Program ‘I want to touch a dog’ telah banyak menimbulkan perbahasan dan kritikan. Ada yang bertanya pandangan saya berhubung program ini. Pada awalnya saya tidak begitu minat untuk memberi sebarang komen, kerana ianya isu sudah jelas. Kalau ingin ditulis komen saya sekali pun, saya akan mengatakan perkara yang sama dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) dalam FB beliau.
Ianya sesuatu yang mungkin berniat baik tetapi tidak dikendalikan dengan baik. Amat baik bagi orang Islam yang hidup di dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, yang akan terdedah dengan kehadiran anjing di kawasan kehidupan mereka, memahami sikap dan ajaran Islam mengenai binatang ini. Bagi masyarakat Melayu yang dibesarkan dengan perasaan takut, benci dan jijik terhadap anjing, pendedahan ilmiah berhubung hukum hakam mengenainya boleh dianggap releven. Tetapi malangnya ianya sepatutnya dapat dikendalikan dengan lebih baik lagi.
Dalam soal hukumnya, ramai sudah memberi penjelasan, termasuk UZAR, MAZA dan lain-lain. Saya tidak mahu mengulangi penjelasan yang telah pun diberi oleh ramai. Hanya saya ingin sebut di sini bahawa saya tidak sangka begitu ramai orang Melayu Islam yang berminat untuk memeluk anjing!
KEJAHILAN DAN KURANG SENSITIFNYA MASYARAKAT ISLAM
Sedikit sebanyak ini adalah bukti kejahilan ummat Islam hasil kegagalan sistem pendidikan kita yang tidak menyediakan kita untuk menghadapi kehidupan dalam masyarakat majmuk yang merupakan hakikat masyarakat kita. Dalam hal ini, kejahilan terhadap hukum berhubung anjing sebenarnya tidak menghairankan. Tidakkah seorang pemimpin negara pernah ditanya mengenai najis mughalazah oleh pelajar sekolah rendah dan beliau gagal untuk menjawabnya? Maka sekiranya pemimpin pun tidak tahu, maka apa yang perlu dihairankan sekiranya rakyat biasa pun tidak tahu?
Begitu juga dalam soal sensitiviti terhadap perkara yang najis serta perkara halal dan haram di dalam Islam. Pernah dicadangkan di Parlimen supaya duit yang diperolehi dari sumber yang tidak bersih dan halal, seperti judi dan arak, diasingkan ke dalam tabung khas berasingan dari wang yang dari sumber bersih. Ini adalah untuk menentukan duit yang digunakan untuk membayar gaji kakitangan dan sebagainya tidak dicemari duit dari sumber yang tidak bersih. Sambil itu duit yang tidak bersih ini pula digunakan khas untuk pembinaan jalan dan infrastruktur dan bukan untuk makan minum rakyat. Namun cadangan ini yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan, tidak diendahkan kerajaan Pusat. Ini belum lagi cerita berkenaan Lesen Perjudian Bolasepak Piala Dunia 2010 yang pada mulanya diberikan kepada Kumpulan BERJAYA. Dimanakah sensitiviti kerajaan BN ketika itu? Di manakah PERKASA dan ISMA ketika itu?
Maka apabila sensitiviti terhadap perkara yang kotor dan najis tidak diinstitusikan dan dilanggar begitu sahaja, maka apa yang hendak dihairankan apabila Melayu islam memeluk anjing? Atau makan rasuah? Mereka tidak melihat sikap sensitif dalam urusan kehidupan dan pentadbiran negara.
Tetapi yang bertambah peliknya ialah yang buat bising mengenai program ini tidak pula membuat bising apabila perkara najis yang lain dilakukan dengan terbuka dan terang-terangan.
SPIN MELAMPAU
Saya ingin sebut juga, seperti yang disebut UZAR, bahawa tuduhan bahawa penganjurnya adalah seorang Kristian yang menyamar sebagai orang Islam dan yang datang adalah Melayu Kristian dari Gereja Melayu di Jalan Gasing adalah kesemuanya pembohongan dan berniat jahat. Ini merupakan ‘spin’ yang bertujuan untuk melaga-lagakan ummat Islam dengan yang bukan Islam atas agenda tertentu.
