Skip to main content

Apa PAS Boleh Pelajari Dari Fatwa Ke Atas SIS?

Oleh: SHEIKH OMAR ALI (Malaysiakini)

"PAS sudah tersasar dan sesat!"

Itulah antara tanggapan mudah bagi sesetengah orang PAS dan rakyat Malaysia berstatus Melayu-Islam khususnya apabila tiga ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat menyuarakan pertikaian berhubung warta ke atas pertubuhan berfahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng.

Tulisan ini dikarang untuk mengajak ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya menerjah akal yang kadangkala masih tidak mahu berganjak dari kerangka pemikiran Malaysia di era 70 dan 80-an.

Sedangkan, hakikatnya rakyat kita sedang berhadapan dengan realiti politik yang lebih mencabar dibawah langit informasi yang jauh lebih luas terbuka berbanding dahulu.

Ini bukan kerja mudah. Jika tidak, masakan generasi baru dalam Umno sendiri pun sudah memperlihatkan usaha gigih untuk keluar dari kerangka pemikiran sempit parti mereka sendiri?

Lihat sahaja Datuk Saifuddin Abdullah yang menjadi salah seorang penggerak utama kepada Gerakan Anti Perkauman (GAP) - sebuah inisiatif Global Movement for Moderate Foundation.

Khairy Jamaludin pula dengan inisiatif Akademi Kapten Hussein (AKHI). Adakah ini kebetulan?

Pada pandangan saya, tidak. Ini adalah usaha teliti yang mereka ambil untuk memastikan interaksi mereka dengan iklim politik Malaysia yang lebih terbuka dan rasional kekal releven. Idea serta pendekatan baru mereka ternyata sangat kontra dari tradisi Umno.

Kita akan tertanya-tanya, sejak bila Umno antiperkauman? Dan sejak bila juga Umno gemar berwacana secara terbuka membincangkan isu yang agak sensitif?

Sebab itu tidak hairanlah apabila ramai rakan-rakan berseloroh, "Si Khairy dan Saifuddin ini tersalah parti agaknya..." apabila mereka sering dilihat membawa pendekatan dan idea lebih sederhana dan muda yang tidak senada dengan budaya Umno yang bersifat ultra Malay dan ultra Islam kononnya!

Bincang, bukan hukum

Dalam hal tiga ahli Parlimen PAS - Dr Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin - dan Sisters in Islam (SIS) ini, saya cuba meneliti kenyataan media yang dikeluarkan.

Dari kefahaman saya, ia bukanlah tentang persetujuan atau penolakan terhadap fatwa terhadap SIS. Ia lebih berkait rapat dengan soal pendekatan dan proses demokratik yang sewajarnya diambil sebelum satu-satu fatwa dikeluarkan.

Ia berbeza dengan usaha menutup pintu perbincangan dan interaksi sehingga menghukum dengan sewenangnya bahawa yang berbeza itu semestinya mengancam negara dan dunia.

Memetik kata bidalan dalam bahasa Inggeris: 'Not only must justice be done, it must also be seen to be done'.

Islam itu sendiri tidak cukup sekadar diyakini adil dan baik, tetapi mesti diusahakan oleh penganutnya agar turut dilihat adil dan baik kepada setiap manusia.

Apatah lagi dalam ruang demokrasi yang kian berkembang di Malaysia, sikap mengenakan hukuman tanpa disediakan ruang interaksi dua hala, pada saya, hanyalah akan membawa Malaysia selangkah kebelakang.

Orang yang rasional akan mula mempertikai, apa bezanya semua ini dengan isu tahanan tanpa bicara?

Antara prinsip & bijaksana PAS

Bagi PAS, ini bukan soal menggadaikan prinsip Islam yang dijunjung sejak sekian lama. Tetapi ini adalah soal kebijaksanaan PAS dalam arena politik baru tanah air.

Ini soal apakah PAS mampu menjadi tokoh utama dalam era kerjasama politik bersama parti yang datangnya dari pelbagai aliran.

