Ramai telah memberi komen dan teguran terhadap pendirian saya dan beberapa pimpinan PAS dalam persoalaan fatwa yang mengharamkan Sisters in Islam (SIS) dan menuduh mereka pelopor fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Sebahagian menyokong dan sebahagian lain menolak. Dari golongan yang menolak tindakan saya, ramai yang tidak faham mengapa saya dan beberapa rakan bersuara berhubung isu ini. Saya jelaskan sebabnya di sini.
KENAPA TIDAK BERDIAM SAHAJA?
Saya merupakan salah seorang pemimpin pada sebuah parti Islam yang ingin mentadbir Negara ini berdasarkan ajaran Islam. Bagi mencapai cita-cita ini, saya dan parti saya perlu meyakinkan masyarakat, Islam dan bukan Islam, bahawa pentadbiran Islam adalah adil dan tiada penindasan mahupun kezaliman dibenarkan berlaku terhadap individu atau kumpulan. Oleh itu setiap yang dilakukan di atas nama Islam perlu diambil perhatian demi menjamin keyakinan terhadap keadilan Islam tidak terjejas. Dan di sini terdapat masalahannya.
Bagaimana kami boleh yakinkan masyarakat akan keadilan pentadbiran Islam sekiranya seseorang boleh dijatuhkan hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Sedangkan hak membela diri adalah salah satu prinsip utama demi menjamin keadilan.
Cuba gambarkan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman ‘bersalah’ terhadap seseorang tanpa dikemukakan sebarang bukti atau penjelasan dari mahkamah tersebut. Tidak juga dipanggil yang tertuduh membela diri. Namun, tiba-tiba tertuduh bangun satu pagi dan membaca dalam akhbar bahawa dirinya didapati bersalah! Apa anda akan katakan terhadap mahkamah tersebut?
Walaupun saya memahami, ini bukanlah mahkamah, namun prinsip yang digunakan oleh mahkamah adalah juga releven kerana di sini, hukuman dijatuhkan terhadap sebuah kumpulan tanpa sebarang bukti atau penjelasan.
Hujjah dan bukti mesti dikemukakan bersama semasa menjatuhkan hukuman. Ini adalah satu-satunya cara untuk menyakinkan masyarakat bahawa keadilan telah terlaksana. Prinsip “keadilan bukan sekadar mesti terlaksana tetapi juga dilihat terlaksana” adalah prinsip yang amat selari dengan tuntutan Islam. Oleh itu ketelusan mesti diamalkan apabila ingin mentsabitkan kesalahan terhadap seseorang.
MENSABITKAN KESALAHAN
Semua tahu membunuh itu salah. Tetapi untuk mensabitkan kesalahan membunuh terhadap seseorang mesti ada buktinya. Mahkamah mesti jelaskan secara terperinci tertuduh disabitkan atas bukti yang tertentu. Bukan sekadar “didapati bersalah”, nokhta.
Begitu juga berhubung tersesatnya fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Semua yang membaca berhubung fahaman ini maklum bahawa mereka adalah fahaman yang terkeluar dari Islam, tetapi untuk mensabitkan seseorang atau sesuatu kumpulan atas kesalahan berpegang kepada fahaman Liberalisme atau Pluralisme perlu dikemukakan bukti. Bukan sekadar “berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme”, nokhta.
Bukti ini termasuklah petikan dari tulisan atau ucapan mereka serta kalau lebih baik, penjelasan dari pertemuan dan perbincangan dengan mereka. Ini adalah kerana kadang-kadang yang ditulis oleh penulis tidak bermaksud sepertimana yang difahami oleh pembaca. Atau yang dicakap oleh penceramah tidak bermaksud sepertimana yang difahami oleh pendengar. Itulah sebabnya perlu berjumpa dan diadakan muzakarah dan temu bual. Bukan dihukum dari jauh, nokhta.
LIBERALISME DAN PLURALISME
Saya ada minta supaya takrif yang jelas berhubung Liberalisme dan Pluralisme yang terkeluar dari Islam dinyatakan oleh pihak Majlis Fatwa. Ini adalah kerana bukan setiap yang menggunakan perkataan ‘Liberal’ adalah membawa erti ‘Liberalisme’ dan bukan setiap yang menggunakan perkataan ‘plural’ adalah ‘Pluralisme’. Sebagai contoh, apabila seseorang menyatakan “polisi ekonomi Negara seharusnya mengambil kira masyarakat Malaysia yang bersifet plural”, maka tidak bererti dia menganjurkan pendekatan ‘Pluralisme’. Atau apabila dikatakan “kita seharusnya melaksanakan dasar import yang lebih liberal terhadap barangan elektronik” tidak juga dimaksudkan seseorang mendokong ‘Liberalisme’.
