Kebelakangan ini banyak pula yang dikomen oleh ISMA terhadap diri saya. Temuraham berhubung Oktoberfest sememangnya bertujuan untuk menyerang saya. Tetapi tidak mengapa. Lebih banyak serangan mereka terhadap saya, lebih yakin saya bahawa saya berada di jalan yang benar.
‘KEHILANGAN KOMPAS’
Baru baru ini Abdullah Zaik kata saya sudah ‘kehilangan kompas’. Mungkin ianya disebabkan komen saya berhubung Oktoberfest atau berhubung si Melati yang menyertai DAP. Tidak begitu jelas.
Saya ingin beritahu padanya, sekiranya saya kehilangan kompas, saya orang lama, saya boleh berpandukan bintang di langit pada waktu malam atau arah bayang-bayang semasa siang.
Tetapi malangnya Abdullah Zaik (Presiden ISMA) terus menggunakan kompasnya yang rosak! Maaflah Dollah, itu bukan hala tuju Islam yang ditunjukkan kompas kamu yang rosak berpusing-pusing tu. Itu adalah Islam chauvanis yang tidak mampu membezakan perkauman dan chauvanisma dari ajaran Islam.
MELATI DAN RAKAN BERSAMA DAP
Dalam soal Melati menyertai DAP saya telah sebut bahawa ianya lebih baik dari dia menyertai UMNO atau ISMA. Paling kurang dengan DAP dia akan belajar konsep integriti, ketelusan, kecekapan dan pertanggung-jawaban. Dia akan juga belajar untuk menolak sikap perkauman kerana ianya juga ditolak DAP. Kalau masuk UMNO atau ISMA apa yang dia boleh belajar? Politik wang, budaya bodek dan ampu? Perkauman yang sempit? Semoga Allah selamatkan Melati dan orang Islam dari ini semua.
Pada masa sama saya telah pesan kepada Melati untuk jaga aqeedahnya dan amalannya. Sudah pasti bab aqeedah dan amalan Islam Melati tidak akan belajar dari DAP kerana DAP sendiri pun sering merujuk pada pandangan PAS dalam soal agama Islam. Dan ini lebih selamat dari dia masuk UMNO atau ISMA di mana dalam rujukan politik pun UMNO atau ISMA akan merosakkannya dan dalam rujukan agama pun UMNO atau ISMA akan merosakkannya.
Saya juga telah sebut bahawa PAS adalah pilihan terbaik, tetapi mungkin ada faktor penolak. Dan saya sebut sekiranya faktor penolak ini telah tiada, harap-harap Melati akan bersama PAS.
BEZAKAN ‘MINUM ARAK’ DAN ‘PESTA ARAK’
Dalam kenyataan terbaru salah seorang pemimpin ISMA, dia meminta saya bezakan antara ‘Pesta arak’ dan ‘Minum arak’. Maaf, di pesta arak mereka tidak minum arak ke? Mereka mandi arak? Kalau mereka nak mandi arak sekali pun, ada masalah ke?
Ianya hanya menjadi masalah apabila mereka memanggil orang Islam untuk minum dan mandi arak juga. Tetapi sekiranya mereka membuatnya di kalangan mereka untuk memperkenalkan jenama dan produk baru sesama mereka, apa masalahnya kepada ummat Islam? Sebenarnya itulah tujuan Oktoberfest ini. Marketing, promosi. Bukan untuk berpesta mabuk-mabukan dan hilang kawalan. Kalau itulah tujuannya, syarikat mana yang ingin anjur, habiskan duit?
“LEMBUT DENGAN MUSUH, KERAS DENGAN KAWAN”
Ada seorang ustaz sebut saya ini ‘lembut dengan musuh tetapi keras terhadap kawan’. Musuh yang dimaksudkan di sini oleh ustaz berkenaan, mengikut fahaman saya, adalah orang bukan Islam. Saya ingin sebut di sini, bagi saya, bukan semua orang bukan Islam saya anggap ‘musuh’ dan bukan semua orang yang mengaku beragama Islam saya anggap ‘kawan’.
