanpa kehadiran TGHH. Ketidak hadiran TGHH tidak menjadi masalah selama ini kerana walau macam mana sekali pun, PAS akan diwakili oleh pimpinan utama yang lain. Begitu juga dengan pimpinan DAP dan PKR. Ketidak hadiran mana-mana satu pemimpin tidak pernah menjadi masalah kerana mereka akan diwakili pimpinan utama lain dari parti mereka masing-masing.

MASALAH SEBENAR
Oleh itu, apa sebenarnya masalahnya? Kenapa tiba-tiba persoalan kehadiran TGHH dijadikan isu besar? Sebenarnya isu ini timbul bukan atas sebab ketidak-hadiran TGHH dalam mesyuarat Majlis Presiden. Ianya timbul atas sebab keputusan yang dipersetujui oleh wakil-wakil PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden telah kemudiannya ditukar dan ditolak oleh TGHH sebagai Presiden PAS. Ini adalah berhubung pencalonan DS Wan Azizah sebagai calon tunggal PR selepas Azmin Ali yang merupakan calon kedua dalam senarai calon PAS telah memberi laluan kepada DS Wan Azizah.

Persetujuan perwakilan PAS seramai 9 orang, termasuk Timbalan Presiden, barisan Naib Presiden, SUA dan lain-lain, untuk memperakui DS Wan Azizah sebagai satu-satunya calon jawatan MB untuk menggantikan TSKI setelah Azmin memberi laluan telah ditolak oleh TGHH. Penolakan ini telah dimaklumkan selepas mesyuarat berkenaan membuat keputusan. Ini sebenarnya masalahnya yang sebenar yang menghasilkan usul yang agak kontroversi.

KALI PERTAMA DALAM SEJARAH PR
Saya ingin jelaskan bahawa ini merupakan kali pertama sepanjang sejarah mesyuarat Majlis Presiden yang telah berlangsung selama 6 tahun, di mana keputusan mesyuarat yang dihadiri wakil sah semua parti telah disanggah selepas mesyuarat berkenaan. Walaupun ianya merupakan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, saya rasa ianya tidak perlu diperbesar-besarkan. Hakikatnya ianya kali pertama peristiwa sebegini belaku dalam tempoh 6 tahun. Sedangkan kehebohan yang dihasilkan dengan keputusan mewajibkan kehadiran pemimpin tertentu adalah seolah-olahnya ianya merupakan masalah yang berlaku setiap kali PR bermesyuarat selama 6 tahun ini.

Pada masa yang sama, penyelesaiannya bukan terdapat dengan mensyaratkan kehadiran mana-mana pimpinan. Yang perlu adalah untuk menentukan bahawa keputusan yang dibuat, hasil dari perbincangan wakil-wakil sah setiap parti, perlu dihormati dan tidak diubah selepas mesyuarat berkenaan memutuskan sesuatu secara konsensus. Ini adalah sesuatu yang amat wajar memandangkan yang hadir telah datang dari jauh dan berbincang dengan beberapa jam, dan setelah keputusan dan kata sepakat tercapai, keputusan itu pula ditolak. Samada ianya ditolak oleh yang tidak hadir, mahu pun yang telah hadir mesyuarat berkenaan adalah tidak releven.

KAEDAH PENYELESAIAN
Oleh itu adalah lebih baik dan munasabah untuk semua pihak menentukan wakil-wakil sah mereka diberi mandat yang jelas berhubung sebarang isu yang ingin dibincang pada sesuatu mesyuarat itu. Sudah pasti, agenda mesyuarat telah dimaklumi oleh setiap parti sebelum mesyuarat tersebut diadakan dan sudah pasti juga, setiap parti telah mengadakan perbincangan dan menetapkan pendirian sebelum mesyuarat Majlis Presiden PR itu diadakan. Maka dalam keadaan itu, wakil sah yang akan dihantar perlu diberi mandat yang jelas dengan dimaklumkan juga had mandat berkenaan.

Dalam erti kata lain, wakil perlu diberitahu samada mereka boleh menukar keputusan parti sendiri dalam proses perbahasan dan sekiranya boleh diubah, sejauh mana, di mana hadnya. Dan sekiranya had itu perlu dilampaui dan wakil tidak dapat melakukannya, maka adalah lebih baik untuk tidak diadakan kata sepakat dari diadakan kata sepakat hanya untuk ianya dirombak kembali kemudian hari. Walaupun diakui bahawa kata-sepakat dalam semua hal adalah yang terbaik, namun, sekiranya ianya tidak mungkin, maka adalah lebih baik ianya diperakui dan dikatakan ‘agree to disagree’.