Takrif ini penting untuk mengelak kekeliruan dan berlakunya tuduh menuduh sehingga ke tahap kafir-mengkafir yang semua ingin elakkan. Untuk memudahkan, saya cadangkan di sini takrif yang termudah sebegini.
LIBERALISME
Liberalisme adalah satu fahaman/kepercayaan/falsafah yang menganggap manusia, berbekalkan akal, perasaan hati kecil (conscience) dan pengalaman, mampu mencapai kehidupan yang adil dan bermakna di atas dunia ini. Oleh itu manusia perlu diberikan kebebasan dan tidak terikat dengan sebarang halangan yang diada-adakan, kecuali untuk mengelak kecederaan kepada yang lain, di dalam sebarang urusan mereka untuk mencapai kebahagian dan kejayaan di dunia ini. Agama adalah hanya berhubung persoalan alam ghaib seperti syurga dan neraka dan bukan untuk urusan dunia. John Locke dianggap bapa fahaman Liberalisme dan ianya dipaksikan kepada tanggapan manusia sebagai makhluk bersifat ‘prudent’.
PLURALISME
Pluralisme adalah satu fahaman/kepercayaan/falsafah yang menganggap semua agama adalah sama dan walau apa agama sekalipun yang dianuti, ianya mengajar untuk menyembah Tuhan yang sama. Tiada agama yang benar kerana semua agama adalah benar. Tuhan akan menerima ibadah yang dilakukan selagimana ianya ikhlas dan jujur dalam urusan terhadapNya dan terhadap manusia sekeliling walau apa pun agama yang dianuti.
Maka, jelas kedua-dua fahaman adalah terkeluar dari Islam mengikut takrif sepertimana yang saya berikan di atas.
SIS, LIBERALISME DAN PLURALISME
Dari apa yang telah saya jelaskan di atas, kedua-duanya ‘isme’ merupakan sistem kepercayaan atau falsafah. Persoalannya ialah adakah benar SIS berpegang kepada kepercayaan dan falsafah ini? Sekiranya benar, maka dikemukakan buktinya.
Ianya isu kepercayaan dan bukan amalan atau tindakan. Tidak memakai tudung dan menutup aurat adalah berdosa, tetapi ianya tidak semestinya sabit bahawa yang tidak menutup aurat adalah berpegang kepada fahaman Liberalisme dan oleh itu terkeluar dari Islam. Mungkin ianya atas kejahilan sehingga beranggapan ianya sesuatu yang tidak wajib atau tidak penting. Maka adalah menjadi tugas SEMUA, terutamanya pihak yang berkuasa untuk mendidik dan mengusahakan kesedaran bukan mengkafirkan orang atas apa jua alasan.
PERANAN SISTERS IN ISLAM
Setahu saya, Sisters in Islam membuat usaha pembelaan terhadap wanita Islam yang dilihat dinafikan hak mereka. Ini termasuk yang diceraikan tetapi tidak menerima nafkah untuk anak-anak yang dibawah tanggungan dari bekas suami. Atau wanita yang didera suami tetapi tidak diberi pembelaan dan ditolak permohonan cerai. Setahu saya mereka tidak terlibat dalam penyebaran fahaman atau falsafah dalam kerja mereka. Biasanya perbalahan mereka dengan pihak berkuasa adalah lebih dalam persoalan perlaksanaan, bukan kepercayaan.
Dalam menjalankan usaha kebajikan mereka, termasuk khidmat undang-undang, mereka terpaksa berhujjah untuk memenangkan anak guam mereka. Hujjah mereka sering berlandaskan ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW) tetapi dengan tafsiran yang diambil dari sumber-sumber yang tidak semesti kesemuanya muktabar. Saya sendiri sering berhujjah dengan mereka atas tafsiran mereka yang dilihat berbeza dari kebiasaan. Sebahagian hujjah saya mereka terima dan ada juga yang mereka tolak. Dalam soal ini sudah ada perubahan dalam sikap mereka berbanding dengan awal tahun 2000.
Hakikat bahawa mereka tetap bersandarkan hujjah mereka kepada ayat Al-Quran dan Hadith bererti mereka tidak mudah disabitkan dengan tuduhan Liberalisme mahu pun Pluralisme. Hanya mereka tersilap oleh kerana tidak merujuk kepada rujukan yang lebih muktabar. Mungkin mereka terpengaruh dengan tulisan ‘Islam Liberal’ atau sebagainya. Sekiranya begitu maka cabarannya adalah untuk memperbetulkan kefahaman mereka sambil membantu mereka dalam usaha membantu wanita Islam yang teraniaya.