Musuh atau kawan bergantung kepada sikap mereka terhadap saya dan PAS. Kalau dia memusuhi PAS, berusaha untuk memusnahkan PAS dan menghalang pergerakannya maka saya anggap dia ‘musuh’ walaupun namanya Muhammad Al-Sisi (sebagai contoh). Tetapi kalau dia berkawan dengan PAS, walaupun tidak bersetuju dengan semua yang diperjuangkannya dan sanggup berkerjasama di atas kebaikan, maka saya anggap dia ‘kawan’ walaupun namanya Lim (sebagai contoh juga).
Tidak setuju tidak bererti memusuhi. Tidak setuju tetapi mengiktiraf hak untuk memperjuangkan keyakinan, tidak menghalang dari melalui dakwaan dan tangkapan, itu adalah kawan. Tetapi kata setuju tetapi terus memfitnah dan memutar-belitkan fakta, menangkap dan mendakwa, itu adalah lawan.
Itu sebabnya PAS telah menubuhkan DHPP. Itu sebab PAS tidak bersama dengan UMNO. Kalau ustaz tersebut masih berpegang kepada fahaman yang songsang dan ingin mentakrifkan semua orang bukan Islam sebagai ‘musuh’ dan semua orang Islam sebagai ‘kawan’ maka rasa saya PAS bukan tempat untuknya. Mungkin ISMA lebih sesuai.
Saya tidak nampak di mana dia nak letak mukanya pada musim pilihan raya kelak dan dirinya sekiranya dipilih sebagai calon, merayu undi dari yang bukan Islam.
Tetapi memang juga, kadang-kala terpaksa berkeras dengan orang Islam sendiri kerana mereka merosakkan imej Islam. Sepatutnya mereka memberikan gambaran positif terhadap Islam tetapi sebaliknya yang diusahakan. Oleh itu perlu dilihat kepada keadaan dan keperluan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Inilah contoh agama baru yang dibawa oleh PAS. Kata pemutus musuh atau kawan dinilai berdasarkan sama ada sokongan terhadap PAS atau tidak. Jadi sama ada PAS itu satu agama yang melebihi taraf Islam, atapun Pas itu Islam dan Islam itu PAS.
Masih ada hati nak mendakwa berada diatas jalan kebenaran. Imam Bukahri walaupun dah hampir 100% pasti satu hadith itu sahih, masih lagi bersolat istikharah untuk meminta petunjuk Allah S.W.T. sebelum menulis satu-satu hadith sebagai sahih. Malangnya manusia hari ini tiada segan silu mendakwa dengan teori sendiri itu yakin kononnya diri berada diatas jalan kebenaran.
You build bridges among communities, not walls.
You raise hope among people, not hatred.
You inspire love, not contempt.
Is it any wonder the enlightened people of Shah Alam returned you as their MP?
Keep it going, brother.
pas won 13 seats in Selangor too wasnt because of Pas dpings. It was Anwars'. Madey will never allow the kind of Muslims like hadi and Aziz to have 13 SEATS in SELANGOR !
Pas never workd with DAP. Neither did DAp worled with PAS. it was Anwar who worked with Pas and DAP and PAS won 13, DAP won 16. Anwar only got 12.
Tahalul siyasi was then introduced, not by HADI or Aziz or harun, by Pas central committee as means to foster good governance of Islam into the pakatan coalition, and which Pas looked forward and DAP remains cooperative.
Apparently, Pas failed to project Islam better than DAP..haha. pas conservative were stuck with Malay/Muslim racism, while DAP focuses on their Malaysian malaysia concept.
Pas hadi and pas syura should have left tahalul siyasi to the progressive pas CCM to do the talking with DAP.
Pas should leave pakatan now if they feel they ar e being bullied 'intelligently' but DAP in pakatan.