Saya yakin sekiranya ada Gereja Melayu di Jalan Gasing, telah lama pihak berkuasa bertindak. Ini semua merupakan khabar angin yang disebarkan atas nama samaran tanpa adanya pertanggung-jawaban oleh sesiapa. Maka spin ini memberikan gambaran ianya satu konspirasi yang dirancang. Saya ingin bertanya kepada golongan pembawa teori konspirasi ini, MAIS yang meluluskan program berkenaan; maka adakah MAIS juga terlibat dalam konspirasi ini?
Bagi saya, kalau adanya konspirasi sekalipun, ianya adalah konspirasi untuk menjadikan kesilapan dan kelemahan penganjur sebagai konspirasi ‘Islam Liberal dan Pluralis’ dan Kristian terhadap ummat Islam. Dengan menyakinkan ummat Islam bahawa adanya konspirasi ini, maka diharap ummat islam akan merasa terancam dan ‘bersatu’ demi menghadapi konspirasi ini. Melalui ini PAS akan bersatu dengan UMNO atau paling kurang bermasalah dengan rakan-rakannya dalam PR dan meninggalkan PR.
Dikaitkan pula program ini dengan program Oktoberfest atau ‘Pesta Oktober’ sebagai bukti adanya konspirasi. Sedangkan program Oktoberfest telah dilaksanakan dalam kawalan yang baik oleh MBPJ. Programnya diadakan di tingkat 4 parkir kereta, dikhaskan untuk bukan Islam dan tidak diiklankan (kecuali melalui ihsan ISMA). Dalam keadaan terkawal sebegitu, sensitiviti ummat Islam dijaga. Tahniah saya ucapkan pada MBPJ yang telah menentukan hak semua pihak dipenuhi.
Hanya yang pelik, ada juga dari kalangan orang Melayu yang memetik dari FB orang bukan Islam gambar pimpinan PKR dan DAP yang bukan Islam meminum beer. Yang gatal masuk FB mereka dan dedahkan perkara yang sepatutnya untuk kalangan bukan Islam siapa suruh? Sengaja menggambarkan bahawa bukan Islam kononnya mencabar agama Islam. Sedangkan mereka buat secara tertutup di kalangan mereka.
Ini bagi saya adalah bukti adanya konspirasi! Iaitu konspirasi untuk meyakinkan orang Islam di Malaysia bahawa adanya konspirasi bukan Islam terhadap orang Islam! Ini semua dilakukan semenjak orang bukan Melayu tidak lagi menyokong BN. Dan konspirasi akan terus dilakukan demi agenda politik BN. Maka berhati-hatilah wahai ummat Islam. Ingat bahawa golongan ini tidak ambil berat soal Islam. Mereka hanya ingin menggunakannya sebagai alat politik demi memecahkan belahkan rakyat dan mengalih isu sebenar yang dihadapi seperti kenaikan harga minyak dan kegagalan bajet. Sedangkan kejahilan dan kekeliruan ummat Islam terhadap ajaran agama Islam itu sendiri adalah hasil kerja tangan mereka sejak dari awal lagi.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
I do not follow Catholicism.
Ketika haji akhir, Nabi Muhamamd sebut die tinggal 2 perkara. Lazimnya, melayu di malaysia kata 2 perkara itu adalah Quran dan Sunna.
Saya rasa lah...2 perkara itu ialah Al Kitab dan Sunna...dan bukan Quran dan Sunna.
Al Kitab merujuk kepada Zabur(Psalm, Isaiah, Book of David, book of Solomon, etc), Torah dan Injil.
Sunna merujuk kepada contoh amalan2 kehidupan nabi nabi.
YB, boleh dak ternangkan dari mana datang perkataan Quran? Adakah ia perkara baru lain dari Kitab2 terdahulu?