KESIMPULAN
Oleh itu saya cadangkan supaya fatwa terhadap SIS dikaji kembali dengan lebih teliti mengikut lunas keadilan. Panggil mereka, bincang dan berikan penerangan serta teguran di mana silap mereka. Kalau sekiranya hasil dari pertemuan dan perbincangan itu memang sah mereka berpegang kepada fahaman yang terkeluar dari Islam maka hukum mereka berdasarkan bukti dan hujjah dan nyatakan kepada umum bukti dan hujjahnya. Ini adalah seperti yang telah dilakukan dalam fatwa berhubung Al-Arqam.
Saya tidak bertujuan mencabar mana-mana pihak atau menyanggah fatwa tersebut. Apa yang saya nyatakan adalah sekadar cadangan untuk pembaikan dan bukan untuk menghasilkan kerosakan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
One cannot fool the men into thinking they women when they got no vagina.
Tak kira apa isu pun, mereka boleh menjadikan yang halal itu kelihatan seperti haram dan yang haram itu kelihatan seperti halal. Kalau dulu mereka tak suka SIS, mereka akan kemukakan hujah sehingga SIS mahu diharamkan, tetapi hari ini, bila ada kepentingan tertentu, mereka akan memutarkan kata-kata untuk menimbulkan keraguan dan seolah-olah menjadi pembela kepada SIS atas dasar yang mereka mahu penyokong mereka kelihatan menurut syariat.
Sebagaimana mereka juga pernah kata, mereka benarkan orang bukan Islam minum arak menurut syariat dan UMNO benarkan orang bukan Islam minum arak bukan berdasarkan syariat. Entah apa bezanya pun saya tak tau. Tapi penyokong yang jahil tertipu dengan istilah-istilah agama mereka.
Begitu juga dengan DAP. Bila suka, mereka akan pusingkan hujah supaya DAP ni seperti khalifah dan pemimpin mereka seperti Umar Abdul Aziz. Bila kelak tak suka, mereka akan pusingkan ayat-ayat. Masa tu akan keluar ayat siapa yang bekerja sama dengan kafir maka jadi kafir.
Begitulah lumrah ahli politik.
Orang macam YB diperlukan dalam mengembalikan imej Islam yang lebih bersih, adil dan toleran.
Jangan jadi SESETENGAH mereka yang berserban, harap berserban tebal, tetapi ringan mulut untuk mengkafir itu dan ini. Apabila ditanya sudah berdiskusi dengan mereka yang dikafirkan, jawabnya tidak perlu.
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).
Awasilah... bila orang bodoh menjadi pemimpin kepada orang cerdik.
Bodoh bukan bererti tiada sijil atau pengaruh, tapi bodoh berarti jahil muraqab dalam agama tapi berlagak macam ulamak....
Cakap je terus terang jangan main kias2 macam geng PAS yang gian nak berpelukan dengan umno.
Kalau setakat berupaya mengeluarksn sepotong hadis atau sebaris ayat sudah mampu mrlebel orang itu jshil orang ini berlagak ulama....sahrh tuan sendiri adalah ularmak tersohor.
Begini sajalah....kalau rasa diri dah benar2 hebat dan otang laon jahil, awak masuk la bertanding jadi pemimpin
Kalau ikut an-Nisa:135 atau al-Maidah:8, 'koonoo qauwamina bil QIST'. jadilah kaum yang menegakkan keadilan (bil qist), mengikut penerangan Ust Nouman Ali Khan, makna qist sangat luas. Qist cakap pasal proses keadilan di 3 peringkat, sebelum masuk court, semasa dalam court dan selepas court. Semuanya kena adil.
Proses sebelum masuk court kena betul, diskusi kena ada, dialog kena ada, saksi yang waras kena ada, bukti yang sah kena ada, saksi tak waras atau bukti palsu kena tapis. Lepas tu masa pengadilan, macam biasa kena adil.
Lepas court, kena pastikan hukuman dijalankan sepenuhnya dengan adil, kena pastikan yang kena denda, bayar denda. Yg dpt pampasan, dapat pampasan sepenuhnya, tiada delay. Yang kena kaunseling, dikaunselingkan, dsbnya.
Kalau 3 peringkat proses keadilan bil QIST tak nampak, tiba2 keluar hukum dan fatwa, maka tak 'bil QIST'. So dalam kes SIS tak nampak bil QIST mcm yg Quran suruh. Wallahu'aqlam.
Sumber:
http://podcast.bayyinah.com/?powerpress_pinw=802-podcast
http://podcast.bayyinah.com/category/quranic-guidance-for-muslim-organizations/