Dalam kes calon Menteri Besar, sekiranya dimaklumkan had mandat yang diberikan kepada wakil, maka apa yang akan berlaku ialah PKR dan DAP akan menyatakan pandangan sepakat dengan mengemukakan nama DS Wan Azizah sahaja sambil PAS mengemukakan nama DS Wan Azizah dan Azmin Ali. Dalam keadaan sebegitu, perbalahan tidak akan berlaku sepertimana ianya telah berlaku tempoh hari, khususnya bagi PAS di mana wakil yang dipilih telah dituduh sebagai ‘mengkhianati’ DS Presiden.

KESULITAN BERHUBUNG KES CALON MB SELANGOR
Dalam isu MB Selangor, ianya satu isu yang sukar dihadapi pada ketika itu apabila PAS tidak yakin dengan keperluan untuk menukar TSKI pada awalnya. TSKI sering berhubung dengan pimpinan utama PAS dan memberi laporan dan penjelasan tersendiri berhubung perkembangan di Selangor dan sebab ‘sebenar’ mengapa beliau ingin ditukarkan oleh PKR dan DAP. Ini menyebabkan PAS ragu sebab sebenar beliau ingin diganti. Kemudiannya pertukaran itu terpaksa diterima PAS apabila TSKI dipecat oleh PKR.

Seterusnya keputusan mencalonkan Azmin sebagai calon kedua oleh PAS terpaksa digugurkan apabila Azmin memberi laluan kepada DS Wan Azizah. Mungkin suasana inilah sebabnya mengapa TGHH merasa tidak berpuas-hati dengan keputusan yang dibuat untuk mencalonkan hanya DS Wan Azizah.

Adalah diharapkan agar keadaan yang sebegini tidak akan dihadapi lagi pada masa hadapan tetapi sekiranya timbul juga yang sepertinya pada masa akan datang, maka diharapkan agar ianya akan ditangani dengan lebih berhikmah dan bijaksana.

KESIMPULAN
Kesimpulannya adalah semestinya ada kommitmen setiap parti untuk tidak merombak keputusan setelah ianya dibuat. Sekiranya kita boleh bersetuju bahawa mengubah-ubah keputusan setelah ianya diputuskan adalah satu ‘taboo’ atau ‘pantang larang’ dalam amalan kebersamaan yang telah terjalin, maka PR akan mempunyai masa depan yang cemerlang insyaAllah. Ini juga akan menentukan kesungguhan yang optima semasa setiap mesyuarat diadakan dengan setiap wakil memahami mandatnya.

Dalam soal ini saya ingin juga menyeru supaya isu ini tidak diperibadikan atau disasarkan kepada mana-mana individu tertentu, tetapi sebaliknya dilihat dari sudut proses penghasilan keputusan secara bersama dengan mengakui terdapat kemungkinan keputusan sebulat suara tidak mungkin tercapai setiap kali.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

boboyot said…
KESILAPAN TGHH adalah mewakilkan "ulama2 sekular" ganti beliau dlm mesyuarat PR.. dari timbalan, naib2 presiden sume dri ulama sekular.. kecuali ustaz tn ibrahim t.man..

patutnya lepas ni, TGHH perlu cari wakil dari golongan dewan ulama or majlis syura saja..

kalau hantar ulama sekular ni,, memang dimata, dalam hati, dijiwa mereka hanya anwar ibrahim n lim guan eng saje..

sekadar pandangan
Izuddin said…
Jawapan adalah sesuatu yang BOLEH difahami. Tapi jawapan hadi “terpulang pada sayalah samada akan hadir atau sebaliknya” tak boleh difahami...haha. Malah hadi tak pun elaborate selanjutnya

YB boleh fahami ka jawapan hadi?

Quran adalah JAWAPAN2 yang diturun dan yang mana ia boleh difahami bagi mereka2 yang MAHU befikir.

Cuba YB fikir jawapan hadi....dan tolong JELASKAN apa yang boleh difahami.

Saya PASTI jawapan hadi hanyalah lawak jenaka spertimana yb sendiri dengar dari nada seloka ucapanya. Maka, salah lah hadi beri jawapan lawak sedemikian.

