Hari ini saya akan menulis berhubung Muktamar PAS Pusat itu sendiri. Walaupun saya sudah menyentuh beberapa isu yang timbul di dalam Muktamar PAS Pusat dalam Bahagian Kedua dan Bahagian Pertama , iaitu semasa menyentuh Muktamar Dewan Pemuda, namun kali ini tulisan saya ditumpukan kepada isu yang timbul semasa Muktamar PAS Pusat semata-mata. Sememangnya ianya merupakan persoalan yang agak sukar untuk ditulis kerana terlalu banyak yang berlaku yang amat mendukacitakan. Saya tidak akan ceritakan mengikut berlakunya peristiwa tetapi sebaliknya dari sudut isu yang dibangkitkan. Semestinya pandangan dan kesimpulan saya tidak akan dipersetujui oleh semua pihak. Malahan saya yakin akan ada yang akan menolaknya sambil menemplak saya tetapi sebagai salah seorang pimpinan Pusat, saya berkewajipan menyatakan pandangan saya dan menegur mana yang saya anggap tersalah. Dan sekiranya pandangan saya dianggap tidak betul, tidak wajar dan keterlaluan, maka semua tahu apa yang perlu dilakukan semasa pe...