Ini tentang kelicikan PAS memecahkan tabu politik perkauman sempit dan kebencian di kalangan rakyat yang disuburkan Umno selama ini. Akhirnya, rakyat hidup dengan penuh prejudis antara blok-blok agama, bahasa dan warna kulit.

Era ini menyaksikan kestabilan politik di sesetengah negara barat yang bukan dikuasai pejuang Islam, seperti kata-kata tokoh gerakan Islam Muhammad Abduh: "Aku melihat Islam tanpa muslim di barat dan muslim tanpa Islam di timur".

Era ini memperlihatkan rampasan kuasa oleh rejim ketenteraan tarhadap pemerintahan Muhammad Mursi di Mesir.

Era ini turut memperlihatkan AK Parti pimpinan Erdogan memimpin Turki setelah kegagalan Parti Saadat pimpinan gurunya Erbakan.

AK Parti terpaksa berinteraksi secara hikmah dan bijaksana dengan kepelbagaian latar sekular masyarakat mereka sendiri demi membawa Turki ke fasa politik yang baru.

Era ini juga memperlihatkan Jokowi yang diangkat rakyat menjadi presiden dengan memecahkan stigma politikus tradisionalis Indonesia yang disifatkan sebagai NATO - "No Action, Talk Only!

Kita di Malaysia pula bagaimana? Dalam isu SIS vs fatwa ini contohnya, PAS bagaimana?

Apakah kita akan terus berada pada takuk lama? Era kafir-mengkafir, hukum-menghukum semata-mata tanpa berinteraksi dengan kepelbagaian yang ada.

Sebagai sebuah parti politik, PAS perlu sedar akan beban dan tanggungjawab yang perlu digalas.

Segala kepelbagaian inilah yang perlu dihadapi dengan bijak jika ditakdirkan PAS dan Pakatan Rakyat memimpin Malaysia satu hari nanti. Apakah PAS pada saat itu akan menjadi 'taliban' Malaysia?

Inilah cabaran politik baru buat PAS. Walaupun saya secara peribadi melihat Malaysia masih belum lagi berada pada tahap yang cukup membanggakan tatkala bercakap perihal politik baru ini.

Namun pergerakan ke arah itu sudah mula terasa apatah lagi pasca pilihan raya umum ke-13.

Dan tidak dapat dinafikan lagi, kewujudan PAS, PKR, DAP dan kelompok masyarakat sivil yang maju dan progresif di tanah air inilah menjadi pemain utama ke arah membina Malaysia yang lebih adil dan demokratik untuk generasi masa depan.

Bijaksana politik demi p'raya

Dalam konteks politik pilihan raya, kita perlu membina jaringan dan meramaikan kawan untuk berhadapan musuh. Kuncinya buat masa ini mudah sahaja, musuh kita yang menyekat kemaraan politik baru ialah Umno/BN.

Sebab itu jugalah saya nyatakan seawal penulisan tadi, sesetengah pemimpin Umno juga terdesak untuk mencorakkan parti mereka agar kelihatan lebih terbuka, sederhana dan demokratik untuk terus kekal releven pada masa kini.

PAS tidak boleh apologetik sehingga keluarlah mantra seperti "bukan kemenangan pilihan raya yang kita cari".

PAS juga tidak boleh berpendirian bahawa usaha memenangi pilihan raya hanyalah membawa ahlinya kepada fikrah Islam tidak asli, kabur dan songsang.

Pada saya, hanya pejuang Islam yang malas sahaja tergamak mengambil langkah pintas dengan dakwa-dakwi sedemikian rupa. Seolah-olah Islam itu tidak punya jatidiri untuk berdepan dengan arus pesat perubahan zaman dan kemajuan manusia.

Perlu diingat, hudud di Kelantan itu dapat diusulkan sehingga ke tahap kini hasil dari mandat kuasa yang telah diberikan oleh rakyat kepada PAS.

Bahkan penentuan soal mengenai kejayaan pelaksanaan dasar Islam yang ingin diutarakan PAS juga perlu melalui ruang dan proses demokrasi.

Bukankah menerusi usrah, kita telah diajarkan Islam itu antara sifatnya ialah waqi'iyyah (sesuai di setiap keadaan dan zaman) serta thabat wa murunah (tegas pada prinsip dan anjal pada pembawaan dan pelaksanaan).

Nah, inilah realiti lapangan kita. Menyantuni ruang-ruang demokrasi dan mendokong politik baru yang lebih segar, sederhana dan berinteraksi dalam kepelbagaian dengan hikmah dan bijaksana.

Artikel dari Malaysiakini oleh SHEIKH OMAR ALI, anggota Pemuda PAS Johor merangkap pembantu kepada ahli parlimen Kluang.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Ini adalah satu tulisan bentuk khayalan yang semata-mata mahu menyokong puak-puak liberal sesat bagi menampakkan

Pertama, Dakwaan generasi baru dalam Umno sendiri pun sudah memperlihatkan usaha gigih untuk keluar dari kerangka pemikiran sempit parti mereka sendiri adalah satu contoh dakwaan syok sendiri. Dengan menggunakan 2 contoh dari Saifuddin dan KJ beliau mahu membuat kesimpulan tersebut. Padahal, Saifuddin adalah antara orang yang ditolak akar umbi orang UMNO sendiri dan KJ ni tak perlu cakaplah. Orang UMNO sendiri pun benci beliau.

Sekiranya ada orang PAS yang menjadikan orang seperti Saifuddin dengan Global Movement for Moderate Foundation (GMMF) sebagai sandaran, ternyata dia ni seorang yang jahil akan hakikat agama Islam sendiri kerana GMMF itu tak lain tak bukan alat yang dipelopori golongan evangelist Kristian dan human rights untuk memberi tafsiran baru terhadap istilah moderate (kesederhanaan) yang cenderung kepada kepentingan serta kefahaman mereka. Apakah begitu rendah nilai Islam sehingga kita mahu jadikan orang seperti Zaid Ibrahim, Marina, Wong Chun Wai untuk menentukan takrifan moderate?
Anonymous said…
bersambung...

Kedua, salah satu cara untuk kelihatan ilmiah ialah mengekspolitasikan istilah Bincang. Apa-apa bincang. Isu SIS ini bukan isu baru. PAS sendiri mendesak SIS diharamkan pada 2005, iaitu hamper 9 tahun yang lalu. Adalah satu kebodohan bila kita bincang tak berkesudahan. Adalah juga satu kebodohan bila kita berbincang dengan orang yang jahil. Umpamanya ialah bila puak Syiah muncul, ada pihak yang sibuk suruh kita bincang. Masalahnya kita bukan tak bincang. Dah lama dah bincang. Pihak MAIS sendiri pun kata mereka telah panggil SIS untuk bincang. Jadi bersembunyi dibelakang perkataan Bincang hanyalah satu alasan ahli politik bagi menutup kantung mereka.

Apabila satu perkara telah jelas, maka kita perlu buat keputusan. SIS ni bukannya baru diarena negara kita. Dari dulu tak habis dengan isu tudung, poligami, malah mereka juga menjadi penyokong kepada IFC, Seksualiti Merdeka, COMANGO dan segala-gala yang anti kepada nilai-nilai asas Islam. Tetapi kita masih mahu buang masa pi bincang dengan mereka. Untuk apa? Apakah orang seperti Zainah dan Marina mempunyai kelayakan agama untuk bincang? Inilah yang kita kata bodoh melayan orang yang jahil.

Hakikat tulisan ini tidak lain hanya tindakan apologetic dari puak-puak yang tiada jati diri dan membodek golongan kafir dan liberal supaya menjadikan PAS kelihatan liberal agak puak-puak ini akan mengundi mereka. Mereka ini tiada keyakinan bahawa ada orang Islam yang lebih ramai yang akan undi mereka sekiranya mereka bertegas dalam isu-isu agama.
Kepelikan PAS ni ialah sewaktu umat Islam kuat, masa itulah mereka keluar kafir-mengkafirkan orang Islam dengan dakwaan mereka tidak berhukum dengan hukum Allah. Sedangkan pada hari umat Islam diasak hebat dari golongan kafir dan sesat, masa itulah dia mahu meyebelahi golongan kafir dan sesat ini. Tahun 2005, masa umat Islam kuat, dia minta fatwakan SIS sesat, tetapi tahun 2014, bila umat Islam lemah, mereka cuba mempertikan pihak agama yang memfatwakan SIS sesat. Pelik-pelik.
....


(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENAJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<
Izuddin said…
LGE ajak hadi attend meeting, tapi pasaipa si mafus tersinggung dgn menemplak LGE dgn isu hudud?? Dia ni banyak tanggapan yang tak senonoh.

Attend la meeting pakatan dan sort out lah apa saja hadi tak puas hati. Awat takut diperbodoh kah? Atau takut buah fikiran hadi tiada logik? Atau hadi dah merajuk kena belasah dengan Tuanku...haha
Izuddin said…
Bodoh punya mafus reka cerita angan2 mungkin hadi tak attend meeting sebab kesihatan hadi. Kalau betoi, mesti mat sabu dah bagitau lge..dan lge tak lah minta hadi attend meeting.
Anonymous said…
Izuddin nampaknya tak ada sifat sensitif langsung. Asal keluar dari DAP, LGE, terus dia setuju.

Usahlah mengaku diri sendiri PAS kalau ada pihak luar sengaja nak memalukan presiden sendiri pun awak sokong. Izuddin patut pi tanyak LGE, apasal sibuk pasal PAS? Bayangkan kalau ada orang luar kata bapa awak tak guna. Yang si anak ni pulak suka bila orang luar kutuk bapak dia.

Baik hang pi join DAP aje kalau suka sangat kat LGE tu.
Izuddin said…
Walaupun pemimpin2 Cina mencemuh melayu sebagai rasis, namun ada ramai rakyat Cina di Malaysia masih rasis dan chauvinist. Pemimpin2 Cina MESTI perbetul mereka2 ini(cina2 ini) dahulu sebeum BOLEH diberi POWER BERKUASA.

Pemimpim2 Cina MESTI sedar perlakuan mereka2 ini (cina2 ini)adalah SERUPA macam perlakuan melayu rasis seperti Perkasa dan Isma.

LGE mesti adakan program2 terhadap Cina2 ini bagi menghapus sikap buruk rasis, tamak, chauvinist, sombong, bongkak, etc sejajar dengan ISLAM !!!!!!!!!!!!

Melayu UMNO dan MELAYU NGO memang RASIS dari dulu, kini dan selamanya dan takan berubah. Malah mereka2 ini(melayu2 umno) membuat program2 menanam rasima melayu.

Melayu Muslim anuti ISLAM. Tapi SOMBONG, BONGKAK, tamak, haloba, beri dan makan r asuah, etc

Dan Melayu yang ingin jadi Christian MESTI anuti Islam juga.

Islam ialah WAY OF LIVING LIFE RIGHTFULLY, dan sudah tentu ia ada dalam Christianity.

Samada Melayu Muslim dan Melayu Christian percayai Nabi Isa adalah anak maryam dan anak tuhan, respectively, itu tidak lah bererti Melayu Muslim adalah benar atau Melayu Christian adalah benar. Yang BENAR ialah melalui kehidupan RIGHTEOUS.

Aqidah Melayu Muslim dan Melayu Christian mungkin berbeza, namun yang diambil KIRA ialah ISLAM (WAY OF LIVIGN LIFE RIGHTFULLY) it sendiri.
Unknown said…
kalid kalid kenapalah kamu ni bodoh sangat sokong sis kamu kan dalam pas kalau nak sokong lagi baik kamu masuk umno baru la nampak betul

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-