Yb, seorang pemimpin boleh berseloroh tapi JANGANLAH ketika berdepan PUBLIC dan MEDIA !!!!!!
bat8 said…
YB

TGHH bukan pemimpin calang-calang. Dia menghadiri pelbagai mesyuarat didalam dan ĺuar negara berpuluh-puluh tahun lamanya. TGHH juga adalah bekas MB Terengganu. Dia telah menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja, mesyuarat antara kerajaan, mempegerusi mesyuarat exco kerajaan dan bermacam-macam mesyuarat lagi.

Dia tentu dan amat arif tatacara dan protokol mesyuarat yang diamalkan di seluruh dunia. Apa juga alasan yang YB cuba beri untuk menutup kesilapan TGHH menentang keputusan wakil PAS ke mesyuarat MPP tempohari akan tetap seperti cuba menegak benang basah yang dah tenggelam didasar Sungai Terengganu. Its imposs8ble....

Mesyuarat yang dimaksudkan itu di jadualkan berlangsung pada 17 ogos 2014 selepas JKPP PAS mengadakan mesyuarat mengenai krisis MB Selangor yang berlangsung di KL. Mesyuarat MPP ditetapkan begitu untuk memudahkan kehadiran TGHH yang mempegerusikan mesyuarat JKPP. Tidak ada sebab mengapa TGHH tidak boleh hadir setelah kemudahan yang sebegitu telah diatur untuk memudahkan beliau menghadir8nya.

Apakah TGHH tidak boleh menjangka bahawa mesyuarat MPP itu penting kerana keputusan mesyuarat JKPP itu begitu penting untuk dibincangkan didalam mesyuarat MPP mlm itu? TGHH tidak boleh menjangkakah kehadirannya amat penting untuk menjelas sendiri keputusan JKPP kepada rakan didalam PR agar satu jalan sepakat yang mengambilkira kepentingan bersama dapat dicapai dalam isu yang kontroversi ini?

Jadi, YB gagal dan tidak berupaya untuk melindungi kesilapan yang sekali ini yang dibuat oleh TGHH kerana ia memang satu kesilapan besar. Soal sebelum ini tak pernah terjadi bukanlah hujah yang boleh diterima kerana ketidakhadirannya yang sekali ini tidak boleh menutup tindakan-tindakan unilateral beliau sehingga menyebabkan krisis MB Selangor ini berlarutan. Sekarang kita sedang mengira damage yang dibuat oleh TGHH. Damage yang paling jelas sekarang ialah pembayaran pampasan vss oleh TSKI kepada 8 pembantunya yang berjunlah 4M 2.6 juta. Damages lain masih belum timbul lagi.

Pasal jawapan dengan nada berseloroh itu saya tak hingin pun sentuh. YB dan saya tahu ia tidak sepatutnya keluar dari seorang ulamak bertaraf dunia dalam keadaan yang hangat mengenai dirinya.
JinPakaiTuncit said…
assalam, tuan
you disappoint me yet again. there can be no justification for your president's behavior.
your weak defense of him makes me, frankly, sick.
i will NEVER trust or vote for PAS again.
Izuddin said…
Diam lah. This forum isnt for personal gains or personal attacks.

This forum is for all to contribute to the betterment of nation building.

Make suggestions instead of showing off your ill feelings.

Lets us not debate but EDUCATE !
Mubaza Abkaver said…
Sudahla samad...ko jgn jd geng untuk misi jatuhkan ulama sudahla ye
Mubaza Abkaver said…
Panggil yb baru approve ka?aq baru baca blog selamatkan-pas.blogspot.com ...dlm tu citer ko pun tentera misi tu..so tlg nafikan klau bkn
Mubaza Abkaver said…
Tlg tegas dgn Islam YB.!
Mubaza Abkaver said…
Ko xtau ke samad SIS perjuangkn aper utk wanita?yg aq dgr perjuangkn supaya pompuan bleh bukak tudung n lain2..btul ke?
Aq minat btul ngan style jambang lu bro...tp bila bacer blog tu yg kt ko geng misi yg Ust Abduh ckp rs mcm nk cukur jambang ko tu je...tlg la jelaskn mmg wujudkah agenda untukjatuhkn ulamak spt yg dikata ank Tok Guru itu??Ini aper masing2 duk diam tak jelaskn yg beliau ckp?klau ya mmg wujud...siapa orangnya..??biar Isytihar perang!
WE LOVE ULAMA

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan